Felling Travel Korea Selatan Waktu KStreet Carnival Di Klang Parade

1:04 AM


Assalamualaikum & hello there,

Hujung minggu lepas rasanya paling heaven dapat pergi event Korean based bertempat di Klang Parade. Nak terbang ke Korea Selatan memang tak lepas visa & tiket flight. Namun bukan penghalang kami bersama beratus pengunjung lain merasaikan kemeriahan KStreet Carnival ni. Meh baca lagi pengalaman BBL berada di sana.

1. Korean Bazaar 

Mee Ramen & rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan. Bermacam produk seperti snek, buahan like buah berangan & buah pear, mee segera - bermacam jenis flavour ada, kalogen hinggalah barang kering yang di import khas dari Korea Selatan oleh Buyeo-Gun. Sangat sesuai dengan slogan Always Fresh For You.


*Nuttela grean tea

Turut menjadi perhatian mestilah live demo masakan oleh staff lengkap pakai baju traditional Korea. Sweet habis baju warna pink sambil kacau masakan dalam periuk. Boleh tahan sedap jugak makanan orang Korea ya.


2. Korean Arts & Craft Booth

Booth lain pun ada jugak sekitar main court Klang Parade. Meh road tour dengan BBL kejap.

*Korea Bingsu
Kat Malaysia kita ada ais kepal atau ABC, di Korea dorang ada Bingsu. Cara makan pun sama je. Gaul sampai sekata & seronok dapat makan Bingsu time panas tengahari atau petang. Korang boleh pilih pelbagai jenis topping atau periasa untuk Bingsu tu.


*Sabun, produk penjagaan diri, barang kemas buatan tangan orang Korea
Anda pun boleh memiliki hasil kraf orang Korea atau bagi hadiah pun boleh. Bau sabun pun sedap & best baut skrup badan time mandi.


 *Cotton Candy
OMG ini paling tak boleh lupa. BBL selau tengok YouTube cara orang Korea buat cotton candy ni. Totally amazing dengan bentuk karakter kartun + berwarna warni bukan warna pink sahaja. Oh sayang nak makan.


*Kpop Merchandise 
Peminat setia Kpop band memang suka habis bila tengok merchandise band kegemaran masing-masing kan. Ada poster, button, mug, tshirt & pelbagai khas dari Korea.


3. K-Strom Dance Cover Competition

Tarikan utama KStreet Carnival ini semestinya dance cover competition peringkat negeri Selangor. Dengan penyertaan lebih 15 kumpulan membuatkan kami para penonton bagai menonton live show artis Korea. Well anda sendiri tahu lagu PSY- Gangnam Style pun boleh buat kaki tak senang duduk, apatah lagi BBL berdiri depan pentas. Teruja habis tengok performance mereka lengkap prop ala korea lagi. Hujung cerita 3 kumpulan terpilih mewakili Selangor ke peringat Grand Final. 


 4. Baju traditional Korea

Sewaktu tonton drama Oohlala Spouses BBL selalu berangan nak pakai baju tradisi orang Korea seperti dopo, gwanbok atau hakchangui bersama gat atas kepala. Kebetulan KStreet Carnival juga menyediakan prop baju tersebut. Wah sukanya dalam hati walaupun baju agak besar atau mungkin kena pakai size besar?


5. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Pada hari kedua karnival telah berlangsung pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Boleh tahan ramai peserta join. 


Petang tu BBL pulang ke KL dengan hati berbunga sebab seronok betul. Si kawan pun cakap best sangat event walaupun travel jauh sikit. Kalu korang nak tahu, setiap bulan ada saja event di anjurkan oleh pihak Klang Parade untuk menarik pengunjung datang membeli belah sambil mengeratkan hubungan keluarga serta kawan-kawan. Untuk update event akan datang boleh rujuk link ini - Klang Parade Facebook Page

BBL ~ BBL ke Korea kejap
(/ロ゜)/アタシハダアレ?

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici