Projek Bina Masjid, Bagaimana Saya Boleh Turut Beramal?

11:57 PM

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Barangansiapa membangun masjid kerana Allah walau sebesar sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga.”
-Ibnu Majah

Orang cakap kita tolong orang “bina masjid” aka kahwin tu bagus dan boleh dapat pahala kan. Mungkin sebab tu ramai kengkawan berebut nak jadi dulang boys atau bridesmaids. Itu kita letak letak dulu. BBL selalu dengar kuliah Magrib, ustaz cerita bila matinya seorang manusia maka akan terputus semua amalannya kecuali

a) Doa dari anak soleh/solehah terhadap ibu bapanya
b) ilmu yang bermanfaat
c) sedekah jariah

Sebab itu kalu perasan atuk nenek, ibu ayah atau mereka yang ingin “melabur saham yang super masyuk” adalah dengan tiga cara kat atas sebab “interest profit” sangat tinggi untuk bekalan dunia akhirat kelak. Tambah lagi point c tu. Tak payah susah kipas cari downline macam system pyramid tu.

Di Bukit Pasir, Batu Pahat Johor ada sebuah masjid baru sedang dalam perancangan untuk dibina. Oleh kerana masjid sedia ada sekarang sudah tidak mampu menampung bilangan Jemaah yang ramai dalam satu masa sama seperti solat Jumaat. Masalah parking tidak cukup menyebabkan Jemaah terpaksa park tepi jalan besar dan menyebabkan kesesakkan jalan raya terutama waktu puncak seperti solat jumaat, solat terawih dan solat hari raya. Peruntukan juga sering kali ditambah untuk membaiki kemudahan yang sudah dimamah usia.

Dengan tapak wakaf berhampiran dari Majlis Agama Islam Johor, pihak AJK masjid berharap dapat membina sebuah masjid baru, selasa dan lengkap dengan infrastuktur untuk kemudahan masyarakat setempat. Untuk menggalakkan orang ramai bersama-sama membantu dalam usaha murni ini, AJK Masjid dan Mobile Fiesta Management telah mengadakan Islamic Fiesta selama empat hari bermula 6 – 9 April 2017.


BBL sendiri dah lama tak turun padang pergi karnival expo. Lagi satu, Islamic Fiesta 2017 tampil unik dengan slogan Riadah Sambil Beramal. Kalu korang nak tahu, siap ada sunnah recreation park, booth jualan, food truck, jualan buku Karangkraf, sales murah dan konsert expresi islamik dengan selebriti.

Serius tak sangka dapat pengalaman paling gerun + baru sepanjang berkampung di Batu Pahat. BBL sendiri cuba memamah secara traditional di booth Tok Jani Archery Club (TJAC). Biasanya guna archery dalam clash titan je. Nampak rupa macam susah risau terpanah tempat lain mau naya. Dengan bantuan kursus asas memanah tak sampai 5 minit BBL dah boleh shoot hampir tepat ala Katniss Hunger Games gitu.


Budak sekolah rendah pun cuba memanah apatah lagi orang dewasa. Dengan bayaran RM5 setiap pengunjung berpeluang di ajar oleh archey memanah  hingga mengenai sasaran. Tak pun shoot je point zombie atau patung arnab. Tok Jani Archey Club juga ada services latihan kursus serta sijil kepada sekolah, institusi, jabatan atau NGO yang berminat. Mereka turut menjual peralatan memanah tradisional dan bersedia mengadakan booth pameran memanah serta sesi memanah. Oh ya, TJAC pernah mengadakan pertunjukkan memanah dihadapan sultan Johor pada majlis “KMJ2015”. Boleh rujuk FB Tok Jani Archey Club DI SINI.


Cukup padu Islamic Fiesta pun ada sediakan booth jualan ATV oleh JX Sport & Fishing . Elok orang Batu Pahat beli sebijik untuk ronda dalam kebun. Nanti musim durian tak payah naik motor lagi pergi kebun. Sebenarnya agak gementar nak cuba bawa ATV. First time in life. Hahaha ironinya petugas akan beri keterangan cara mengendali ATV. Eh, BBL ingat handle macam motor tapi bukan la. Ada button untuk move on vehicle atau backword. Kalu pada motorsikal auto, ada button start automatic. Sebaliknya button tersebut digunakan untuk mengerakkan kerenderaan AVT. Cukup mudah jika dah terbiasa bawa motor. ATV pun ada gear reserve tau. Dah macam bawa kereta kancil.


Nah pusing la ATV satu track dengan simulasi keadaan extreme. Oh ya, ATV tidak boleh bawa atas jalan raya sebab tiada permit walaupun cukup 4 kaki tayar. Namun ATV sangat sesuai untuk ativiti lasak di dalam hutan, keadaan muka bumi tidak rata atau meronda atas pasir pantai. Harga sebuah ATV bermula RM20k – 25k ke atas.

Antara ATV yang dipamer untuk jualan umum

Jujur dari hati, sejak dari zaman kadet bomba sekolah memang BBL mengelak dari terpilih sebagai calon ujian flying fox. Seram anak tekak tengok ahli kadet “terbang” dari tingkat 5 ke ground. Itu cerita lampuk era sekolah. Antara aktivti extreme paling mendapat sambutan dalam karvinal islamik ini semestinya flying fox. Rata-rata mereka yang mencuba berumur 12 tahun ke bawah. Even budak tadika pun selamba comel cuba flying fox. OMG malu abang blogger.


Soal keselamatan adalah fokus utama pengendali flying fox, Selat Offcial. Setiap pengunjung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan termasuk topi keselamatan, harnes, ascender demi memastikan mereka selamat semasa flying.


Tak lengkap expo tanpa gerai makanan dan minuman kan. Ha, jom ikut BBL terjah #MobileFiesta dengan pelbagai variasi food truck dan booth jualan makanan. Heaven betul makanan dijual sampai naik rambang mata nak pilih. Ada sotong celup tepung, rojak buah, kek & roti, makanan hipster Korean bbq hinggalah air buah-buahan, ais blender, susu kambing. Dah isi perut baru seronok pusing tapak Fiesta Islamik.


Juga terdapat booth jualan baju, tudung, pakaian kanak-kanak, wangian, peralatan rumah,  perkhidamatan badan kerajaan, PTPTN, Telekom Malaysia, Perodua dan banyak lagi. Lori Karangkraf pun ada sekali. Mini zoo haiwan peliharaan arnab, itik, ayam, kambing dan biri-biri juga ada.


Antara program berlangsung sepanjang Fiesa Islamic seperti pertandingan mewarna kanak-kanak tabika, pertunjukkan busana pengantin oleh Malina Andaman Wedding Planner, sukaneka, pertandingan azan dan persembahan oleh adik-adik dari Sekolah Cacat Pendengaran Batu Pahat.

Pertunjukan busana pengantin Malina Andaman

Comel je adik-adik dari sekolah tabika

Sebelah malamnya, ada konsert Expresi Islamik dengan penampilan selebriti Syuk SJ & Atu ZERO sebagai pengacara. Lawak santai mereka berdua membuatkan suasana malam tersebut bertambah ceria. Tidak ketinggalan persembahan artis Kumpulan Devotees dan Heliza Helmi. Kehadiran ikon pentas ini sekali gus mengalakkan orang ramai untuk menyumbang ke tabung pembinaan Masjid Jorak Elahi.

Celoteh Syuk & Atu menghiburkan para hadirin malam expresi islamik


Pada hari terakhir Fiesta Islamic 2017 telah berlangsung Majlis Pelancaran Derma & Wakaf Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir Batu Pahat Johor oleh Datuk Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi. Gimik perasmian juga berlainan dengan Datuk Mohd Puad memanah ke arah sasaran sebagai simbolik program projek bina masjid baru bagi kawasan Bukit Pasir.

Datuk Dr. Hj Mohd Puad sedang memanah sebagai simbolik perasmian

Jika anda ingin tahu, sepanjang karnival islamik tersebut, pihak persatuan berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM2.4 juta hasil sumbangan dari pihak koprat serta orang ramai yang datang datang sambil beramal. Antara penyumbang wakaf adalah


Tuan Haji Ahmad Bin Rashid RM2 Juta
Maha Persada Group Sdn Bhd RM500k
Sandhill Properties Sdn Bhd RM300k
Tabung Masjid Bukit Pasir RM150k
MIFF Marketing (M) Sdn Bhd RM100k
Edham Bin Wahab RM20k
Mobile Fiesta Management RM20k
Butik Andaman Malina RM20k
Tuan Haji Sukor Bin Saim  RM10k
Syarikat Usha Sama RM10k


Kepada pembaca blog BBL yang ingin infaq saham akhirat, boleh menyumbang melalui cara berikut:

Jenis-jenis sumbangan
- WAKAF
Miliki saham wakaf dengan nilai minima RM300.00/Lot (1kps)

- DERMA
Wang Tunai bagi menampung kos pembinaan masjid berjumlah RM14 Juta

- KUPON DERMA RM10, RM50 & RM100:
Derma melalui Kupon Derma boleh disalurkan kepada AJK Pembinaan Masjid yang dilantik

Kaedah Sumbangan
- TUNAI
Kepada AJK Pembinaan Masjid Jorak Elahi

- CEK
Atas nama Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir, Batu Pahat Johor (PERMAS)

- INTERNET BANKING/DEPOSIT TUNAI/EFT/ATM kepada
CIMB Bank Berhad No.Akaun – 8008397749
Bank Islam No.Akaun – 01032010056099

---------------------------------------------------------------------------------------

INFO RINGKAS MASJID
Nama : Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir
Pengerusi Persatuan : En.Hamidi Mad Tap
Penasihat Pembinaan Masjid : Dato Yusof Bin A.Bakar
Anggaran Kos Pembinaan : RM14 Juta
Keluasan Tanah : 2.3 hektar
Anggaran Keluasan Binaan : 48, 013 KPS
Kapisiti : 2500 – 3000 Jemaah
Jangka Siap Bina : Jun 2020

Ilustrasi artis Majid baru Jorak Elahi

Untuk sumbangan lain/maklumat lanjut boleh hubungi

Mohd Hamidi Bin Mad Tap > 019-7086 716
Abd Kahar Bin Osman > 011-1273 4150
Norfaezah Binti Urif > 013-7142 343
Norazah Binti Zainal > 019-3431 901

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici