Kenapa Restoren Texas Chicken KLCC Lain Dari Yang Lain?
12:14 AM
Sebut ayam Texas Chicken selalu terlintas free flow
drinks, honey butter biscuit dan wrap burger favourite BBL. Fuh sedapnya dapat
makan time hujan sekarang ni. Nasib baik area rumah ada satu Texas Chicken kat
pusat Bandar Puchong.
Well pada 29 November lepas satu lagi kejayaan buat
Envictus International Holdings – pengelola franchise Texas Chicken Malaysia
telah membuka cawangan ke 42 di Suria KLCC. Menariknya, ini adalah restoren
paling besar di Malaysia. Yahoo sangat besar dan ini berita baik buat anda yang
bekerja atau sering KLCC. Nah BBL belanja preview interior restoren Texas
Chicken KLCC.
ruang masuk Texas Chicken KLCC
ada port elektrik untuk anda siapkan kerja sambil makan ayam goreng
Video sekitar majlis pelancaran Texas Chicken KLCC boleh tengok kat bawah
Tidak terhenti disitu sahaja, restoren Texas Chicken
KLCC turut mempunyai Tex Café pertama di DUNIA. Untuk info anda, Tex Café
berkonsep melengkapkan sajian Texas Chicken. Selain menu regular biasa,
pelanggan boleh menambah minuman panas atau sejuk seperti cappuccino, latte,
espresso, hot chocolate dan banyak lagi. Malah menu sampingan kek dan muffin
juga tersedia.
Sempena pelancaran Tex Café ini, jangan lupa nikmati
menu terbaru Chocolate Chip Biscuits untuk masa terhad. Mana tahu kot-kot
sementara nak tunggu jalan clear waktu peak hour boleh nikmati Strawbery dan
Chocolate Shortcake atau Chocolate Volcano. Amboi terliur rasa time taip entri
ni.
Chocolate Chip Biscuits limited edition
chocolate muffin & red velvet cheese muffin
Tex Cafe hot & cold beverage
Apa pun kini BBL dah ada tempat favourite untuk
makan ayam goreng jika ke Suria KLCC. Korang boleh dapatkan maklumat terkini promosi Texas Chicken di
laman berikut
Website : www.texaschickenmalaysia.com
Facebook : www.facebook.com/texaschickenmalaysia
Instagram : www.instagram.com/texaschickenmalaysia
0 Budak Suka Minum Bandung Laici