Pengalaman Berharga Datang Ke MAHA 2016

9:35 PM

Assalamualaikum & hello there,

MAHA atau Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show kembali lagi tahun 2016 ini. Pameran pertanian hanya di adakan setiap dua tahun sekali, memang setiap kali MAHA kat Maeps Serdang mesti pergi sebab ada banyak pameran best, informasi berguna selain makanan fresh & lazat la. 

Sepanjang  11 hari bermula 1-11 Disember 2016 hari berlangsung MAHA 2016 rasanya tak cukup untuk BBL datang jejalah seluruh tapak expo seluas 400 hektar lebih. Normally ambik masa 3-4 hari untuk korang terjah semua tempat pameran. Percayalah anda akan terleka di satu tempat tanpa sedar dah berejam kat situ terutama tapak pameran haiwan ternakan. Ala-ala pergi zoo tapi versi lagi seronok berbaloi-baloi.

Semalam BBL sempat turun ke MAHA 2016. Walaupun dah nak hujung program tapi masyallah semua tempat penuh dengan pengunjung. Lebih kurang 11 check point sempat BBL redah dalam ribuan orang ramai.

Pengalaman Merasai Hotel Cube & Kontena Nafas Cube
- Dah jadi satu trend hipster travaller a.k.a backpacker tidur di hotel bajet tapi services tip top kalah hotel 4 bintang. Kat sini terdapat tiga jenis bilik penginapan iaitu bilik kontena, bilik cube simen & khemah lengkap dengan katil. Ofcouse siap ada aircondition okay.


*Katil dalam hotel kontena Nafas Cube


Harga satu malam bilik container cuma RM150 cukup privasi. Nak cuba, jemput datang MARDI, Serdang ya.

Surprise waktu tengah breakfast tetiba Menteri Pertanian Dato Sri Ahmad Sabarey Cheek datang sarapan pagi di Cube Cafe pekena kopi o bersama nasi lemak. Seronok dapat jumpa menteri yang selalu tengok dalam berita.


Pengalaman Makan Sate Ikan Tuna
- Sebut pasal sate mesti sate ayam, sate daging, sate rusa, sate arnab tapi sate ikan tuna? Bukan cepat rapuh je bila cubit..macam mana nak bakar. Itulah inovasi terbaru Jabatan Perikanan di myDOF valley. Rasanya macam sate ayam, bila kunyah terasa sate pagi raya Syawal tu.


Selain tu ada pameran ikan termahal seperti ikan Kerapu Bara, ikan Kelisa, Udang Karang. Lepas ni elok korang start bela ikan spesis boleh jual harga luar biasa. Boleh buat investment tau.


 Selain tu Kingdom of Shark pun best dengan aquarium ikan jerung pelbagai jenis & kempen kesedaran jangan makan sirip ikan yu. Kesian ikan yu tak boleh berenang tanpa sirip tu.


Pengalaman Jadi Peladang Nenas
- Salah satu check point mesti pergi bila MAHA di adakan mestilah Laman Nenas. Kat sini lah semua usahawan nenas dari seluruh Malaysia. Nenas paling terkenal mestilah nenas dari negeri Johor yang rasanya manis. Dah banyak produk nenas boleh beli kat sini. Antara paling menarik ialah aiskrim nenas pure nenas, karipap inti nenas, waffle nenas, smooties nenas, jus Bob Nenas, keropok nenas & bermacam lagi. 


*Dari blogger kini menjadi tukang ladang nenas

*mencuba aiskrim nenas di MAHA 2016

Pengalaman Buat Bedak Sejuk Sendiri
- Tahu tak bahan buat bedak sejuk adalah beras yang di rendam? Ya betul. di Laman Padi BBL dapat info cepumas tentang proses membuat bedak sejuk secara live. Ala Mak Cun jual bedak sejuk sampai ke New York. 


Bukan setakat showroom sejarah tanam padi je, bendang sawah padi pun ada. Kebetulan masa BBL datang tengah show game tournament bola bendang IPT. Eee tak takut lintah ke.. 


Pengalaman Pertama Kali Sedut Madu Kelulut 
- Ini part paling sweet dalam hidup. Selain tanaman sayuran di Laman Sayuran, BBL sempat cuba sedut madu lebah kelulut fresh dari sarang. Mula-mula agak takut kena sengat kan tapi part sedut guna straw terus lupa lebah pusing-pusing sarang. Rasa masam manis macam honey tea gitu. Best thing mengenai madu kelulut ialah madu ini tidak beku, buktinya para pendaki Gunung Averest membawa madu tersebut di puncak gunung & tidak beku walupun bawah paras beku.


Pastinya MAHA 2016 kali ini memberi banyak pengetahuan, pengalaman & kenangan manis kepada diri BBL sendiri termasuk berjuta lagi pengunjung lain yang datang ke MAHA sejak hari pertama hingga hari terakhir pada hari ini. Untuk pengetahuan anda, MAHA 2016 telah menerima 3.7 juta pengunjung. Tak percaya boleh tengok timelapse MAHA ni, tak silap ia di ambil pada 8 Disember 2016. Just timelapse sehari sahaja dah macam crowded giler.




Timelapse sebelah malam sewaktu konsert menampilkan artis Man Bai. 



Eh BBL dah bookmark untuk datang lagi MAHA 2018 nanti. Korang dah datang ke MAHA 2016, mungkin boleh share laman mana paling anda suka di komen bawah.


MAHA 2016

BBL ~ Berat beg bawa barangan fresh dari MAHA
o\( ̄ρ ̄)/o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Syiok sangat tgok gambar2 ni..rasa mcm nak gi lagi, tapi dah tak larat sudah..hehehe

    ReplyDelete