Simpan Duit Seringgit Lama

12:01 AM

Assalamualaikum & hello there,

BBL ada simpan beberapa keping duit kertas ringgit lama RM1, RM2, RM5. Kenapa BBL simpan? sebab saja duit lama dah susah nak jumpa. Sejak semua duit 'kecik' RM1, RM2 & RM5 dah bertukar menjadi plastik polimer makin susah nak jumpa duit ringgit kertas. Kalau dapat pun time terima balance shopping kat kedai mamak, itu pun dah lusuh, berlipat lipat, siap ada no telefon awek. Nak duit kertas RM1 & RM5 kena tunggu musim raya, waktu tu duit RM1 bau bank lagi. Tu harum berkilat lagi sampai sayangnya nak guna.

Duit seringgit syiling RM1 lagi rare. Zaman sekolah darjah 5, mak BBL selalu bagi duit belanja sekolah RM1 syiling tapi kadang-kadang balik rumah muka tersedu sebab duit belanja jatuh dek poket bocor time main chop tiang sekolah. Hahaha. Tak silap Bank Negara Malaysia dah stop producing duit syiling RM1 atas kes banyak sangat duit klon RM1 syiling. 

Ini duit RM1 kertas lama BBL simpan. Wah dah boleh bukak muzium duit kertas.


Duit kertas RM2 & RM5 pun rare jugak. Dah susah nak jumpa, kalu dapat balance duit kertas RM2 lama mesti berebut dengan member. Benda rare der.


Ni pulak rasanya duit peringatan. Duit seringgit syiling ni ada tertulis 30 tahun merdeka. Ingatkan duit Singapore tapi belek punya tilik rupanya duit Malaysia. Agaknya rare level berapa eh.


Buat masa sekarang, BBL nak kumpul duit syiling 10sen, 20sen & 50sen lama. Ni tengah godek-godek tabung adik mana tahu jumpa duit lama. Bukan curik tau, tapi pinjam.. Hahahaha

BBL ~ kadang-kadang terbagi duit 50sen ingatkan 20sen
o\(^.^)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

11 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. RM1 yg 1st skali tu MG xpernah tgk real
    huhu
    MG ada RM1 syiling lama besa mcm 50sen ..berat ..huhu

    ReplyDelete
  2. bgus hobi ni.... nnt benda jadi sangat rare...

    ReplyDelete
  3. simpan 30 tahun lagi. mane tahu boleh jual dgn harga mahal nanti. hahaha

    ReplyDelete
  4. Rajinya disamping rajin berblog, rajin juga menyimpan brang2 sejarah. Duit lama kira bahan sejarah la kan? Hehehe

    Jom terjah entri Papaglamz..

    http://www.papaglamz.com/2014/11/semasa-ll-buli-sana-buli-sini.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. boleh buat wasiat ke anak nanti. Okay BBL terjah blog papa

      Delete
  5. hihi bagus la hobi cemni..
    nanti boleh tunjuk kat anak-anak.. zaman akan datang tah macam manela rupa duit kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu boleh simpan buat kenangan untuk anak cucu

      Delete
  6. Queenpink pun ada simpan duit lama..hubby queenpink lg bnyk koleksi :)

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL