OMG! Dato' Awie Nak Share 10 Tips Tipu Bini

3:17 AM

Assalamualaikum guys!

Mana sang suami? BBL nak kongsi satu berita pasal Dato' Awie yang nak bagi 10 tips tipu bini..ha bukan main-main tapi betul weh.

Saksikan buah tangan sulung Dato' Awie "10 Tips Tipu Bini" sebuah filem terbitan Rumah Produksi Merah Sdn.Bhd arahan Azizi 'Chunk' yang bakal menemui anda pada 7 Januari 2021 melalui Astro First saluran 480. Filem genre komedi keluarga ni pastinya membuatkan korang tak kering gusi bila tengok kat rumah bersama family. 

Idea asal filem ni berkisar tentang kisah sering terjadi dalam masyarakat kita terutama mereka berumah tangga. Mungkin isu ni nampak susah nak bincang tapi ini hakikat terjadi setiap hari. Weh siapa tak sayang bini oi. betul ke tidak...

Menampil barisan artis terkenal tanah air seperti Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Artu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi. Paling best Jihan Miskin buat comeback berlakon dalam filem ni. Serius lama giler tak tengok Jihan Miskin berlakon. Dulu zaman sekolah memang minat betul dengan Jihan Miskin ni.

Trailer "10 Tips Tipu Bini"

 

 Sinopsis "10 Tips Topi Bini"

Mengisahkan 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean. Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja dedekasi dan mempunyai idea-idea menarik serta hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila merak berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing. 

Menariknya mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama 'DUBUK LIAR'. Mereka bertiga sedang mengalami masalah 'Krisis Pertengahan Usia' yang sering dilanda para suami dimana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tapi takut-takut. 

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis 'intern' yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat bakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing. Akan tetapi mereka bermasalah dengan karenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan 'kiri dan kanan' direka demi melaksanakan niat tersebut. 

Lagu terbaru Dato' Awie berjudul 'Sang Kekasih' dan 'Dubuk Liar' bersama kumpulan rock lagenda tanah air, Wings bakal menjadi OST 10 Tips Tipu Bini. Nak dengar lagu ni kena tonton sendiri movie 10 Tips Tipu Bini tak lama lagi. 

Jangan lupa saksikan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First. Untuk melanggan, sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand. Hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici