Sedetik Lebih Di konsert #YunaLiveinMalaysia 2015

1:27 AM


Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ini Yuna atau Yunalis Zarai mengadakan konsert #YunaLiveinMalaysia yang dibawakan oleh LiveEscape. Oh lupa BBL pun berada di sana untuk menyaksikan persembahan secara live. Terima kasih sebanyak 215 like kepada Nuffnang & TuneProtect sebab bagi tiket free. Kemain seat Plantinum BBL duduk belakang sikit je dari pentas. 



Ini kali ke dua Yuna mengadakan konsert secara live selepas kali terakhir di Istana Budaya pada tahun 2008. Kini Yuna kembali mengegarkan Dewan Plenary, Pusat Konvension Kuala Lumpur. Sebelum ini, Yuna telah mengeluarkan empat album Malaysia iaitu Yuna (2008), Decorate (2010), Terukir Di Bintang (2012) & terbaru Material (2015) serta empat album AS iaitu Decorate (2011), Yuna (2012), Sixth Sense (2013) & Nocturnal (2013). 

BBL memang sejak zaman MySpace dah minat Yuna lepas dengar lagu cover version Peterpan - Ku Katakan Dengan Indah. Tak silap tahun 2009 macam tu, sampai leni terus sokong alumni UiTM Shah Alam. Bangga kot ex-uitm dah berjaya sampai tahap international. 

Dengan lebih 3,000 peminat setia Yuna tak sabar nak menyaksikan persembahan vokal secara langsung. Sekitar jam 7 petang pintu hall dah dibuka namun ramai jugak yang datang lepas Magrib. Kan Yuna dah pesan, solat dulu baru pergi konsert dia. Tapi BBL pukul 9.30 malam baru masuk hall - itu pun terhegih datang sebab jalan jem. 

Pembuka tirai, kami disajikan dengan persembahan oleh Noh Salleh. Sebaik sahaja empunya suara Yuna tampil ke pentas dengan busana hasil jahitan magis Hatta Dolmat semua bagai terpaku melihat Yuna kelihatan bersinar. Tambah lagi sport light, oh Yuna nampak glamourius dalam hall. Semua pakat tepuk tangan siap ada suara hujung-hujung " i love Yuna" oleh peminat setia. 



Malam itu, semua bagai tak puas dengar Yuna nyanyi secara lagu antaranya 'Terukir Di Bintang', Lelaki', 'Dan Sebenarnya',;'Lautan' yang dirasakan cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia. Masakan tidak orang suka sampai buat video pre-wedding kawin background lagu 'Lautan' kan. Yuna turut meminta peminatnya mendoakan jodohnya.



Ini kali pertama BBL tengok Yuna secara live depan mata, oh belive me she so beautiful & of course tall. Konsert #YunaLiveinMalaysia agak santai & chunky siap semua berdiri menyanyi lagu bersama. Kekadang kami ketawa dengan telatah spontan Yuna sepanjang hampir 2 jam konsert ini.



Buat julung kalinya, Yuna mendendangkan lagu album terbaru yang bakal muncul Febuari 2016 kelak iaitu 'All I Do' hasil kolebrasi bersama David Foster . Sebagai penutup, lagu 'Penakut' dinyanyikan namun semua bagaikan histeria menjerit bila lagu tu dah nak habis. Tak puas lagi dengar lagu Yuna tetapi selepas terjerit-jerit panggil nama Yuna, akhirnya Yuna akur tampil semula ke pentas dengan lagu terkahir 'I Wanna Go' sebagai hadiah mimpi indah buat peminatnya sambil mengajak semua hadirin ke pentas utama bersama menyanyikan lagu tersebut. Terus BBL berlari ke depan laju-laju.


*maaf sound video agak hampeh sebab bass kuat sangat



Wallah! terima kasih YunaMusic untuk #YunaLiveinMalaysia! 


Esok Yuna akan meneruskan jelajah konsertnya ke negara Uncle Sam bermula di Washington hingga San Diego pada hujung November ini. Have a nice journey Yuna! 

Kredit gambar : mahamahu.com/
BBL ~ Terukir Di Bintang
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah.,.bestnye dapat pergi tgk yuna..

    ReplyDelete
  2. urmmmmmmmm..untung dpt tgok artis secara live!All the best Yuna!

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL