Pengalaman Best Sertai Miss Shophia Hunt 2.0
7:42 PM
Yes tahun ni berjaya juga masuk Miss Shophia Hunt 2.0.
Tahun lepas tak sempat nak daftar nama sebab slot team limited. Namun 2017
pihak Tourism Malaysia membuka lebih banyak penyertaan dari media dan terbuka
kepada orang awam selepas kejayaan besar Miss Shophia mempromosi pusat membeli
belah utama sebagai daya tarikan utama ke Malaysia. Well rakyat tempatan
sendiri tak senang duduk bila dengar perkataan ‘SALES’ kan. Tak hairan la pada
tahun 2016 sahaja kerajaan menjana lebih RM26 billion dari sektor membeli belah
sahaja. Jangan terkejut untuk suku kedua tahun ini, lebih RM12.3 bilion telah
dibelanjakan oleh pelancong asing untuk membeli belah. Dah la sekarang dah
masuk musim year end sales atau YES. Confirm lagi meriah jualan.
Okay sekarang BBL nak story pasal race shopping hunt
ni. Pagi Sabtu 25 November tu team BBL dan lebih 600 peserta terdiri dari
pengamal media, social media influencers, bloggers dan peserta tempatan serta
dari negara luar negara berkumpul di Kompleks Kraf Malaysia. Tepat jam 10 pagi
semua team dilepaskan oleh YB Mr. Manoharam Periasamy, the director of package
development divison of tourism Malaysia dan masing-masing meneruskan jelajah
shopping.
Kesemua peserta dibahagi kepada 4 orang setiap
kumpulan menuju ke lokasi pusat membeli belah terkenal ibu kota bagi mendapat
jawapan untuk soalan yang diberi. Oh ya, nama team BBL, akak Ruby, Kak Seri dan
Dboy Ahmad ialah Shopiholic. Takut tak dengar? Tahu tak, ada 14 malls kami kena
terjah untuk lengkapkan semua task.
Dengan semangat waja kami planning road journey dari
Avenue K, Fehreneit 88, Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Lot10,
Pavillion Kuala Lumpur, Suria KLCC, Sungei Wang Plaza, Plaza Low Yat, Sogo
Kuala Lumpur, Central Market dan Quill City Mall sebelum ke lokasi penamat di
MyTOWN Shopping Centre. Berpeluh nak habiskan semua task.
Antara tugasan di lokasi ialah upload gambar ahli
kumpulan ke Facebook dan mesti dapatkan minima 5 likes sebelum boleh cop
pengesahan untuk ke next lokasi. Memang tuff juga task Tourism bagi dan paling
mencabar nak cari marshall dalam mall. Bayangkan task bergambar di kedai level
4 dan marshall berada kat Ground Floor. Itu belum masuk period nak cari dorang.
Boleh ‘katang’ kaki dibuatnya.
Antara task lain termasuklah menggunakan applikasi
Boost untuk membeli donut, mengira jumlah restoren kat food court, bergambar
dengan logo shopping mall, selfie bersama ikon Miss Shophia, jawab soalan kuiz
dan banyak lagi la.
Nak pendekkan cerita, jam 4 petang baru kami
habiskan semua ‘job’ dan tiba kat lokasi terakhir di MyTOWN Cheras. Penat
memang Allah sahaja tahu tapi memang puas hati bila dapat medal Miss Shophia
Hunt 2.0. Berbaloi rasanya keluar peluh jantan.
Tahniah kepada juara dan semua pemenang bagi
kategori public dan media yang membawa pulang hadiah lebih RM17 000 terdiri
wang tunai dan cash voucher BOOST. Paling best mestilah dapat lucky draw
voucher shopping, tiket flight, mata ganjaran AirAsia dan voucher hampir RM160
000. Memang bertuah dapat cash voucher Zara.
Sebenarnya tujuan utama Miss Shophia Hunt 2.0 dibuat
adalah nak promote tempat membeli belah yang kini boleh diakses dengan public
transport. Tak payah lagi risau soal jalan jem, parking mahal atau risau tak
jumpa parking kereta sebab semua orang boleh shopping dengan hati gembira naik
bas Rapid, LRT, Monorel dan MRT je. Senang kan?
Apa-apa pun memang seronok habis dapat join Miss
Shophia Hunt 2017 ni. Harap-harap tahun depan boleh join lagi sekali. Confirm
lagi ramai orang join dan ganjaran hadiah lagi mendebarkan. Yelah siapa tak
berdebar kalu ada lucky draw Zara voucher RM500?
See ya!
0 Budak Suka Minum Bandung Laici