Ini Aktiviti Terbaru Mesti Anda Cuba Di Taman Tasik Seremban, N.Sembilan

8:56 AM

Assalamualaikum korang semua..

Sekali sekala seronok jumpa weekday gate away pergi Negeri Sembilan. Nasib baik la KL tak jauh sangat kalu drive ke sana. Al-kisahnya Sabtu lepas saja la ajak si housemate Xulhilmi - vainzstory.blogspot.com & Am - alongmurni.blogspot.com jalan-jalan luar KL sebab macam bosan asyik lepak area rumah je. Spontan je BBL cakap "jom pergi Seremban nak?" Terus onz dorang nak follow pergi sekali. Dari rumah ke sana cuma 1 jam je ikut PLUS Highway. Ha kan dekat je.. betul tak?

Sampai je Taman Tasik Seremban terus pergi isi perut dulu kat A&W sebelah tasik. Fuh cantik betul panorama minum A&W air root beer float sambil tengok tasik betul-betul sebelah cermin restoren. Dah hilang dahaga baru kami jalan-jalan tengok apa aktiviti best boleh cuba. Kebetulan ada satu tarikan terbaharu Taman Tasik Seremban baru je start dibuka iaitu Taman Rekreasi Air. Fuh kira rezeki kami bertiga la datang on time!

Taman Rekreasi Air Seremban - Mengimbau Memori 80'an!


Dulu masa umur 5 - 6 tahun mak ayah BBL selalu jugak bawa adik beradik naik becha air pusing tasik dekat tasik kawasan rumah. Rasanya bot angsa putih..lepas tu kena kayuh round kawasan tasik tu. Tak sangka sekarang kat Taman Tasik Seremban ada aktiviti air ni. Serius throwback memori betul. 

Dari apa BBL tanya akak kaunter tiket tu, Taman Rekreasi Air Seremban ni hasil idea Majlis Bandaraya Seremban bawah program Pesona Seremban nak tarik pelancong tempatan & luar datang beriadah sekitar kawasan Taman Tasik Seremban. Terus rasa excited nak try kayuh becha air tu. Ada 7 jenis permainan air TRA Seremban offer untuk dicuba seperti Swam Pedal Boats, Duck & Swam, Becha, Water Bike & KayakSesuai sangat kalu mak ayah nak bawa anak-anak pusing tasik sambil berpeluh. Orang lain jogging atas trek tepi tasik tapi BBL exercise atas boat haha. 

Duck Pedal Boats

Swam Pedal Boats

Water Bike

Becha 

warna kuning tu kayak

Boleh tahan comel je bot angsa putih & itik kuning. Ha ni boleh naik 4 atau 2 orang tau. Jangan risau soal SOP pandemik sekarang sebabnya sebelum korang boleh beli tiket masuk, kena scan suhu badan & check MySejahtera dulu. Lepas dah bayar harga tambang boat mana nak naik tu, kena pakai jaket keselamatan. Yelah..safety first okay. 

Mula-mula BBL dengan AlongMurni naik becha air warna merah ni. Dari jauh nampak macam mencabar je sebab size roda besar ala bulldozer. Dari jeti berlepas sampai la tengah tasik tu asyik tergelak je control becha air tu. Sampai tersenget sebelah..hahaha Ala senang je nak handle permainan air cuma kayuh macam naik basikal tu. Bezanya bergerak atas air je. So kami pusing la dari hujung ke hujung tasik selama 2o minit. Itu pun banyak berhenti sebab take 5 penat kayuh.

Bila dah tamat masa, staff akan announce suruh kembali ke jeti. Banyak jugak la selfie BBL sempat snap atas becha air tadi. Nasib baik si Xulhilmi ada, boleh dia tolong ambil gambar kami dua orang berpeluh kayuh becha ni. 

Petang tu ada majlis perasmian Taman Rekreasi Air Seremban oleh Datuk Bandar MBS. Untuk rekod, hari pertama pembukaan lebih 200 tiket sudah terjual sejak dari pagi. Wow sangat impresive ye dengan sambutan orang ramai dengan tarikan terbaru di Taman Tasik Seremban ni. Off course BBL rasa lepas ni makin ramai orang datang sini nak hang out riadah. Tambah lagi aktiviti air ni makin seronok mak ayah bawa anak-anak kan. 

Untuk second round sebelum balik, BBL cuba naik "Swam Paddle" lepas official launching Taman Rekreasi Air Seremban bersama team Datuk Bandar MBS. Sempat la bergambar depan signboard besar Taman Tasik Seremban untuk kenangan. At least bukti kukuh saya dah pernah sampai sini kan. 

Harga Sewa Permainan Taman Rekreasi Air Seremban @ Taman Tasik Seremban 


Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 2.00 petang - 7.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9.00 pagi - 7.00 petang

Berita baik..sekarang tengah promosi 50% diskaun harga semua permainan air tau. Special rate dari 3 Okt sampai 3 Nov 2020 ni. Ha orang Somban, Melaka, Selangor atau KL yang planing nak jalan-jalan area bandar Seremban boleh la singgah sini. Sambil hirup udara segar mengadap tasik boleh ronda-ronda dalam tasik naik boat angsa ni. Seronok weh..

Jangan lupa letak hastag #SombanDokekYo #SombanMcm2Ado #PesonaSeremban #JomTeghojahNiSmilan okay. Detail promosi terkini boleh check out link bawah

Facebook : www.facebook.com/Taman-Rekreasi Air Seremban di Taman Tasik Seremban

Instagram : @traseremban 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici