Harga Kek Aiskrim Häagen-Dazs

3:50 AM


Assalamualaikum semua..

Sedapnya kalu dapat birthday suprise kek aiskrim Häagen-Dazs kan. Syukur time raya dapat jugak akhirnya beli kek aiskrim Baskin Robbins sempena birthday housemate. Jarang-jarang la makan aiskrim BR ni sebab harga mahal RM10 satu scoop tapi worth it sedap. Next nak target makan aiskrim Häagen-Dazs pulak. Bila lalu depan kiosk, mesti singgah cuci mati. Dalam hati curios jugak berapa harga sebijik kek aiskirm ni...

Dari apa BBL tanya staff Häagen-Dazs, mostly berat kek aiskrim Häagen-Dazs ni 1kg atau 1.5kg. Kalu beli 1kg boleh la makan untuk 6-8 orang manakala 1.5kg cukup bagi 12 orang. Sebut pasal harga jangan terkejut start dari RM160 sebijik ye. Telan air liur kejap tengok harga tu. Ha dah ready nak tengok list kek aiskrim Häagen-Dazs? 

 Chocolate Curls
Perisa : Chocolate, Cookies & Cream
Harga : RM 160 - 1kg | RM 200 - 1.5kg

  Rose Whispers
Perisa : Vanilla, Strawberry
Harga : RM 160 - 1kg | RM 200 - 1.5kg

  Soleil
Perisa : Vanilla, Mango Sorbet, Rasberry Sorbet
Harga : RM 160 - 1kg | RM 200 - 1.5kg
 Love Moment
Perisa : Belgain Chocolate, Strawberry
Harga : RM 160 - 1kg | RM 200 - 1.5kg

 Enchanting Symphony
Perisa : Belgain Chocolate
Harga : RM 160 - 1kg | RM 200 - 1.5kg

 Perfect Gift
Perisa : Chocolate
Harga : RM 160 - 1kg | RM 200 - 1.5kg

 Paris at Night
Perisa : Macadamia Nut
Harga : RM 160 - 1kg | RM 200 - 1.5kg

 Forest Friends
Perisa : Strawberry, Vanilla, Chocolate
Harga : RM 170 - 1kg
 Cuddly Penguin
Perisa : Cookies & Cream
Harga : RM 160 - 1kg

Kat mana boleh dapatkan kek aiskrim Häagen-Dazs ni? Setakat ni kiosk Häagen-Dazs hanya available di Lembah Klang, Pulau Pinang & Johor sahaja. Yelah aiskrim Häagen-Dazs ni boleh tahan premium harga. No wonder la cuma kat bandar besar je ada. 

Senarai Outlet Häagen-Dazs kat Lembah Klang
- Mid Valley
- IOI Puchong
- 1 Utama
- Sunway Piramid
- Bangsar Village
- Sunway Putra
- KLCC
- Nu Sentral
- Bukit Tinggi, Klang
- IOI City Mall, Putrajaya
- Sunway Velocity
- Genting Sky Avenue

Pulau Pinang
- Pulau Tikus
- Queensbay
- Autocity
- Gurney Paragon
- Gurney Plaza

Johor & Melaka
- The Shore, Melaka
- JBCC, Johor Bharu
- Aeon Tebrau, Johor

Boleh nak bagi hint kat orang tersayang atau family suruh beli kek aiskrim Häagen-Dazs ni. Confirm senyum sampai ke pipi dapat potong kek Häagen-Dazs time birthday kan. Yummy!

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. design comel2 harga plus minus je dari BR..
    dedua sekufu eheheh..

    ReplyDelete