Siapa Tuan Wang Nong Dan Bagaimana Beliau Berjaya

11:49 PM

Kenal siapa sang jejaka tampan sebelah BBL tu?


Ha tak kenal? Mungkin belum jadi friends beliau di facebook. Boleh add DI SINI. Tahniah kepada korang yang dah follow ikon biness ini dan banyak cedok ilmu menerusi status facebook serta laman blognya. Okay meh BBL introduce Tuan Wan Nong Muzafar kepada anda semua.

Siapa Wan Nong Muzafar?

The Vocket memulakan perihal kejayaan Wan Nong dalam dunia strategik planning, boleh baca DI SINI

Berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Dahulu keluarganya tinggal di Flat Sri Pahang, Bangsar. Bersekolah di SMK Sains Dungun Terenganu dan menyambung pelajaran di ITM (Institute Teknologi Mara) jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan kerana tidak dapat masuk universiti diingini dek keputusan SPM kurang memuaskan. Walaupun begitu, sepanjang tempoh pengajian beliau mendapat Dean List setiap semester. Yang menarik, tidak hanya menjadi student nerd, Wan Nong aktif bersukan dan sering mendapat anugerah Pelajar Sukan terbaik. Ironinya benda pertama setiap pagi ialah isap rokok satu batang dan baca buku sejam. Berpegang prinsip jika nak bersukan, mesti archieve reward. Tidak hairan sejak remaja beliau sudah mampu balance antara pelajaran dan aktiviti sukan.


Selepas tamat pengajian Wang Nong menyambung pengajian di New Zealand dalam bidang Bachelor of Corporate Finance. Pada cuti semester, pastinya aktiviti backpacker sambil bekerja di ladang buah-buahan. Menurutnya, upah pemetik strawberry lebih tinggi hingga triple pay terutama musim panas.  Gaji diperolehi beliau gunakan untuk membayai buku teks pengajian selain sebagai duit poket pergi holidays. Bagi Wang Nong, New Zealand adalah negera paling selamat untuk bagi anda yang ingin menerokai pengalaman panjat gunung atau hutan belantara. Jangan terperanjat rakyat NZ ada yang bekerja cuma 6 bulan dan bakinya mereka akan melancong ke luar negara. Heaven betul

Sekembali ke tanah air tahun 1996, beliau bertugas sebagai dealer bersama Bank Bumiputera (kini dikenali sebagai CIMB Bank). Lebih manis bank tersebut menjadi saksi pertemuan cinta bersama isteri, Wan Nik Norlela & alhamdulilah dikurniakan 4 orang putera.

Isteri tercinta, Wan Nik Norlela banyak bersama tika jatuh bangun beliau

Aktiviti kegemaran Wang Nong bersama family

Gaming company adalah syarikat pertama diasaskan bersama rakannya dalam masa cuma 1 tahun. Dalam tempoh tersebut hampir 100k duit melalui kad kredit telah dilaburkan. Usaha mereka membuah hasil apabila berjaya mendapat geran bersama gergasi talian tetap, Telekom Malaysia. Tidak sampai setahun kemudian, Wang Nong mengundur diri dari syarikat tersebut kerana hala tuju dalam syarikat tu. Sepatutnya sebelah petang beliau kena sign cek bernilai setengah juta tapi pagi tu dah resign diri sendiri.

Dengan zero savings dan isteri sarat mengandung merupakan saat getir dalam lipatan kehidupan Tuan Wan Nong. Episode kereta kena tarik, panggilan dari bank serta bebanan hutang banyak menguji tahap sabra beliau. Namun tidak mudah berputus asa. Rutin pagi bermula dengan berniaga kedai makan di Alamanda Putrajaya dan mengalas tugas sebagai tukang makan, waktu tengahari kerjaya bertukar sebagai kontrak kerja-kerja ukur longkang dan sebelah malam membuat sate bersama rakan. Kesemua duit untung pekerjaan tersebut habis diguna semata membayar hutang lapuk puluhan ribu hingga langsai dalam tempoh 5 tahun.


Hanya berbekal sekeping kertas menerangkan strategi planning menaikkan keuntungan dalam tempoh satu tahun syarikat penerbitan tersebut Wang Nong hadir ke sesi temuduga Karangkraf . Cuba teka berapa kali interview? 3 kali sesi kerana over qualified hingga penemuduga pening kepala. Akhirnya rezeki bersama Karangkarf  bayaran RM2.5k berjaya – baginya jumlah gaji tidak penting asalkan dapat merasa makan gaji kerana sudah letih bekerja hampir 20jam sehari untuk melangsaikan hutang lama. From there, Sinar Harian was the first dan diminta jaga marketing Sinar Harian. Less than 2 months akhbar Sinar Harian menjadi paper no 1 di Kelantan. Memegang jawatan sebagai manager of all karangkraf yang menjadi idaman kebanyakkan pekerja Karangkraf. Ujarnya, beliau bekerja 10 jam sehari hinggakan Tuan Haji memintanya untuk pergi bercuti. Dalam tempoh 10 tahun, Wang Nong bertanggungjawab menjaga semua department demi memastikan prestasi syarikat berada dalam mood stable serta mencapai keuntungan maksima. Jawatan  Ketua Perancangan Strategik menjadi posisi terakhirnya. Ketika itu, Wang Nong sudah mula berjinak sebagai consultant dan sering diundang untuk memberi talk mengenai startegi bisness.

Kini Tuan Wan Nong memegang jawatan CEO syarikatnya sendiri iaitu ILM Legacy Sdn Bhd selain merupakan penulis buku perniagaan. Tiga buku ‘bestseller’ iaitu buku Kuasai Formula Perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 dan juga Kuasai Perniagaan Internet Siri 2 menjadi pilihan bacaan usahawan.


Bertanya mengenai bagaimana dia menjadi kaya, ini yang keluar dari mulut Wang Nong -
1) Tak pernah mintak jadi jutawan
2) Banyakkan amalan bersedekah
3) Tahu apa yang cukup buat diri sendiri, selebihnya adalah rezeki


Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP2017)

Terkini, syarikat ini akan menganjurkan Seminar Ini Bukan Bisnes Propa 2017 pada 13 & 14 Mei 2017 bertempat di Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC). Menampilkan tujuh ahli panel akan berkongsi pengalaman dan  tip bagaimana menjadi usahawan berjaya.

Antaranya;
Tuan Wan Zaki - CEO Jelitarasa
Tuan Noorizam Shah – CEO Jel Gambir Jantan
Tuan Fazrul Islmail – CEO Akademik Sinergi
Faisal Badry – Pengarah Pemasaran Vidmiil
Selebriti Puan Fynn Jamal – Fynn Jamal  RTW & Susu Juna
Fizo Omar – CEO FOC Channel Fizomawar Kicthen

Satu peluang tidak patut dilepaskan kerana bakal memberi penekanan kepada kandungan yang realistic dan praktikal. Setaip slot dibahagiakan kepada elemen strategi serta aplikasi ‘real life’ dimana akan disampaikan oleh pengamal-pengamal perniagaan yang mempunyai sejarah melalui pelbagai liku-liku turun naik dunia perniagaan.

Siapa patut hadir ke bengkel Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP2017)?
-         Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula
-         Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju
-         Ushawan yang “STUCK” atau berniaga yang cukup-cukup makan
-   Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan
-         Usahawan yang ingin “UPGRADE” perniagaan ke tahap yang lebih besar

Boleh daftarkan diri anda melalui LINK INI

Bagi BBL yang meluangkan masa bersama Tuan Sifu sedniri banyak coretan pengalaman dan cara Wang Nong memberi tunjuk ajar dari segi perancangan strategi. Even blogger pun kena ada planning untuk kekal relaven dalam industri sosial media.


Untuk maklumat lanjut mengenai beliau, layari www.wannongmuzafar.com atau email admin@wannongmuzafar.com

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ahmad 013-6109 391



You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici