Assalamualaikum & hello there,
2 minggu lepas BBL terima tawaran temududa SPA Malaysia untuk jawatan Pembantu Penguatkuasa gred N17 untuk Kementerian KPDNKK. Ini mungkin untuk mengisi jawatan sebagai penguatkuasa bagi memantau harga barang GST nanti. Yelah sekarang ramai rakyat Malaysia tak faham isu GST sebenar.
Sebelum tu, setiap calon akan menjalani sesi pemeriksaan fizikal & pancaindera. Little bite nervous bila nak check BMI. Dalam surat tawaran tu dah bagi tau jenis pemeriksaan fizikal nanti. So, korang just well prepare untuk test fizikal nanti.
2 minggu lepas BBL terima tawaran temududa SPA Malaysia untuk jawatan Pembantu Penguatkuasa gred N17 untuk Kementerian KPDNKK. Ini mungkin untuk mengisi jawatan sebagai penguatkuasa bagi memantau harga barang GST nanti. Yelah sekarang ramai rakyat Malaysia tak faham isu GST sebenar.
Sebelum tu, setiap calon akan menjalani sesi pemeriksaan fizikal & pancaindera. Little bite nervous bila nak check BMI. Dalam surat tawaran tu dah bagi tau jenis pemeriksaan fizikal nanti. So, korang just well prepare untuk test fizikal nanti.
Semalam BBL pergi untuk sesi ujian fizikal. Jangan lupa pakai seluar sukan, kasut sukan & t-shirt berkolar untuk lelaki. Bukan t-shirt rouned ye. Kalau boleh datang awal untuk pendaftaran & bawa surat panggilan / print email.
Mula-mula pegawai akan asing calon lelaki & perempuan. So tak payah risau bercampur sangat kan. Berdebar jugak untuk test fizikal ni.
1. Pemeriksaan ukuran badan
- ketinggian - korang mesti melepasi tali ketinggian lebih kurang 1.57cm. Jika korang lebih tinggi dari tali tu, so dah kira lulus. Kalu kurang, boleh balik awal.
- Berat badan - kena timbang berat seorang-seorang. Pegawai akan check sama ada berat okay ke tak.
- Check BMI - next step pegawai akan calculate tinggi & berat sebenar untuk menentukan BMI yang sesuai untuk penguatkuasa. Fuh nasib baik lulus.,
- Ukuran dada - Part ni malu sikit tapi calon perempuan dikecualikan. Tarik nafas & pegawai akan guna tali ukur size dada.
- korang akan buat test mata dalam bilik. Lebih kurang macam test nak buat cermin mata. Mula-mula mata kanan & lepas tu mata kiri. Jangan nak menipu tak rabun even korang pakai lens sebab pegawai akan check mata. Kes kali ini, BBL memang pakai lens clear. So kena cabut & buat test mata ini. Nasib baik lulus. Haha. Mula-mula diorang tunjuk huruf kat carta ujian penglihatan secara rawak. Lepas satu baris, baris berikutnya. Kurang-kurang pun markah yang diperlukan V/6/9.
3. Ujian kecerdasan
- Bangun tubi 2 minit - lelaki 30 kali. Waktu ni ada pegawai akan tolong pegang kaki & tolong kira. Biasanya lelaki ni lepas je buat push-up, lelaki kan gagah. Cuma perempuan ada masalah cepat semput kan. Hari tu ada calon perempuan tak lepas sebab semput tapi dapat change buat sekali lagi sampai cukup 28. Paling best pegawai bagi lepas macam tu ;).
- Lari ulang alik 4 x 10 meter - kena buat sorang-sorang. Malu jugak semua tengok je. Nasib baik dah exercise jogging setiap petang. So tak jadi masalah. Complete!
- Lompat jauh berdiri - oh ini macam susah sikit sebab korang kena lompat dengan 2 kaki serentak & mendarat dengan 2 kaki serentak. Mesti lepas tali ketinggian tu. Ala-ala lompat bintang.
- Larian 2.4 km - yang ni paling seronok sebab kena lari beramai-ramai macam merentas desa. Bila ramai, naik pulak semangat nak lari laju-laju.
Bila dah lepas semua ujian baru pegawai bagi result untuk pergi temududa esoknya(hari ini). Nervous berganda pulak datang.
Tips sebelum pergi temuduga ujian fizikal
Tips sebelum pergi temuduga ujian fizikal
- Buat banyak latihan push-up, jogging & lompat tinggi. Nanti bila hari ujian korang tak pitam, sakit kaki & semput (malas exercise selalu)
- Sila timbang berat & check BMI korang kat machine BMI di pasaraya. Sekurangnya korang tahu akan lulus ujian BMI nanti.
- Jika dah tahu result BMI kurang / lebih, please jangan nak mengada datang sebab pegawai akan reject korang. Waktu BBL pergi temuduga, ada la 2 3 orang calon overweight. Sah-sah tak boleh berlari laju kan. Bukanlah nak melemahkan semangat tapi dari korang kena reject awal semasa pendaftaran baik tak payah datang. Jimat masa / minyak kereta.
- Untuk calon wanita yang mengandung walapun baru 2 bulan, jangan nak cuba-cuba datang ujian fizikal sebab pegawai akan check jugak. Sama jugak terjadi kepada akak sebelum turn BBL. Dia mengandung 2 bulan rasanya, memang tak nampak pun mengandung tapi statusnya sebagai isteri orang & pegawai tanya mengandung atau tak so dia jawab mengandung 2 bulan maka terus kena reject melainkan ada surat kebenaran dari suami. Remeh kan.
BBL akan cerita lagi tentang proses temudaga dengan panel SPA entry seterusnya.
Baca jugak -
Tips & Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam - Part 1
Soalan-Soalan Biasa Temuduga Tanya
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Temuduga?
Soalan-Soalan Biasa Temuduga Tanya
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Temuduga?
BBL ~ saja nak test nervous interview
o( ̄ρ ̄)o
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....















