Cara Guna/Naik GrabCar

9:38 AM

Assalamualaikum & hello there,

BBL tinggal di KL & selalu guna GrabCar untuk ke satu tempat lain contohnya pergi One City Subang dari rumah di Puchong. Naik teksi mahal la. 


Sebab tu BBL suka naik GrabCar..
1. Boleh cuba naik bermacam kereta dari sekecil Produa Axia, Alza, Exora, Nissan Almera, Honda CRV, Totoya Vios hinggalah Mini Cooper Clubman - kereta Grab paling rare
2. Dapat sembang dengan bermacam driver Grab Melayu, Cina & India - lelaki handsome & akak cantik melecun pun ada
3. Feeling ada private driver datang pick up la...

Cara Guna/Naik GrabCar

Pertama : Install applikasi GrabCar dalam smartphone anda

Boleh download melalui LINK INI dan anda akan mendapat kod promo FREE RIDE bernilai RM10. Boleh terus guna terus..cuma masukkan number telefon anda dan tekan 'Join' kemudian install dari Google Play / Apps Store.


Kedua : Tempah ride pertama!


Masukkan lokasi PICK-UP & pilih destinasi mana untuk DROP-OFF. Contoh kat atas, hari tu BBL guna Grab untuk pergi Sunway Piramid dari Tesco Puchong - tambang hanya RM8 naik GrabCar Economy.


GrabCar akan located korang based on current location GPS, so akan appear lokasi terdekat untuk driver Grab datang pickup. Tips BBL, sila guna lokasi senang driver nak pickup macam restoran popular dari letak nama kedai Makan Pak Cik Senanh..nanti susah driver nak pusing cari kedai tu..


Kat slide sebelah 'Star' ada check point 'public transport'. Korang boleh guna check point ni sebagai lokasi Pick-Up atau Drop-Off.


Yang ni check point shopping malll terdekat dengan korang, boleh guna jugak untuk lokasi driver Grab Pick-Up atau Drop-Off anda.


Terasa lapar atau destinasi anda berhampiran dengan restoren makanan pun boleh jadi Pick-Up atau Drop-Off Grab. Tak payah taip, pilih je mana terdekat untuk pergi.


Nanti bila dah acap kali guna GrabCar, boleh terus bookmark 'Star' favorite Pick-Up atau Drop-Off point. Senang nak guna nanti tak payah scroll sampai bawah cari.


Meanwhile anda boleh check 'History' guna Grab & jadikan trip tersebut sebagai Favorite terus. Tak perlu lagi masukkan tempat Pick-Up atau Drop-Off, pilih 'Favorite' & pilih tip mana nak guna.


Kalu ada kod promo, jangan lupa masukkan dalam kotak 'Promo' boleh dapat diskaun. Selalu check 'Notification' atau email untuk kod promo terkini. GrabCar memang suka bagi kod promo kepada rider. Tu BBL pilih Grab dari teksi.

Dah ready, tekan butoon 'Book' & tunggu driver datang ke lokasi anda.


Pilihan GrabCar

Actually ada banyak jenis GrabCar cuma beza negara je. Kat Malaysia ada 7 pilihan Grab tapi yang biasa orang guna ialah GrabCar Economy & GrabCar Premium. Terbaru ada choice of GrabCar - 6 seater (maybe MPV macam Proton Exora) untuk korang berangkut beramai-ramai pergi Ikea atau KLIA2. 


Beza GrabCar Ecomony & GrabCar Premium

Nama pun dah berbeza, sah-sah harga pun lain dik oi.. GrabCar Economy guna kereta sedan atau compact biasa macam Perodua Axia, Proton Saga, Myvi, Nissan Almera, Honda Jazz, Totota Vios termasuklah Mini Cooper Clubman - untung kalu boleh naik sekali lagi.


GrabCar Permium ni harga double dari  GrabCar Ecomony, kalu dari POINT A - POINT B guna  GrabCar Ecomony ialah RM5, naik  GrabCar  Permium jadi RM10. Lebih kurang macam tu sebab kereta  Permium  seperti Honda Accord, Toyota Cammry, Audi, Mercedes hinggalah..tu tak tahu sebab tak pernah naik. Noob...


Terbaru kat Melaka ada GrabBeca, ha sebelum ni kena tahan beca depan Mahkota Parade kan. Sekarang ni boleh booking GrabBeca dari telefon korang. Tunggulah pak cik beca kayuh datang. Hebat sampai ada GrabBeca kan..comming soon ada GrabPerahu kat Terengganu hahaha

Coverage Services CrabCar

Setakat tahun 2016 ini, GrabCar hanya ada di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kuching & Kota Kinabalu.


Mungkin tahun 2017 ini GrabCar akan berkembang di Pulau Langkawi, Ipoh dan Kuantan.

Tips naik GrabCar

1. Kalu anda berseorang, seeloknya duduk kat depan walaupun kita anggap macam teksi. Lebih manis sebab kita tumpang kereta orang berbayar kan.
2. Sembang je dengan driver Grab, mostly dorang friendly
3. Bayar macam biasa jika payment anda dengan cash atau debit card
4. Jangan lupa bagi rate bintang services anda rasa berbaloi untuk ride tersebut. 

Oh btw GrabCar beroperasi 24 sehari, 7 hari seminggu & 365 hari setahun. Nasib korang la ada driver terdekat, ada la.. rate tambang pun tetap sama tak kira pukul 2 pagi, 4 pagi atau 3 petang atau 10 malam. 

Tetap fixed kecuali rate akan berubah naik sewaktu peak hour orang pergi kerja jam 8 pagi - 9 pagi dan waktu orang balik kerja jam 5 petang - 8 malam. Kalau area KL memang rate lain sebab tu region busy. Rate peak hour di KL tak sama rate peak hour di Shah Alam..

Itu sahaja, selamat naik GrabCar ya

Install applikasi GrabCar melalui LINK INI & dapat kod PROMO RM10 OFF

BBL ~ alhamdulilah setakat ni selamat lagi naik GrabCar
(゜o゜)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Terima kasih atas perkongsian. Seronok saya baca.

    ReplyDelete
  2. Tahu tak macammana nak dapatkan to resit untuk let sat, claim dari company (guna grab utk company trip)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grab akan send e-receipt kat email. Resit detail pick up point, drop point, berapa tambang, tarikh, masa. Print je

      Delete
  3. Terima kasih info grabcar.. bru start nak guna..

    ReplyDelete