Kaisar Thai Restaurant PJ - Syurga Peminat Makanan Thailand
3:55 AM
Dari tahun 2008 hingga 2011 BBL study kat UiTM Machang Kelantan. Itulah first time cuba makanan somtam dengan Nasi Pulut Ayam time waktu berbuka. Lepas tiap kali bulan puasa mesti cari somtam untuk berbuka. Sejak dari tu Pulut Mangga, Tomyam Poktek, Tomtam Merah, sosej bakar Look Chin Thai, kerabu mangga, Tom Khai Gai, salad sotong memang jadi favorite bila pergi ke sempadan Thailand dan Phuket.
Satu masalah bila jadi Thai food lovers ni time mengidam nak makan thai memang susah nak cari kedai kat KL yang menyajikan makanan sebijik sama taste dan feel kat Thailand. Kalu ada pun time pesta makanan Thailand yang jarang-jarang ada di KL ni. Pernah sekali BBL terbang ke Bangkok semata-mata nak makan tomyam pure. Yelah teringin punya pasal.
Kaisar Thai Restaurant Petaling Jaya - Syurga Thai Food Lovers
Kepada peminat makanan negara gajah putih ni yang teringin merasai hidangan asli Thai memang harus bertandang ke sini. Terletak di Petaling Jaya atau Taman Medan, Kaisar Thai Restaurant menyajikan hampir kesemua menu utama masakan Thai kepada pelanggan.
Sotong Stim Limau
Ini menu wajib korang cuba sebab isi dalam sotong ada isi ayam bersama soun. Memang mengiurkan mulut. Tambah lagi sotong di cicah dengan asam limau. Mulanya ingatkan telur sotong rupanya bukan. Hehehe
Telur Goreng Kaisar
Pernah makan telur goreng isi ayam atau daging? Ha ini telur goreng mesti anda rasa. Biasanya telur goreng memang telur sahaja tetapi telur goreng kaisar digoreng bersama pilihan atau daging. Boleh pilih mana satu anda suka.
Tomyam Seafood
Tak lain tak bukan mestilah makan Tom Yam Sea Food. Tambah lagi hidang panas-panas dari dapur. Kuah tomyam pun kick penuh berempah asli Thailand. Wow...
Tomyam Poktek
Tomyam putih pun boleh tahan enak. BBL agak prefer poktek sebab lebih sedap dan lemak. Boleh cuba sendiri jika anda mahukan kelainan menikmati sajian Thailand.
Ikan 2 Muka aka Ikan Istana
Confius nak makan ikan tiga rasa atau ikan kerabu mangga? Jangan risau Kaisar menyediakan Ikan 2 Muka untuk anda yang mahukan dua jenis masakan ikan dalam satu hidangan. Satu pilihan menambat hati untuk pelanggan datang bersama family. Tak payah berebut makan ikan.
Brokoli Sos Tiram
Daging Bakar Kaisar - Best Seller
Udang Butter
"Seafood Longgok"
Memahami trend terkini, Kaisar juga menyedikan shell out untuk mereka yang ingin menikmati seafood bersama rakan atau keluarga. Seafood longgok ini hanya available pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Pulut Mangga
Aiskrim kelapa
Yang menariknya nasi putih di sini berbentuk bintang. Ibaratnya anda makan star gitu. Jangan risau kalu tak cukup boleh order nasi tambah tau.
Pilihan Air Buah Segar
Durian Belanda
Dragon Fruit
Mangga Special
Green Tea Ice
Red Tea Ice
Tembikai Laici
Teh Tarik Panas
Green Tea Panas
Tak lengkap makan Thai tanpa basahkan anak tekak dengan green tea ice. Boleh buat gaduh dengan adik beradik kalu order satu gelas. Cukup berpuas hati bila dapat minum air green tea kat Kaisar Thai Restaurant ni.
Berita baik tau sebab Kaisar tengah buat promo Seafood Longgok pada harga sangat istimewa. Ha boleh belanja family makan shell out hujung minggu nanti.
Kaisar Thai Restaurant juga menerima tempahan untuk majlis makan-makan seperti hari lahir, makan besar family atau syarikat tak pun apa jua acara anda inginkan. Jangan risau tak muat sebab ada ruang khas yang boleh memuatkan 80 - 100 orang tetamu. Malah surau dan tempat wuduk juga tersedia sebagai kemudahan.
Secara overall BBL sangat berpuas hati datang makan kat Kaisar Thai Restaurant sampai nak tapau lagi bawa balik. Mestilah kena repeat
Kaisar Thai Restaurant PJ
Waktu operasi
Isinin - Jumaat : 2 petang hingga 1 pagi
Sabtu & Ahad : 12 tenghari hingga 12 tengahmalam
Lot 22-1 & 23-1, Jalan PJS 2/16 A, Taman Maju Jaya, 46000 Petaling Jaya, Selangor (berhadapan Matahari Mall) waze : Kaisar Thai Restaurant PJ
No telefon : 03 7773 3216 / 016 205 8714
Facebook : Facebook.com/kaisarthai
Instagram : @kaisarthairestaurant
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
wow! semua nampak sedap!
ReplyDelete