Paradise 101 Langkawi Memang Betul-Betul Awesome La!

7:41 AM

Assalamualaikum kawan-kawan...

Paradise 101 Langkawi ni salah satu destinasi BBL pergi sewaktu kat Langkawi. Attraction utama kat sini semestinya aktiviti air macam water game ala wipe out, jetski, kayak, flyingfox, banana boat, cruise pusing pulau dan banyak lagi. Ni first time jugak BBL jejak kaki ke sini. 

Lokasi Paradise 101 Langkawi

Nak datang sini kena naik bot dari check point entrance di jeti Paradise 101 tak jauh dari Telaga Harbour Park. Lebih kurang 5 minit dah sampai ke Pulau Paradise 101. Fuh memang nice view nampak cable car Langkawi dari pantai. Nasihat BBL, kalu boleh pakai sunblock siap-siap sebabnya cuaca tepi pantai agak terik tambah lagi lepas jam 11 pagi ke atas sampai petang. Bawa topi sekali & baju extra untuk salin lepas buat aktiviti air. 

Harga Tiket Paradise 101 Langkawi

Bab harga boleh refer gambar bawah ni senang sikit. Harga tiket ke Paradise 101 cuma RM30 seorang. Nanti dapat voucher RM15 untuk beli makanan atau minuman & voucher RM5 untuk aktiviti air. Kanak-kanak bawah 7 tahun masuk percuma tau. Bestnya.


Super deal pakej 

Nak main jet ski.. boleh boleh


Nak lagi murah boleh beli kat Klook. Klik sini je


Kemudahan

Kat pulau ni jangan risau nak tukar baju ke apa sebabnya ada ruang tukar baju, bilik mandi & toilet bersih. Nak sewa loker untuk simpan barang pun ada jugak. Baru seronok nak have fun kan. Mak ayah boleh santai-santai bawah pokok rhu sambil makan aiskrim.

- beach ball

- dewan serbaguna

- pondok untuk booking aktivi air

- loker barang

- receiption hall

- bilik mandi & tukar pakaian

- tandas awam lelaki & perempuan

Sepanjang persisir pantai ada tempat santai & beberapa hotspot intagramble untuk bergambar. Apa tunggu lagi, ambil kamera & pose sepuas hati. Kalu jalan dari hujung ke hujung memang nice view Laut Andaman. Tambah lagi kalu sunset memang cantik. 

Okay dah puas bergambar, ayuh kita tukar baju terus pergi Aqua Park. Dari pantai nak ke Aqua Park boleh berenang je pakai life jacket. Eh sampai situ memang adventure nak panjat ke atas platform tu tapi confirm tergelak sebab tak lepas-lepas naik. Dah berjaya berdiri atas tu maka 'ini tempat ana yang punya'. Syok weh dari satu check point pergi try semua game. Such fun way to enjoy this place!

- mula-mula pose tepi Aqua Park dulu

- serius mengah berlari atas sini

- weh hampir nak menagis sebab licin nak panjat naik atas

Lapar? OMG Restaurant ada!

Dah puas main aktiviti air boleh isi perut tu dengan menikmati pelbagai sajian lazat kat OMG Restaurant. Dari menu western seperti pizza, pasta, chicken chop hingga hidangan popular tempatan dengan menggunakan bahan-bahan fresh di tangkap sekitar laut Langkawi. 

Berselera sungguh BBL bila dapat makan best-best ni. Yelah, penat bergelak sakan je tengok aksi member main Aqua Sport mengalahkan live game show. 

- Meat Lover Special Pizza

- Seafood Pizza

- Crispy Fun Fries

- Nasi Goreng 101

Well OMG Restaurant pun boleh muat kapasiti tetamu ramai incase anda datang ke Paradise 101 Langkawi ni untuk sebarang aktiviti berkumpulan. Sambil minum air boleh relax tengok pemandangan laut. Boleh release sikit stress bila datang bercuti kan. 


Paradise 101 Langkawi - Meraikan Anda

Oh ya, lokasi ni memang perfect kalu plan buat gathering beramai macam hari keluarga, gathering staff syarikat, team building, majlis hari lahir, ulangtahun perkahwinan atau company & apa jua program yang meriah bila ada ramai participant. Ruang OMG restoren boleh bertukar menjadi open space untuk berkumpul. Siap ada stage & PA sistem untuk kegunaan program tetamu. Eh nak buat majlis kahwin pun boleh je. Staff kat sini sangat friendly & akan assist anda untuk sebarang bantuan.

Selain tu, ramai je BBL nampak pasangan datang berbulan madu & family datang sini. Tambah lagi destinasi ini memang penuh 101 keriangan yang boleh jadikan sebagai kenangan indah sepanjang berada di Pulau Langkawi. 

Paradise 101 Langkawi

Waktu operasi : 

Ahad - Khamis > 10 pagi hingga 6 petang

Jumaat & Sabtu > 10 pagi hingga 8 malam

No Telefon : 04-9650300

Email : paradise101@naam.biz

Wesbite : www.paradise101.com

Facebook | Instagram | Twitter | YouTube 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici