PROMOSI Air Asia Laluan Baru Ke Phu Quoc, Vietnam Serendah RM90 Je
9:39 AMAirAsia terus mengukuhkan hubungan Asean dengan pelancaran laluan baharu terus dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan empat kali seminggu tersebut akan bermula pada 2 November 2018.
Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang
mempunyai pelbagai landskap menakjubkan seperti hutan hijau, pantai yang jernih
dan gunung-ganang. Nah video drone panorama pulau ini, superb bagi anda yang ingin lari dari kesibukkan hutan konkrit dengan berehat di syurga tropika Vietnam.
Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer
Lee berkata,
“Kami berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang
melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu permata tersembunyi
Asean, Phu Quoc. Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membawa
lebih ramai pelawat ke rantau ini. Para tetamu AirAsia kini boleh terbang terus ke
Phu Quoc melalui Kuala Lumpur dari 20 buah bandar di 10 buah negara,
termasuklah China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina,
Thailand, Singapura dan Malaysia. Para pelancong dari semua negara juga boleh
melawat Phu Quoc dengan pengecualian visa sehingga 30 hari, menjadikan pulau
ini lebih mudah untuk dilawati. Sound interesting betul tak?
AirAsia kini menawarkan tambang istimewa termasuk
semua dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc daripada RM90*. Tambang ini tersedia untuk
tempahan di airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018
untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019. Ahli BigPay
boleh menikmati caj pemprosesan sifar apabila membayar menggunakan kad
BigPay. Selain itu, ahli BIG juga boleh menebus penerbangan sehala dari Kuala
Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja).
Phu Quoc menandakan laluan unik ke-59 AirAsia
Malaysia dan laluan kelima ke Vietnam. Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke
empat destinasi lain di Vietnam termasuk Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi dan
Nha Trang dari Malaysia.
Pelbagai tarikan menanti di Phu Quoc termasuklah
pantai sepanjang 150 km serta tiga kawasan utama di daerah tersebut iaitu pulau
Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. Ia adalah pulau terbesar di Vietnam yang
merupakan sebahagian daripada Wilayah Kien Giang yang diiktiraf oleh UNESCO
sebagai Rizab Biosfera Dunia pada tahun 2006.
Selain itu, terdapat banyak lagi pantai yang indah
seperti Pantai Long Beach, Ong Lang, Ganh Dau, dan Starfish, yang menawarkan
pemandangan matahari terbenam dan air jernih yang mempesonakan. Antara aktiviti
lain yang harus diikuti adalah meneroka pulau-pulau, melawat Kampung Ham Ninh
untuk melihat kampung nelayan tempatan, Air Terjun Suoi Tranh yang dikelilingi
kawasan hijau, gua dan kolam batu, menikmati makanan laut segar dan hidangan
tempatan Vietnam di Pasar Malam Dinh Cau dan banyak lagi.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila
ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Promosi tambang termasuk semua yang
tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya
untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jadual Penerbangan untuk Kuala Lumpur,
Malaysia (KUL) – Phu Quoc, Vietnam (PQC):
So apa tunggu lagi, tempah sekarang dan apply cuti untuk terbang bercuti ke Phu Quoc sekarang!
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
Blog yang bagus.... semoga terus berkembang.... Saya ingin berbagi article tentang Jalanan di Tokyo ke Kasuga Taisha di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/05/dari-jalanan-tokyo-ke-kuil-kasuga-taisha.html
ReplyDeleteLihat juga video di youtube https://youtu.be/Kx8RkBteUZQ