Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak
6:24 AM
Assalamualaikum & hello there,
Yes akhirnya cukup satu Malaysia BBL dah pergi selepas awal bulan ni berjaya jejak kaki ke Borneo iaitu Sarawak dan Sabah dalam masa 2 hari. Well memang jadi impian saya nak sangat terbang ke Malaysia Timur sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Bagai orang mengantuk disorok bantal bila bos mintak outstation ke Sarawak + Sabah sekali gus.
Nak dijadikan cerita, mula-mula bos just request seorang je staff pergi sebab bulan 12 memang pack dengan event company. Kemudian bos tukar fikiran, dia mintak BBL teman staff pilihan dia untuk terbang ke sana. Mau tak bersorak gembira nak jejak kaki negeri orang. Besok nak fly, petang tu juga kami beli tiket ke Kuching. Nasib baik dapat harga tiket RM230 seorang sehala sebab biasanya rare sangat dapat tiket 'murah' macam tu. Rezeki kami agaknya.
Satu persoalan BBL waktu tu, PERLU KE BAWA PASSPORT KALU DATANG SARAWAK & SABAH??
Bunyi macam pelik sebab dua negeri Borneo tu masih dalam negara Malaysia tetapi pernah dengar orang Semenanjung cerita dulu (tahun 2010)..kalu nak datang Sabah/Sarawak kena ada passport. Untuk pengesahan saya tanya experience housemate yang dah pernah pergi sana. Dia suggest bawak je passport tetapi nak bawa kad pengenalan tak jadi masalah. Cuma kalu dengan passport lebih secure..sebab kenapa...kena baca sampai habis.
Cut the story..kami pun sampai awal ke KLIA2 sebab excited sangat nak monitor program under company. Lagi murah rezeki kami dapat Hot Seat AirAsia waluapun BBL tak bayar additional cost untuk kerusi panas tu. Lagi best seat BBL sebelah tingkap. Mau tak double triple seronok dapat view paling nice untuk saya enjoy perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching merentasi tanah Semenanjung, Laut China Selatan sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ambil masa 1 jam 50 minit.. itu pun kalu tak delay dan cuaca baik.
So hampir 2 jam lebih terbang sebab masa hari kejadian time nak landing cuaca kat Kuching tengah hujan lebat amat sangat. Maka berlegar-legar kami dalam pesawat atas awan bandaraya Kuching tunggu clearance dari menara trafik. Alhamdulilah selamat touch down walaupun jalan agak licin lepas hujan lebat.
Setel keluar dari aircarf terus BBL dengan officemate keluar dari arrival lounge, ingatkan terus jumpa gate rupanya kena melepasi kaunter imgerisen. Ha kat sini pentingnya bawa passport untuk tujuan cop permit sebagai pas lawatan sosial. Incase tak ada passport/tak bawa, boleh je guna kad pengenalan dan korang akan diberi sekeping kertas Pas Lawatan Sosial.
cop permit lawatan sosial pada buku passport
ni kertas permit lawatan sosial - sah untuk 90 hari sahaja dari tarih masuk
Kertas permit Pas Lawatan Sosial ni korang kena simpan & jaga elok jangan bagi hilang kalu tidak nanti susah bila nak pulang ke semenanjung incase permit ni hilang. No wonder housemate suggest bawa passport sebab off course passport kita akan jaga bagai menatang minyak yang penuh kan. Kalu korang datang bercuti 2 3 hari tak jadi masalah lagi nak simpan pas lawatan ni dengan baik tetapi kalu datang sebulan atau 2 bulan untuk oustation mau rupa belacan kertas permit bila nak tunjuk nanti. Hahaha..
Lagi pun chop permit kat buku passport boleh tambah bilangan cop kastam. Wah boleh bermegah dah travel banyak negara walaupun just datang Sabah/Sarawak sebab urusan kerja. Hahahaha
So esoknya pagi terus shoot ke Kota Kinabalu waktu subuh. Pergh dah macam explorace international jump satu negeri ke negeri lain. Kalu dekat mcam Kuala Lumpur pergi Nilai tak pe lagi..ni dari Kuching ke Kota Kinabalu. Hujung Borneo ke hujung tu.. so terbang lagi untuk 1 jam 30 minit..boleh tahan jauh tu.
Dah touch down ibu negeri Sabah Negeri Dibawah Bayu, kena cop passport lagi sekali sebagai pas permit lawatan sosial. Yes bertambah lagi satu cop imgresen. Sama macam kes di Kuching incase tak bawa passport boleh guna kad pengenalan dan akan diberikan resit pas lawatan sosial. Ingat simpan elok-elok kertas tersebut jika anda tak mahu mengalami kesulitan amat payah time nak keluar dari Sabah/Sarawak.
BBL tak sempat nak discover tempat menarik sekitar Kuching sangat sebab kami sampai waktu malam dan subuh esoknya terus ke Sabah. Cuma di Kota Kinabalu sempat la jalan-jalan kawasan tarikan pelancong seperti Pantai Tanjung Aru yang sangat terkenal antara salah satu lokasi matahari terbenam paling cantik didunia. Sebelah malam flight kitaorang pulang ke ibu kota. Waa..sedih tak dapat spend masa banyak kat negeri Borneo.
serius cantik amat sangat sunset kat sini.. love it
Insyallah tahun 2019 nanti BBL akan cuba datang lagi sekali Sarawak dan Sabah dengan spend lebih banyak hari untuk terokai apa best di sini. Betul la orang kata, kalu sekali datang Sabah/Sarawak terus jatuh cinta tak boleh move on.
Okay BBL dah mengantok..tunggu next entri ye. Bye
24 Budak Suka Minum Bandung Laici
Bestnye duduk sebelah tingkap. mesti dapat tengok view cantik dekat atas kan. and tak sangka pulak kena ada pas macam tu kalau nak pergi sabah sarawak. ingatkan sebab satu malaysia kan tak perlu kena macam tu. rupanya ada pas. baru tau
ReplyDeleteSelalu pergi mmg x bawak passport sejak yg dah lama diorang mansuhkan passport. Tapi terpikir macam best je bawak, so leh penuhkan passport dgn stamp. Hehe.
ReplyDeleteBest kan..sellaunya akak pi Sabah Sarawak x bawak passport, kena jaga la pas lawatan tu ha...pergi pun tak lama cuma 3-4 hari je...hehehe...bagus jugak tips bawak passport..bleh tambah chop kastam kan...hehehe...
ReplyDeleteya ampun boleh lunyai wei kertas sekeping tuh, bayangkan kak lily kene outstation 2 bulan kat kuching.. sedih bile tengok kertas tuh dengan ada bekas sambal lagi tumpah hauhauha
ReplyDeleteDah lama juga LeYa tak ke Sarawak & Sabah... Last pergi tak silap tahun 2005 dengan family. Hmmmm....pasti banyak perubahan dan semakin cantik sekarang... Okay... tahun 2019 ni nak pergi sekali lagi laa...
ReplyDeletehahaha.. sorryla yer.. my husband pun from here and everytime balik my kampung which is sarawak dulu mmg kene bawak passport.. but now x de dah..
ReplyDeletebagusnya tips ni...sebenarnya sis belum pernah lagi jejak sabah dan sarawak hehe...moga ada rezeki sampau kat sana nnt..tips yg bagus ni
ReplyDeleteo.. kena gak bawak passport ni ye untuk cop2 nanti.. ada pas lawatan bagai.. TB tak pernah lagi sampai ke Sabah.. teringin wo nak pi.. dulu masa kerja pernah hampir2 dah nak pi lawatan kerja kat sabah tapi time tu TB plak kahwin dan kena ikut suami dok kl.. huwaa.. melepas..
ReplyDeleteOhh tips berguna untuk my next trip ni. hihi Setakat pengetahuan I, ke sabah x perlu passport. Rupanya lebih interesting kalau bawak passport
ReplyDeletememang pun takyah passport sebab kira malaysia jugak ma...takya la susah susah bawa passport..
ReplyDeleteBestnya! Cx teringin nak kesana sebab ramai cakap best dan budaya mereka yang aman sesama bangsa agama juga budaya . Nk tgk sendiri keadaan tu. Nak rasa sendiri. Seronok baca pengalaman Bbl ni. Teruja!
ReplyDeleteSis dulu pergi bawak ic je..tak bawak pasport pun..tapi betullah mcm bbl cakap..kalau bawak boleh dapat cop kan..banyakkan cop kat pasport kita utk kenangan..:)
ReplyDeletelama dah singgah sabah dulu rasanya tahun 2011 melawat sabah.. tak ingat dah bawa passport ke bawa apa ? rasanya tak de buat passport.. eh entahlah.. lupa dah tapi best sebab masa pergi waktu dulu adik ipar kedua dengan last dengan kakak kandung kerja gov jadi mereka kena bekerja di sana terlebih dahulu sebelum buat pertukaran di semenanjung.. heee.. rindu kundangsangggg..
ReplyDeletethanks for sharing! wow the last time i went was like so many years ago during uni time, so i cant even remember if i bring a passport. haha anyway perhaps its time to revisit!
ReplyDeleteKite nak ke sabah lagi. Best sgt. Memang negeri yang kaya dengan aktiviti pelancongan. Kite mmg bawak passport sbb senang compare nk kene simpan kertas hijau tu. Takut hilang nnti tak balik kite wak. Nice sharing marou.hehehe
ReplyDeleteOkay now dah dapat jawapan kenapa kena bawa passport ke Sabah. Kalau guna IC dapat resit memang boleh hilang. Susah pulak nak balik Semenanjung nanti.
ReplyDeleteLake dulu 1 family pg Sarawak xpernah guna passport pun.sabah pun sana..klu nk pg sarawak kena amik cuti lama sikit sbb byk tpt yg meantime sarawak
ReplyDeleteIngat next cny nk prgi bercuti di Sabah. Cuma nk tnya, klu yg dh di istihar muflis boleh masuk ke Sabah tak.
ReplyDeleteNak tanya tu cop kat passport merah ke atau apply passport biru (dokumen perjalanan terhad)? Tgh terkandas kat sabah sbb ikut suami tup2 preknen xdpt nk buat passport biru lg
ReplyDeleteNak tanya tu cop kat passport merah ke atau apply passport biru (dokumen perjalanan terhad)? Tgh terkandas kat sabah sbb ikut suami tup2 preknen xdpt nk buat passport biru lg
ReplyDeleteitu cop kat pasport merah, untuk lawatan kurang 3 bulan. Nak mohon pasport biru, kene pergi kaunter Imigresen
DeleteOh macam tu nak masuk Sabah / Sarawak. Tak ada info ni kat mana-mana website kerajaan. Thanks for sharing.
ReplyDeleteKalau pergi sabah dan sarawak jangan lupah bawah passport... Boleh singga brunei Darussalam terus.....
ReplyDeleteKalau bawak ic sja ok kh..sya xde passport..sy lama sbab belajar...dari sarawak ke sabah..
ReplyDelete