Bila Hati Berbicara Slot Terbaru Akasia TV3

11:34 PM

Assalamualaikum & hello there,

Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna dah nak final episode, ramai jugak duk PM  tanya drama mana ganti slot Akasia tu. Menurut infotaip.blogspot.com drama Bila Hati Berbicara akan mula ke udara selapas tamat cerita Maaf Jika Aku Tak Sempurna di adaptasi dari novel penulis Antasya Balkis.



Drama dibawah terbitan Suhan Movies ini diarahkan oleh Amie Maziah. Menampilkan Syafiq Kyle & Atiqah Suhaime sebagai pelakon utama. Dijangka akan bersiaran selepas tamatnya drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Info terbaru akan dikemaskini kelak. Suhan Movie ni suka betul tampil muka baru kan?

JUDUL : Bila Hati Berbicara
TARIKH : 28 Oktober 2014
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Amie Maziah

NOVELIS : Antasya Balqis
TERBITAN : Suhan Movies / Buku Prima
PELAKON : Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif

WATAK-WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha
Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura
Azwan Kombos sebagai Encik Taufiq

Idzham Ismail sebagai Zaidi
Hanna Aqeela sebagai Nadia

SINOPSIS BILA HATI BERBICARA

BILA HATI BERBICARA mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti sebagai seorang juwatan muda yang kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan... wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia merwar-warkan mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang di beri nama Lembah Jingga.

Emir merasakan Tania perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang juga menaruh minat terhadap Tania.

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang akan terjadi terhadap perkahwinan mereka dan rasa cemburu kerana sayang dapatkah kembali menyatukan cintanya terhadap Tania? Kenalah tonton nanti ya.

Untuk senarai biodata pelakon, BBL akan update nanti. Wah tak sabarnya nak tonton cerita baru slot Akasia, nampak macam best je.


Video promo Akasia - Bila Hati Berbicara



BBL ~ update-update lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

6 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. macam nak kena tengokkkk je,saya suka pelakon lelaki ni,syafiq kyle ke nama dia? tak tau nama tapi cam muka hehehhe...suka lakonan dia

    ReplyDelete
  2. menarik.. singgah blogwalking...


    p/s : jom join giveaway di blog Kisah Tatie

    ReplyDelete
  3. macam best jer.... harap2 bestlah jangan mcm MJATS jer... huhuhuhu

    p/s: sedap ker bandung laici? rasa macam nak try jer malam ni klu kuar p mkn... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar cerita ramai jugak kaki novel suka baca novel bila hati berbicara

      Delete