#MovieReview : Pan - Kisah Fantasi Yang Tidak Diceritakan

1:49 AM


Assalamualaikum & hello there,

Selamat membaca lagi #MovieReview minggu ini. Bulan lepas sahaja ada 4 movie review setiap minggu kan. Okay, untuk kali ini BBL baru je balik tonton movie Pan dari kisah dongeng Peter Pan. Obscurely BBL tak berapa tengok siri animasi Peter Pan, so tak berapa follow jalan cerita versi animasi. Apa pun check out dulu movie review Pan ini.
Trailler Pan


Sinopsis Pan

Filem berdurasi 112 minit ini bermula apabila Peter tinggal dalam rumah anak yatim suram di Kota London setelah ditinggalkan oleh ibunya sewaktu masih bayi. Dia mempunyai seorang rakan karib, Nibs. Mereka berdua menyelongkar misteri kehilangan anak yatim lain dengan mensyaki ibu rahib menjual anak yatim kepada orang lain. Ternyata dakwaan itu betul apabila mereka memecah masuk pejabat ketua pusat jagaan anak yatim & menemui banyak stok makanan, duit emas termasuk dokumen milik setiap anak yatim. Nibs menjumpai dokumen peribadi Peter yang mengandungi surat yang ditinggalkan oleh ibunya kepada dia. Kemudian pada satu malam dia serta anak yatim lain diculik oleh lanun berkapal boleh terbang & dibawa ke dunia fantasi, Neverland untuk dijadikan hamba abadi.

Di sini, semua anak yatim seluruh dunia dikerah mencari fexum (dah lupa la) - sejenid debu pari-pari untuk dijadikan awet muda oleh Blackbeard. Kisah pengembaraan bermula apabila Peter bertemu dengan rakan baru, James Hook. Dengan bantuan Mr.Smee, mereka berjaya keluar dari lombong fexum & terperangkap dalam hutan Neverland. Di sinilah, mereka dijumpai oleh Tiger Lily, anak perempuan kepada ketua orang asli Neverland. 

Kerana Peter memakai kalung Pan, yang menandakan pahlawan paling berani dalam suku Tiger Lily. Mereka bertiga mesti bersatu untuk menyelamatkan Neverland dari lanun kejam Blackbeard. Sepanjang perjalanan, Peter menemui takdir diluar jangkaan iaitu menjadi wira bernama Peter Pan. Namum dia mesti berusaha terbang seperti Peter Pan, budak lelaki yang menyelamatkan kaum asli. 

Dalam misi untuk membawa Peter ke pintu dunia pari-pari, mereka berhadapan dengan buaya putih besar tapi diselamatkan oleh si ikan duyung dunia pari-pari. Di kolam dunia pari-pari, Tiger Lily membawa Peter ke 'previous' masa ketika ibunya berlawan dengan Blackbeard untuk menyelamatkan Neverland dari menjadi mangsa kekejaman orang-orang Blackbeard. 

Akhirnya, Peter Pan berjaya membuktikan dia adalah Peter Pan, lelaki yang didongengkan boleh menyelamatkan kaum asli Neverland. Di dunia pari-pari, Blackbeard mati diserang oleh pari-pari roh mati dengan bantuan Peter Pan. Dia tidak pernah melupakan kawan baiknya, Nibs & kembali ke rumah anak yatim Kota London untuk membawa kesemua anak yatim lain ke dunia fantasi Neverland.

- End of story - 

- Happy Ending  - 


Komen BBL

1. Kisah bed time story

Seruisly sangat best & agak mengantuk. Jalan cerita agak sempoi, mudah difahami & seronok menerokai dunia fantasi Peter Pan. Sesuai nak bawak adik atau anak kecil menonton Pan movie ini. 


2. Semangat setiakawan

Yelah, tinggal di rumah anak yatim mestilah kawan je saudara terdekat yang ada. Tak sangka walaupun James Hook mulanya jual mahal dengan Peter tapi akhirnya jadi kawan baik. Itu pun sebab jatuh hati dengan Tiger Lily. Oh btw make-up Tiger Lily sangat cantik terutama smoky pink pada side tepi mata. 


3.  Pengembaraan dunia fantasi

Sesuai sangat dengan tagline, tak fikir pulak kapal laut  boleh terbang atas udara siap Peter boleh handle seorang diri je. Teruja kot tengok suku kaum pari-pari Neverland kena tembak, pop! terus berubah jadi smoke berwarna warni macam colour run kl. 


Bintang



So, jangan lupa tonton di pawagan berhampiran korang movie Pan ini.


BBL ~ next week cerita apa eh?
༼ つ ◕◡◕ ༽つ 

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

7 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. agak menarik. kalau ade mase nanti nak try tgk.

    ReplyDelete
  2. Huge Jackman tu macam dah susut teruk je badan dia.. mekap sampai dah hilang bayangan wolverine ehehe.. nak kena plan ni bila nak tengok weee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju.. dah x macam dia pun..

      Delete
    2. baru perasan lepas tengok movie Huge Jackman makin kurus

      Delete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL