Lega Applikasi Mindful Muslim Sangat Membantu Kurangkan Insomnia Saya

6:41 AM

Assalamualaikum semua..

Hmm.. korang semua sihat? harap sihat sejahtera. Maklumlah sekarang kes positive Covid-19 makin menjadi-jadi. Tahun lepas bila dengar orang positive Covid-19 bukan dalam kalangan kita kenal. Cuma lately ramai kawan-kawan rapat, staffmate, klien & sedara-mara yang dah positive Covid-19. Belum cerita yang kuarantin sebab close contact. Sebenarnya BBL perasan sejak dari PKP 2.0 tahun lepas badan makin rasa cepat lemau, tak bertenaga & cepat moody waktu siang. Mungkin sebab kena duduk rumah lama sangat sampai berbulan-bulan tu jadi macam tu. Mungkin la..tapi risau jugak diri dah positive Covid. Sekarang ni bila buat RTK result negative je.

Saya perasan jugak bila siang rasa mengantok cepat giler tapi malam susah nak tidur. Padahal badan penat, tu la mata tak nak lelap walaupun paksa. Sampai kadang-kadang paksa diri tidur cuma lambat la nak lena. Ada la tanya member-member tips nak cepat tidur. Dah try la dua tiga cara macam

  • Mandi sebelum tidur
  • Minum susu suam sebelum tidur
  • Jangan minum kopi waktu malam
  • Tidur dalam keadaan gelap atau ada cahaya samar sikit
  • Makan biar kenyang sikit sebelum tidur

Hm...ada hari berkesan. Ada hari langsung tak leh pakai. Makin segar ada la. Sampai la BBL terbaca dalam myhealth.gov.my mungkin tu simptom insomnia - kekurangan tidur atau rasa tak puas tidur walaupun telah mendapat peluang tidur secukupnya. Serius tak sangka saya sendiri akan alami benda ni. Stress weh bila tak cukup tidur. Tambah lagi kerja hakiki memang kena handle klien-klien. Bila badan rasa penat, mengantok & tak cukup rehat mula la datang perangai tak elok. Ni side effect insomnia BBL dapat - cepat marah, hilang fokus waktu kerja, tak berselera nak makan, suka termenung, cepat letih, tak bertenaga bila buat aktiviti & rasa malas sangat. Betul..insomnia ni bukan benda main-main sebab long term sangat bahaya bila badan tak cukup tidur. 


Sampai la kaunselor tempat kerja suggest download applikasi Mindful Muslim dalam phone. Mula-mula rasa sangsi la try tapi tak salah kalu cuba kan. Dari apa saya baca dalam website MindfulMuslim.App menawarkan ciri-ciri audio motivasi Islamik berdasarkan Al-Quran dan sunnah yang boleh membantu pendengar tidur lebih nyenyak, mengurangkan perasaan resah (anxiety) serta mengelak perasan murung (depression). 


Tahu tak beza Anxiety, Insomnia, Depresi & Kerisauan?

Anxiety (Gelisah)

Kegelisahan (anxiety) adalah satu emosi disebabkan oleh perasaan tegang, fikiran bimbang dan perubahan fizikal seperti tekanan darah tinggi. Mereka akan mengalami gangguan anxiety apabila pemikiran terganggu atau datang perasaan bimbang berlebihan.

Insomnia

Masalah tidur yang tidak mencukupi atau tidak berkualiti kerana faktor-faktor seperti kesukaran untuk tidur, kerap bangun pada waktu malam dengan kesukaran untuk kembali tidur atau tidur yang tidak lena adalah tanda insomnia.

Depresi (Depression)

Depresi adalah gangguan mood yang melibatkan perasaan sedih dan kehilangan minat secara berterusan. Ia berbeza dengan perubahan mood yang biasa dialami orang dalam kehidupan seharian.

Kerisauan (worry)

Terlalu memikirkan masalah atau perkara tidak menyenangkan yang mungkin akan berlaku dengan cara yang membuat diri merasa tidak bahagia dan takut.

Dalam applikasi Mindful Muslim ni ada beberapa features BBL suka dengar iaitu audio kata-kata motivasi bersumber dari Quran dan Sunnah. Suara lembut tukang bercerita tu yang membuatkan diri rasa hanyut mengantok. Sama macam zaman kecik-kecik mak selalu baca kisah teladan nabi sebelum masuk tidur. Ada banyak audio boleh pilih ikut mood & situasi kita malam tu. Contoh, kalu rasa stress, takut, atau gelisah boleh dengar audio yang anda rasa tenang nak dengar. 


BBL perasan Mindful Muslim App ni ada function audio bunyi alam semulajadi. Yelah dah 2 tahun terperap dalam rumah sampai rindu bunyi ombak, bunyi cengkerik dalam hutan. Semua bunyi-bunyi ni ada dalam apps ni. Salah satu favoruite bunyi alam BBL suka dengar bila susah nak tidur mesti la bunyi hujan turun. Biasanya sebelum tidur wajib mandi dulu, berwuduk, tutup langsir & lampu pastu selimut badan. Baru buka apps Mindful Muslim pasang bunyi hujan turun dalam hutan. Fuh memang feel betul-betul hujan kat luar tingkap bilik. So far applikasi ni sangat helpful bila saya terjaga waktu pagi pukul 2 3 pagi, cepat je lena balik & jangan risau bateri habis ke apa sebab ada audio pendek dalam 5 minit macam tu. 


Bunyi-bunyi ni kekadang sangat membantu otak jangan terlalu stress, terlalu berfikir atau terlalu bimbang. Contoh bunyi dalam terminal airport, bunyi dalam kapal terbang, bunyi drive kereta & bunyi burung berkicauan boleh 'membawa' anda lari ke tempat lain buat sementara waktu supaya hati rasa tenang, lebih selesa & 'berehat' dari konflik dalaman. Applikasi macam ni satu platfrom sangat diperlukan oleh kita semua. 

Bukan tu je, ada function Playlist jugak. Kat sini boleh create list ayat-ayat bacaan doa, surah Al-Quran, istigfar, bacaan Ruqyah dan sebagainya. Bukan tu je, playlist ini boleh customize untuk semua peringkat umur dari bayi supaya mudah tidur, anak-anak yang susah nak tidur malam atau mak ayah kita yang ada masalah tidur-tidur ayam disebabakan faktor usia. 


Dalam Mindful Muslim ni kita boleh tulis diari tau. My sleep diary untuk anda tulis apa-apa aktiviti buat hari ni, luahan perasaan atau anything yang boleh mengurangkan perasaan resah, gelisah, risau atau sebagai tempat mencipta memori. BBL ada la tulis diari bila hati rasa gembira atau sedih. Saja buat notes untuk diri sendiri..


Tak silap saya la..Mindful Muslim App pernah masuk surat khabar Kosmo. Malah apps ni walaupun baru launch tahun 2020, dah berjaya dilebel sebagai aplikasi penenang jiwa berteras Islam pertama didunia & #Top 5 app kategori kesihatan. Antara apps popular masyarakat Muslim download dalam penduduk negara Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat selain negara Afrika. Boleh kata apps ni tengah naik & famous di Malaysia. 


Feedback dari saya sendiri yang dah guna Mindful Muslim App ni sangat membantu BBL tidur lebih mudah & cepat terlena. Lagi satu, setiap audio saya dengar tu boleh jadi pedoman kepada diri untuk terima setiap ujian yang Allah berikan mesti ada hikmah sebalik-Nya. Cuma sedar atau tak je. Ala benda baik tak salah kalu kita share sama-sama kan. Mana tahu korang sendiri sedang alami masalah insomnia dalam tak sedar. Btw Mindful Muslim App ni boleh download dalam phone atau tablet. 


Link tu ada bawah ni. 

Download di 

Apps Store - https://apps.apple.com/us/app/mindfulmuslim/

Google Playstore - https://play.google.com/store/apps/mindfulmuslim

Dah download tu jangan lupa rajin-rajin cuba fungsi-fungsi yang ada dalam applikasi ni. Moga anda dapat tidur lena macam saya sekarang ni. Bye bye. 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Memang bagus apss nie.. moga beri manfaat untuk semua..

    ReplyDelete