Oh Baru Balik Dari Kursus Tips & Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam - Part 1

4:55 AM

Assalamualaikum & hello there,

Orang cakap nak dapat kerja kerajaan ni susah tapi tak susah kalu ada ilmu trick nak tawan hati panel interview. Hari ini BBL pergi Kursus Tips & Panduan Memasuki Perkidmatan Awam ajuran Suruhanjaya Perkidmatan Awam sendiri. Kursus ada 2 modul iaitu :




  • Modul 1 - Proses permohonan & peperiksaan dalam talian 
  • Modul 2 - Tips & panduan menghadiri pemeriksaan fizal & temuduga
Paling penting kursus ini percuma je. Tak payah bayar mahal & ini tempat terbaik nak tanya bermacam soalan kepada pegawai SPA. Setiap peserta akan diberikan sijil. Sijil tu nanti bonus mark waktu interview SPA. 

Berminat nak pergi kursus ini. Pastikan korang dah register sebagai pemohon SPA & baru boleh nak apply untuk menghadiri kursus ini di tempat berdekatan dengan rumah. 

Daftar menjadi peserta Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam


Modul 1 - Proses permohonan & peperiksaan dalam talian 

Boleh isi borang permohan untuk jawatan kerajaan melalui portal rasmi SPA. Tak kisah korang ada sijil SPM, diploma, degree, master atau PhD. Sama jugak untuk lepasan SPM bagi jawatan separa perubatan.


Sila pastikan korang ikut step

Kemaskini -> simpan -> hantar

untuk apa jua jawatan dibuka oleh SPA. Contoh, penolong pegawai farmasi. Korang seperti biasa apply jawatan tersebut & pastikan tekan button simpan & hantar. Ada calon hanya tekan button simpan tapi tak submit borang hantar. So how nak terpilih ditemuduga kan?

Pilih jawatan mengikut kelayakan diri. Contoh, ada diploma so pilih jawatan dengan syarat pelantikan minima diploma. Begitu jugak bidang jawatan kosong. Kalu ada degree perubatan, seeloknya pilih jawatan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. Nak pilih jawatan di Kementerian Kewangan pun boleh tapi rasa pelik bila jawatan akauntan di isi oleh calon paramedic. Rasanya lulus tak?


Sesi interview - sebolehnya jangan pilih interview sesi malam kerana mungkin korang tak boleh nak performe dengan baik. Yelah jika dipanggil interview jawatan Pegawai KPDNKK contohnya pada waktu malam jam 8 malam hari Selasa. Dah la penat baru balik kerja, kalu sempat sampai awal tempat temuduga okay lah tapi bayangkan jika korang terlewat sampai mesti kelam kabut. Tambah lagi mood panel interview SPA pun baru habis office hour & dorang expectation sangat tinggi untuk calon sesi malam. Agak berisiko tinggi untuk gagal ye. Melainkan korang betul-betul bersedia & tiada pilihan lain. Seeloknya pilih waktu interview siang hari. 


Tapisan calon - Well korang tahu ada 2.4 juta pemohon dalam sistem SPA. Itu belum campur dengan adik-adik diploma tak isi lagi SPA. Jadi, peluang nak terpilih itu ada tapi bila sampai stage tapisan. Hanya mereka yang benar-benar melepasi kelayakan akan dipanggil temuduga. Contohnya :


Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada 30 pelbagai kekosongan jawatan & nak 15 orang calon simpanan. Maka, SPA akan buat tapisan mengikut bidang kita pohon. Jika BBL ada memohon jawatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, secara automatik BBL dah layak tapi malangnya BBL hanya mendapat B subjek sains & biologi so dag ter'out'. Setelah di tapis hanya ada 121 calon layak dipanggil temuduga.

Katakan BBL ni terpilih untuk sesi temuduga. Kemudian fight interview & berjaya sesi interview. Untuk pengetahuan korang, setiap calon yang berjaya sesi interview akan diberikan ranking bermula outstanding hingga very good dari no 1 hingga 45. Nasib BBL dapat no 33 maka secara auto BBL diletakkan sebagai calon simpanan. Belum rezeki lagi..

Okay, 30 calon dah berjaya & dah start kerja dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Tak sampai 5 bulan kemudian Jabatan Perkhidmatan Veterinar nak tambah lagi 5 staff untuk wabak kes lembu gila (contohnya). So SPA akan cadangkan calon simpanan terlebih dahulu. Yeay BBL pun dapat kerja dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebab calon no 31 hingga 35 terus diserap sebagai pekerja baru.

Saya calon simpanan, bila akan dipanggil kerja?

Tips dari pegawai SPA tadi, 

jika korang terima surat interview 
|
pergi sesi interview sudah dikira sebagai calon simpanan
|
hadir untuk sesi interview
|
RESULT
berjaya @ calon simpanan @ gagal


Biasanya tempoh sah laku calon simpan hanya 2 tahun kerana SPA beranggapan dalam masa 2 tahun si calon simpan masih lagi menaruh harapan untuk berkerja dengan government & masih belum mendapat kerja tetap. Tapi untuk calon simpan badan beruniform seperti kastam, bomba, JPJ, imigresen & lain kemungkinan temph calon simpan sekitar 2 - 4 bulan atau kurang sebab dalam masa 2 bulan berat badan calon (BMI) akan berubah. Setuju kan? Kot-kot waktu temudaga kastam masih kurus tapi 3 bulan kemudian dah jadi abam sado. Kan dah berubah kekuatan & BMI..

Lagi contoh. Tapisan mengikut CGPA. Ini agak mencabar


Kali ini, Jabatan Audit Negara mintak SPA sediakan calon bagi jawatan Juruaudit Gred 41 dengan syarat kelayakan CGPA 3.00 ke atas. So, calon dengan minima CGPA 3.00 akan terpilih untuk sesi temuduga. Kena at least 3.00 baru terpilih, jika pointer 2.99 sipi sipi jangan sedih sebab korang dah automatik out. Oleh kerana zaman sekarang ramai sangat calon lebih dari 3.00 sampai beribu-ribu. Jabatan Audit Negara mungkin short-list untuk pilih calon dengan CGPA 3.75 ke atas sahaja. 

So adik-adik diploma, sila pastikan CGPA korang at least 3.00 keatas jika nak mohon kerja untuk jawatan Gred 27 - 38. Dengar je ayat sekurangnya 3.00 ke atas naik bulu roma susahnya nak terpilih jadi pegawai kerajaan ni.

BBL ~ Baru tahu step-step SPA tapis calon
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

5 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Wah! Informasi yang cukup lengkap dari BBL! Nice one. Akan sentiasa menjadi carian orang ramai ni especially those yang akan pergi interview.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lengkap lagi ni. Ada 3 part lagi belum tulis. Haha

      Delete
  2. saya punya sekarang ni dari SPA dah setel, dari lembaga farmasi pun dah setel, tapi problem kat kementerian kesihatan malaysia sbb skrg ni tak de kekosongan tempat padahal tarikat dengan kontrak.. hmm... masalah... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun masalah.. sabar jelah & harap2 boleh setel cepat

      Delete