D.I.Y : Photobooth Frame

4:34 AM


Assalamualaikum & hello there,

Kalau pergi event atau majlis kahwin mesti ada photobooth. Macam biasa mesti bawak balik berkeping-keping gambar photobooth. Letak gambar dah buku album dah terlalu mainstream tapi kalu boleh BBL nak letak kat tempat yang senang tengok hari-hari. Yang jadi masalah bila gerudi dah hilang, susah nak tebuk lubang skru. So solutionnya BB buat frame dari kotak. Habis cerita. Haha

Bahan-Bahan :



◕ 2 kotak besar (kotak tv pun boleh)
◕ Pembalut hadiah
◕ Gam
◕ Double tape
◕ Gunting
◕ Tali
◕ Penyepit baju kecil
◕ Gambar photobooth korang :)

Cara nak buat


Langkah 1 : BBL guna 2 kotak so kena tampal tape kat kotak
Langkah 2 : Kat depan kotak buat frame 5cm kiri & kanan. Kemudian buat garisan 
Langkah 3 : Potong garisan tadi dengan pisau. Opss BBL guna pisau kat dapur je


Langkah 4 : Selepas potong ikut garisan, kotak akan menjadi seperti gambar 4
Langkah 5 : Potong kertas hadiah lebar 5cm mengikut ukuran frame Langkah 2 tadi


Langkah 6 : Tampal tape / gam pada kertas & lekatkan di kotak
Langkah 7 : Hasil selepas siap tampal kertas hadiah pada frame kotak


Langkah 8 : Gunakan penebuk lubang untuk buat lubang pada frame kotak
Langkah 9 : Masukkan tali & ikatkan kemas


Dan masa untuk sepit semua gambar kat tali. Jangan guna penyepit baju sudah. Kan mak marah tak tahu..

 Yeay dah siap photobooth frame!
Boleh gantung kat dinding bilik.



BBL ~ Yes akhirnya siap jugak
ೖ(⑅σ̑ᴗσ̑)ೖ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici