Funtasy House Trick Art - Mural 3D Indoor Pertama Di Perak

10:38 PM


Ha jangan pening hairan fikir macam mana BBL boleh tergantung atas siling dapur ni. Pakai ilmu cicakman ke.


Ha kalu korang nak tahu inilah ilusi rumah terbalik special di Funtasy House Trick Art kat Bandar Ipoh Perak. Funtasy bermaksud Fun + Fantasy adalah tarikan terbaru di bandaraya Ipoh ini menampilkan mural art 3D indoor pertama di Perak. Tak payah risau berpanas peluh tunggu que nak amik gambar kerana Funtasy House Trick Art dilengkapi dengan sokongan air-cond. Sejuk je badan time ambil gambar.


Bayaran tiket masuk serendah RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak, anda semua boleh bergambar sepuas hati dengan lebih 20 jenis mural 3D. Menariknya mural ini hasil karya pelukis tempatan. Wow!


Specialnya ada section rumah terbalik untuk feeling ala-ala spiderman. Ha tengok gambar BBL dengan blogger team #TravelogueMalaysia sakan. Jangan risau pasal position gambar tak menjadi sebab staff Funtasy House akan tolong ambilkan gambar untuk anda. Dorang pun sangat friendly. Thumb up


Apa kata jika anda datang ke Ipoh jangan lupa singgah bergambar di Funtasy House okay.

Funtasy House Trick Art
No 16 Jalan Market,
30000 Ipoh Perak

Tel:
05-255 0007

Waktu operasi :
Hari biasa 9 pagi – 6 petang
Hujung minggu & public holiday 9 pagi – 8 malam

Harga tiket
Dewasa RM15
Kanak-kanak/Pelajar (dengan kad pelajar) & warga emas (60 tahun ke atas) RM10
Kanak-kanak (bawah 4 tahun) & OKU (dengan kad OKU) MASUK PERCUMA

Peta Lokasi


Jangan lupa hastag #FuntasyHouse bila upload ke laman instagram ye

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici