Yeay Menang Sime Darby Property Photo Hunt 2018

4:48 AM

Assalamualaikum semua. Maaf baru sempat update cerita hapening yang berlaku 19 Ogos lepas. Al-kisah macam ni, bulan Julai tempoh hari Dboy dapat invitation join contest photo hunt anjuran Sime Darby Property di Elmina 8 Subang. So satu team max 4 orang - BBL, Dboy, Murni dan Akmal decide nak build up team. Punya semangat padahal tak ada idea bagaimana contest ni berjalan tapi since photohunt saya just assume task based on skill ambil gambar. 

Okay straight foward ke hari kejadian. Bertempat di Pavilion Elmina 8 Subang kami semua para peserta berkumpul untuk sesi taklimat dan start the game. Sime Darby Property Photohunt sememangnya acara tahunan bagi meraikan hari photography yang disambut 19 Ogos setiap tahun. Berkoleberasi bersama Tourism Selangor dengan tema "This Is How Life Should Be"hastag #DiscoverSelangor. Ada 100 kumpulan yang mewakili kategory Photographer & Media dan Family. Yang best family siap bawa anak-anak lagi, team photographer lengkap dengan kamera DSLR plus lens power-power. Agak cuak sebab kami just pakai phone untuk ambil gambar. 


Let's the game begin! Dengan 5 lokasi check point bersama 15 soalan yang perlu dijawab dengan gambar paling kreatif. Destinasi pertama kami tujui semestinya Elmina Recreation Park - salah satu kawasan rekeasi dalam Elmina 8 dan sering menjadi tempat tumpuan penduduk di sini melakukan aktiviti atau acara melibat jumlah pengunjung yang ramai. Ringkasan cerita ini gambar team kami bagi setiap soalan. 

Question 1 : Mulakan hari dengan keseronokan senaman

Question 2 : Berjalan dengan keindahan City of Elmina

Question 3 : "Sayangi Malaysiaku" - cara kumpulan kami meraikan Hari Merdeka

Seterusnya kami menuju ke check point ke 2 iaitu Selangor Fruit Valley yang terletak sekitar Batu Arang. Tak sangka Selangor pun ada kawasan eko-tourism berkaitan buah-buahan tempatan. Kawasan ini menempatkan hampir semua buah tropika popular kalangan rakyat Malaysia seperti belimbing, duku, rambutan, manggis, buah naga dan tidak lupa raja buah - durian. Kebetulan hari contest, buah-buahan sedang masak ranum. Seronok dapat berjalan dalam kebun buah. Nak makan buah fresh tak perlu balik kampung, datang saja je Selangor Fruit Valley. 

Question 5 : Harta karun dari Selangor Fruit Valley

Question 6 : Nikmati suasana segar

Berikutnya kami menuju ke Taman Eko Rimba Kanching. Ha kawasan ini ada air terjun dan anak sungai jernih. Lokasi ini memang hot spot family datang picnic hujung minggu. Air terjun sejuk dapat berendam kaki syok habis. Kat sini antara tugas yang diberikan ialah membersihkan persekitaran kawasan perkelahan ini. Okay korang yang datang sini jangan buang sampah merata-rata.

Question 6 : Ahli kumpulan menyertai kempan 'Clean and Green'

Setel tugasan natural, Terminal Skypark menjadi tempat singahan ke empat. Nasib baik walaupun weekend passenger tak berapa ramai lagi touch down airport. Macam biasa ada 2 3 task bergambar kena setel sebelum kami plang ke destinasi terakhir. Pastinya dua gambar dibawah jadi favoruite BBL sebab pertama kami bergambar di bahagian simulasi pesawat. Btw orang awam boleh merasai pengalaman bagaimana kapten kapal terbang mengawal pesawat. 

 Question 11 : Apa yang membuatkan anda gembira? Makan? Minum? Beli belah atau terbang. Ofcourse terbang!

Question 12 : Sibuk 

Elmina Pavilion sebagai point E kami singahi untuk menyiapkan tugasan terakhir sebelum menyerahkan kesemua jawapan gambar serta berehat selepas penat berhempas pulas dari pagi. Walaupun dah all out perah idea untuk task sebelum ni, ini hasil gambarnya.

Question 13 : Menikmati harta di sebelah tasik

Question 14 : Walaupun menjalani hari sukar, senyuman masih terpancar di muka (padahal dah penat nak posing ni)

Question 15 : Ciri utama "Elmina Green" btw pokok 'sakura' Malaysia bakal menjadi tarikan utama di sini apabila ia berbunga kelak seperti viral kat Perlis/Kedah

Hujung majlis para pemenang diumunkan. Agak mendebarkan plus satu kejutan buat group no 092 apabila menjadi top 5 pemenang kategori Media Savvy. Malah 3 orang anggota kumpulan menjadi antara winner bagi instagram contest termasuk saya sendiri pemenang tempat ke 2. Yeay!


Pemenang tempat pertama kategori photographer membawa pulang wang tunai RM 6000 beserta voucher Photobook. Tahniah BBL ucapkan kepada semua pemenang dan mereka yang menyertai cabaran Sime Darby Property photohunt 2018. Anda yang mahu lihat hasil gambar kesemua kumpulan search hashtag #photohunt2018 #thisishowlifeshouldbe #cityofelmina #discoverselangor di Instagram.


You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. dasyatnya...papepun tahniah ya!Rezeki tu ada dimana2 bagi mereka yang berusaha..teruskan berusaha! :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah BBL dan team. Semoga terus berjaya lagi ye

    ReplyDelete