Nak Tahu Cara Menang Hadiah RM225 Ribu Dari San Francisco Coffee?

6:20 AM

Assalamualaikum & hi korang!

Al-kisah petang tadi hujan lebat..nak balik rumah jam sangat sebab waktu peak hour memang confirm ramai orang guna train. Tambah-tambah lagi time hujan, lagi sesak la gerabak dengan penumpang. Mulanya nak cuci mata jalan-jalan pusing Nu Sentral, kebetulan terjumpa si housemate baru balik jumpa client dia. Senyum lebar dapat close deal untuk projek tahun depan. Jadinya dia ajak minum high tea sementara tunggu hujan reda dan isi perut dulu. BBL suggest lepak minum kopi sebab time hujan seronok dapat hirup latte secawan. Pusing area Ground Floor ternampak cafe San Francisco Coffee warna merah ceria je dari jauh. 


BBL order la Caramel Latte dengan pasta bolognese ayam. Sedap weh makan panas-panas. Time nak bayar cashier SF Coffee suggest bayar guna wave Mydebit sebab total pembelian RM30 layak join contest Wave 2 Win dengan bermacam hadiah best seperti smartphone, smart watch, basikal, kamera dan paling ohsome coffee machine! Nice habis kalu menang dalam contest simple nie..


Well siapa readers blog BBL yang suka minum kopi atau air blended coklat? Ha jangan lepaskan peluang sertai peraduan Wave 2 Win yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM225 ribu ringgit. Cara nak sertai sangat mudah dan senang je

Pertama : Beli minuman atau makanan di SF Coffee dengan total minima RM30 DAN bayar dengan kad MyDebit.. wave kan je..Boleh je guna kad atm korang. Rata-rata semua kad atm bank memang ada fungsi MyDebit

Kedua : Isi maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Telefon dan email kat belakang resit tu

Ketiga : Masukkan resit tu dalam kotak peraduan. Senang kan


Tinggalkan perihal contest tu, meh teman BBL makan sat. Cepat betul staff SF Coffee surf makanan walaupun tengah busy dengan customer walk in. Saya kasi 5 bintang untuk services kat SF Cofee Nu Sentral. 


First kita makan dulu. Perut tengah lapar ni. Sedap betul makanan SF Coffee tambah lagi bila favorite meal sendiri. Berselera nak makan sambil tengok feeds instagram. Dah kenyang tersandar, baru isi detail kat belakang resit tadi. Fuh baca bissmilah mana tahu ada rezeki menang coffee machine kan. Teringin nak ada kat dapur rumah. 


Sebelum balik jangan lupa masukkan resit tu dalam kotak peraduan Wave 2 Win. Make sure dah tulis personal detail dulu. Kan masuk resit sahaja dalam tu...hehe


Makin banyak anda berbelanja di SF Coffee so makin besar peluang untuk menang sebahagian dari hadiah ditawarkan. Peraduan ini berlangsung dari 5 Nov 2018 hingga 28 Feb 2018. Boleh lah repeat dan repeat lagi minum kopi kat sini kan. 

Boleh rujuk senarai SF Coffee cafe yang berhampiran dengan rumah/tempat kerja anda. 

You Might Also Like

13 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. menarik! dah cuba dan join peraduan tadi hope ada rezeki menang!

    ReplyDelete
  2. Menariknya boleh menang hadiah lumayan dengan hanya wave 2 win coffee secawan with min RM30. Senang mudah cepat dan berbaloi! Takleh nak lepaskan peluang ni! Kot² ada rezeki nanti boleh menang! Huhu

    ReplyDelete
  3. Interesting! Will visit san franscissco coffee soon and join this contest. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Dulu kan selalu minum San Fran Coffee ni kat Paradigm Mall tapi lepas tu dia tutup pulak kat situ. Nak cari San Fran sekarang agak jauh la dari rumah. Suka juga minum dan makan kek kat sini sebenarnya. Ada contest nak kena cari juga la.

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya ada contest mcm ni. Btw Sf Coffee mmg tmpt lepak terbaru. Baru tahu ad contest ni. Nk join lah mana tahu boleh dapat hadiah menarik mcm DSLR tu ke. Tuah tahun 2019. hehehe

    ReplyDelete
  6. Nak juga menang hadia 22K tu bestnya kalau kita menang hehehehe.. Dah lah kita memang suka minum kat San Francisco ini memang sedap dan terbaik minumannya banyak pilihan...

    ReplyDelete
  7. OMG! 22K hadiah, mesti ramai serbu nak beli, makan dan join ni. Saya pun nak jugak.

    ReplyDelete
  8. Wow wow...!! Dasat nya hadiah. RM225K
    Rugi tak join, Manalah tau kannn rezeki menang. Bukan susah pun, pi minum minum lepak ngan kengkawan kat San Francisco , resit masuk dalam box. Nak try laaa

    ReplyDelete
  9. Ada satu yang dekat dengan tempat kerja Rawlins - nanti nak ajak rerakan pergi la. Mana tahu rezki boleh dapat kan. Doakan ye.

    ReplyDelete
  10. Ala saya tak minum kopi .Tak boleh join ke kalau tak minum ?Nampak menarik contest ni .Hadiah yang ditawarkan pun lumayan .Nak join pun senang .Berbelanja minimum rm30 dah layak masuk contest dan berpeluang menang hadiah lumayan tuh

    ReplyDelete
  11. Berjaga2lah Starbucks. SF Coffee boleh memonopoli.

    ReplyDelete
  12. Selalu duk order air je kalau lepak sf. Tak pernah try dia punya menu lain. Macam nak try la dia punya chicken bolognese tu nampak sedap. Hehe. Kira okay la contest dia min rm30 kena beli kan, tak tinggi sangat. makan utk sorg pun dah cukup rm30

    ReplyDelete
  13. wow, banyaknya hadiah boleh menang! nak cuba lah. mana tahu ada rezeki saya

    ReplyDelete