Parking Kereta Di Aras 14 Serendah RM24 Juta

3:09 AM

Di Singapura, golongan manusia terlalu kaya sebenarnya terlalu ramai,
sama ada penduduk tetap atau warganegara asing bekerja di sana,
(bukan warganeraga Indonesia, Bangladesh & sekutu dengannya)
masing-masing akan menikmati hidup dengan kereta mewah di Singapura 
walaupun harga kereta jauh lebih tinggi.
Kalau di Malaysia harga kereta mewah dah buat kita 
terkedu kejap, ni kan harga kereta mewah di Singapura,
memang telan air liur jelah.
Jika ingin merasai angin kelajuan kereta sport mereka beli,
maka lebuhraya Malaysia menjadi litar lumba meraka
walaupun penuh dengan perangkap had laju.
Apalah sangat RM300 saman dengan kepuasan bawa kereta laju-laju.

Di Singapura, memandu kereta yang dibeli satu perkara,
nak simpan kereta bernilai jutaan ringgit ini pun satu perkara
kerana kebanyakan kediaman di sana adalah kondominium
& bukannya bunglow atas tanah yang boleh parking kereta sebelah
rumah masing-masing seperti kita di Malaysia.

Oleh sebab itu, lahirlah Hamilton Scotts sebuah kondiminium mewah
yang mempunyai parking sendiri di setiap tingkat kediaman.
Lebih kurang, Proton Ferrari, Lamborghini atau BMW boleh 
parking sebelah menyebelah sambil di lihat dari ruang tamu
di semua aras bangunan setinggi14 tingkat ini.

Biasalah bila sesuatu hartanah di luar kotak kebiasaaan, 
harga mesti di luar kebiasaan a.k.a luar biasa.
Harga asas kondiminium di Hamilton Scotts bermula
 serendah S$9.5 atau RM23.7 juta.
Murah? korang boleh cuba bida 'Penthouse' 4 bilik di Hamilton Scotts
dengan harga pembukaan pada S$30 juta atau RM75 juta
sehingga harga korang betul-betul mampu untuk memiliki penthouse tersebut.





























Tunggu apa lagi, silalah tempah sekarang sebelum kehabisan stok.




BBL ~ berbakul-bakul duit bila loan PTPTN masuk nanti
[-.-]''




suka entri ini? apa  kata share dengan kawan-kawan di..

You Might Also Like

7 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. huishhhh..
    terbaek la kalo dapat sebijik macam ni...

    ReplyDelete
  2. @meow aizawa : jangan lupa ajak BBL bila buat open house nanti

    ReplyDelete
  3. warghh.. x sanggup..

    kaya btol diorang kan?

    ReplyDelete
  4. haa...bagus la.kalau ade barang tinggal dalam kereta tu tak payah la nak turun bawah ambik

    ReplyDelete
  5. Dah macam kereta mainan je aku tengok kereta-kereta tu. Mainan orang-orang kaya ni.

    ReplyDelete
  6. tapi takde pun kita dengar sesapa merungut pasal ketidaksama rataan atau jeles...kalau kat malaysia dah jadi isu nih sesapa yg beli...

    ReplyDelete