Lunch Menu Korea Kat Ojju K-Food Nu Sentral

7:25 AM


Assalamualaikum everybody!

Amboi seronok nampaknya. Yelah perut tengah kenyang lepas makan kat restoren Ojju K-Food NU Sentral, Kuala Lumpur. Siapa peminat K-Pop, K-Drama, K-Beauty? Ha ini ada satu tambahan senarai dalam checklist perlu korang cuba sendiri tahun 2019. 

Ojju K-Food baru je beroperasi Oktober 2018 yang lalu. Menampilkan menu citarasa penduduk Korea Selatan. Kalu korang nak tahu, Ojju adalah nama tempat di Seoul. Lebih kurang datang sini boleh acah dah sampai ke sana la. So BBL nak suggest korang datang rasai sendiri bermacam makanan di sini. Isnin lepas lebih kurang waktu tengahari macam tu kitorang geng housemate sampai ke Ojju K-Food yang terletak di aras 4 NU Sentral. 

First thing kita belek menu apa yang ada kat sini. 


Part best waktu masuk kedai ni korang akan rasa seolah pergi kedai makan Korea bila staff Ojju menyambut dengan ucapan "An-nyeong-ha-se-yo! Welcome To Ojju" berjemaah dari pintu masuk sampailah ke kicthen. Meriah gituh. Kami sempat try beberapa menu hot selling iaitu Chicken Rolling Cheese, Chessy Korean Fried Rice, Bingsoo Tutti-Fruitti Generation dan Corn Tea. 

- Corn Tea RM11.90 -

First dorang akan hidangkan Corn Tea sejuk. Lebih kurang macam green tea popular tetapi bila minum tu kat hujung lidah rasa jagung manis. Simple nice untuk basahkan anak tekak. Menu seterusnya mestilah Chicken Rolling Cheese dengan mozzarella cheese leleh. Fuh terliur tengok live cooking mozzarella cheese dipanaskan depan korang. Kemudian peha dan sayap ayam akan dibalut dengan cheese tu. Serius telan air liur tak sabar nak ngap ayam tu. Dapat pulak makan panas-panas memang terbaik. Side dish kentang goreng  pun ranggup. Kruk-kruk bunyi kerak ayam. 

Chicken Rolling Cheese (chicken wings) RM43.90 -


Sebelum semua ayam tu habis, staff Ojju akan goreng Cheesy Korean Fried Rice sebagai hidangan sampingan secara live hadapan anda. Paling surprise, telur goreng berbentuk hati kat tengah-tengah nasi goreng tu. Sweet amat. Boleh makan bersama ayam goreng cheese tu. Kombinasi sempurna untuk perut tengah lapar. Oh ya set ini cukup untuk hidangan 2-3 orang makan. Ngam-ngam kami housemate datang bertiga.


Pelengkap sajian cubalah bingsoo Tutti-Fruiti Generation iaitu air batu kisar diperbuat dari susu bersama topping buah-buahan mangga, kiwi dan strawberi. Kemain kejap je dah habis kena ceduk sampai licin. Selain tu ada empat pilihan bingsu lain boleh korang cuba mengikut citarasa masing-masing. Kesemua nama bingsoo ni mengambil inspirasi nama-nama band k-pop dan k-drama. Ching!


Kalu still tak kenyang, boleh cuba pelbagai menu Ojju K-Food lain seperti steamboat, burger  & side dish Mexico dengan selera Korea dan makanan original Korea - Seafood Pajeon, Teobokki & Eomuk Bokkeum, Japchae, Gyeran Jjim, Kimchi dan banyak lagi la.

Incase korang risau portion besar sangat dan takut tak habis, boleh pilih hidangan Dosirak atau ramyeon (sama ada daging, ayam atau seafood) yang cukup untuk sorang makan. 


Overall satu pilihan cukup menarik jika korang mahu menikmati sajian citarasa Korea dengan harga berpatutan dalam kuantiti besar. Boleh gather beramai-ramai. Hari tu ramai customer datang dengan keluarga dan kawan-kawan. 


BBL pun dah kenyang makan menu Korea untuk lunch. Sekarang turn anda untuk datang cuba sendiri menu-menu yang BBL mention kat atas tu. Jangan lupa upload ke Facebook dan Instagram, tag #OjjuMalaysia sekali. Biar kawan-kawan tahu anda dah ke Ojju K-Food. 


You Might Also Like

19 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wow didn't know got this nice restaurant of Korea to dine. We went this mall last month and now we can plan go again as now seeing food I like. Glad you shared the menu too so we can see the price from here.

    ReplyDelete
  2. Pernah dinner kat sini dengan budak-budak ni. Makanan dia not bad. Boleh la nak repeat lagi

    ReplyDelete
  3. Lama juga tak makan makanan Korea ni.. Sedap-sedap pulak tengok BBL pergi... Adeh! Memang terliur.. Lagi-lagi bingsoo tu..

    ReplyDelete
  4. aritu pernah nampak tapi tak pernah try lagi. nampak tempting sangat. dapat gaji nanti boleh la makan besar dekat sini hahaah tq marou sbb share

    ReplyDelete
  5. Sedapnya AM tgk makanan kat sini.. Ayam yg balut dgn cheese, AM suka benor nie.. Nanti kita pegi reramai kat sini gak yea.

    ReplyDelete
  6. aida lom pernah jejaki Nu sentral.
    kat KL sentral, kan?
    apatah lagi korean food. sgt la belum teringin!!!
    kat melaka takde kedai korean food yg ohsem to try.
    need to go to Nu sentral lah ni kan hu hu hu...

    ReplyDelete
  7. Akak hari2 pi NuSentral..tak dapat masuk lagi kat sini sebab selalu time lunch full house...ntah bila dapat merasa makan kat sini..ramai kata sedap..akak nak rasa Bingsu tu...

    ReplyDelete
  8. sedih sebab kedai macam ni tak ada kat tempat saya!! terpaksalah terbang jauh semata nak makan benda best. nak sangat rasa makanan macam ni. alahaiii. telan liur jelaaa

    ReplyDelete
  9. Looks yummy. Makes me feel hungry now but only got oats on my table now. Should go try here one day. I love korean food.

    ReplyDelete
  10. wah wah wah...makan saampai kekenyangan ye...hehe,alahai sedapnya makanan korea ni,bingsuu tu sedapnyer makan panas2 ni..

    ReplyDelete
  11. Wow.. Sedapnya. Tergoda dengan ayam yang disalut dengan cheese tu. Mesti sedap giler kan.
    Tak pernah makan makanan korea tau.
    Selalu tengok kawan kawan share je.

    ReplyDelete
  12. long time I have not been to NU Sentral. Maybe need to visit it for Ojju K-Food as I love Korean food. Hopefully there are more branches soon so we can have delcious Korean food everywhere hehe

    ReplyDelete
  13. Eh nicenya ada kedai makanan sedap kat NU Sentral. Selalu pegi sana pening nak makan apa. Next time boleh try ni.

    ReplyDelete
  14. adoiiiii bingsu dia nampak sedap giler...kejam betul tengok tengah lapar ni hahahahaha...bila lah nak repat nak makan korea lagi..rindu pulak..nanti nak try makan kat sini pulak la

    ReplyDelete
  15. weiii kene cuba ni..dahla nak cuba semua makanan korea..ojju ni ada ayam pedas kan..tengok menu lain pun nampak sedap ni

    ReplyDelete
  16. Emi kerap tau pergi nu sentral ni. Kadang lepas kerja singgah sini jumpa kawan, tapi tak pernah lagi cuba ojju ni. Selalu nampak ojju tapi belum berkesempatan cuba.

    ReplyDelete
  17. Ada dosirak? Itu my favorite tu. Nak try la next time Rawlins pergi ke sana - walaupun Rawlins bukan peminat tegar hehe

    ReplyDelete
  18. Omg!!! Cheese tu nampak terliuh sy!!! Dah lah sy mmg suka cheese... mesti nak pergi cari mkn ni!

    ReplyDelete
  19. Paling tertarik dengan ayam cheesa dan dessert tu! Nampak sangat-sangat menyelerakan.

    ReplyDelete