Seronok Bersama Nuffnang Lovin @ Aloft KL

5:20 AM

HANGAT! Tahu tak makan aiskrim boleh merapatkan hubungan keluarga


Assalamualaikum super blogger!


Nuffnang Lovin @ Aloft KL sangat seronok sampai tak sedar dah pukul 11.00 malam. Event ini cukup santai bersama Nuffies & Nuffnangers. BBL sampai di lobi Aloft jam 7.15 petang terus register. Tak silap hanya 15 orang blogger hadir & BBL adalah blogger ke 2 mendaftar. Acara pertama mestilah penuhkan memori telefon dengan gambar. Istimewanya, setiap gambar diupload ke instagram dengan hashtag #aloftkl #aloftlive akan terpampang gambar pada skrin media Aloft.




Acara bermula dengan persembahan dari artis Youtube. Tak pernah dengar band ni tapi seriously lagu dorang sedap telinga dengar. Paling hapening sewaktu performance dari Paperplane Pursuit. Di sebabkan Nuffies saja tau lagu tu, kami hanya di ajar miming chorus sahaja. Haha tahan gelak jelah nyanyi lagu Beat of Your Love sambil tepuk tangan.



Menu disediakan cukup simple sedap & of course -halal. Okay BBL dah tanya awal-awal sebelum terjah semua makanan. Dalam kotak tu Vegeterian Noodle. Sebelahnya Compressed watermelon with cheese. Ada bunga kat tepi tapi dah termakan.



Seterusnya kami main game ice breaking antara blogger. Setiap blogger mesti ingat nama, profession & what kind of blogger. Kebanyakan blogger malam tu adalah lifestyle blogger & hanya  2 3 orang beauty fashion blogger. Ketar lutut BBL kena soal jawab dengan Adrian & syukur dapat hadiah dari Celebrity Fitness.


Paling-paling special event ini semestinya Nuffie Sharing Tips on Blogging. Okay, selama ni asyik hantar tiket mengadu tak dapat CPUV, dapat kempen ciput je, payment tak dapat & macam-macam lagi. Mereka ini adalah Nuffies yang selalu handle tiket aduan korang & kempen CPUV blog. 



Si cantik jelita Commercial Executive, Jen. Dialah yang handle kempen CPUV korang selama ini. Dalam ceramah panjang lebar dia, Jen ada mention tips untuk dapat CPUV. Korang kena maintain visitor ke blog. Sebab tu ada sesetengah blogger, walaupun tak update entri 2 hari tapi pageview mencacak sebab loyalty readers singgah baca isi blog dia compare blogger update tiap-tiap hari entri tapi tiada pageview. Cara nak dapat reader / pageview tu, boleh tanya pak cik google. Jen banyak kali mention supaya blogger jaga readers ketat-ketat macam korang sayang blog kerana readers yang menentukan korang akan dapat CPUV atau tidak. 




Sambung lagi soal jawab dengan Michelle, ketua Helpdesk. BBL ada tanya tentang Blogbuster Campaign & cara buat video blogbuster. Michelle cakap, jika korang terpilih untuk kempen blogbuster, cuba buat video & hantar saje. Yang penting kena ikut seperti required oleh kempen. Kempen ni sangat masyuk bila setiap video di play pada blog korang, RM0.50 akan di kredit. Selepas korang submit video, advertisor akan tengok video tersebut. Biasanya advertisor akan bagi green light je mana-mana video mengikut syarat telah di tetapkan. Kalu video tu kreatif, advertisor akan pilih video tersebut & akan disiarkan di semua blog seluruh Malaysia. Contoh, Digi nak buat kempen tentang Digi Internet, kalu boleh jangan ada warna-warna pesaing Digi seperti warna merah (Hotlink), biru (Celcom), orange (Umobile) dalam video korang. Lagi bagus ada banyak warna kuning dalam video.

Sebagai tetamu double VIP Hotel Aloft, maka kami dibawa melawat satu bangunan Aloft. Paling killer infinity pool level 29 dengan panorama Kuala Lumpur. Terasa di atas awan tengok KL Sentral dari top Aloft.



Selepas penat berceloteh tanya soalan, kami bermain satu game simple. Lupa nak snap gambar sebab syok nak menang punya pasal. Nasib baik ada Nuffie bersama kak Tatie sporting handle game ni. Ending of story, team kami menang no 1 dari 3 kumpulan, Yahoo, dapat hadiah payung Nuffnang besar gedabak. Extranya BBL redeem sekali hadiah Churpselfie - patung Churp-churp. 



Lupa nak tanya, macam mana korang sebut Churp-churp. Ini video cara sebenar sebutan Churp-Churp. Jangan jadi seperti BBL sebut Chut-Chut. Tak pasal dapat malu tebal 2 inci.




Gembira hati menang hadiah, BBL belanja korang selfie bersama Nuffies.



Official gambar dari Facebook Nuffnang


Terima kasih Nuffnang, Churp-Churp & Aloft Kuala Lumpur Sentral untuk hadiah ini. Jumpa lagi pada event akan datang. Bangga kejap jadi batch pertama untuk Nuffnang Lovin Malaysia. Guys, take 5 kejap datang support event Nuffnang ya!




But first, let me take a selfie!.




Untuk maklumat lanjut, sila terjah aloftkualalumpursentral.com & 

BBL ~ ada rezeki boleh pergi lagi event
(-‸ლ)


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

12 Budak Suka Minum Bandung Laici