Temuduga Pembantu Penguatkuasa N17 - Hari Temuduga

3:44 AM

Assalamualaikum & hello there,

Okay jika semalam BBL pergi ke ujian fizikal & kecerdasan. Hari ini BBL menghadiri temuduga bersama 3 orang panel SPA untuk jawatan Pembantu Penguatkuasa KPDNKK. Masih berdebar-debar nak kena panggil interview.

Pada hari kejadian, ada no giliran akan diberikan. No BBL adalah no 15 maka ada masa nak study last minute mengenai KPNDKK terutama akta-akta bawah KPDNKK. Kemudian nama BBL dipanggil masuk untuk sesi interview seterusnya.

Pertama, pastikan ketuk pintu 3 kali & tunggu 3 saat baru tolak & masuk ke dalam. Ada 3 orang panel 2 lelaki & seorang perempuan duduk dimeja & satu kerusi untuk calon duduk. Situasi seperti dibawah :

BBL : Assalamualaikum & selamat pagi Tuan, Puan. - kena buat mesra sikit sebab nervous.
Panel : Wasalam
BBL : Ini sijil-sijil saya - sambil letak atas meja panel. Kemudian cakap, "boleh saya duduk?'
Panel : Briefly explain about your self. 
BBL : Part paling penting. Terang je pasal nama penuh, umur, tarikh lahir, sedikit tentang keluarga seperti bilangan adik beradik, pekerjaan ayah & ibu, tentang suami/isteri (jika berkahwin), akademik & pengalaman bekerja.
Panel : Awak tahu apa tu GST? - weh soalan strait to point
BBL : Erm..saya pun tak berapa faham konsep GST sebenar tapi dari apa saya baca GST ni..bla..bla..bla.. - nasib baik dah study sikit pasal GST walaupun tak faham sangat. Explain je apa korang faham tentang GST tu.
Panel : Apa awak fikir tentang kesan pelaksanaan GST?
BBL : oh matilah  tapi BBL terang je pasal pasal kebaikan negara selepas apply GST seperti income negara bertambah. - ini kena study banyak sikit.
Panel : Awak tahu kan akan bekerja di kementerian mana?
BBL : Tahu Tuan, di kementerian KPDNKK - sebut nama penuh kementerian kalu boleh
Panel : siapa ketua di KPDNKK?
BBL : Tahun 2015, menteri di KPDNKK ialah YB Dato' Sri Hassan  b Malek & timbalan menteri ialah YB Senator Dato' Seri Ahmad Bashad b Md Hanipah.
Panel : Awak tahu tugas penguatkuasa ni apa?
BBL : Tugas untuk membantu membuat operasi penguatkuasaan, penyediaan statik pengutkuasaan, menyediakan rekod operasi & pendakwaan, terlibat sebagai saksi kes mahkamah & pendakwaan & lain-lain tugas diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Panel : Contoh tugas awak?
BBL : Buat rush pemeriksaan harga barang, rush cetak rompak & terima aduan pengguna mengenai penindasan peniaga terhadap pengguna.

Actually banyak soalan di tanya tapi akibat nervous tak banyak soalan BBL ingat. Hahaha

Tips untuk korang yang dapat panggilan interview :

1. Study siapa Menteri KPDNKK, timbalan menteri & ketua KPDNKK negeri
2. Hafal semua akta bawah KPDNKK - kalu boleh ingat jugak tahunnya
3. Hafal jugak skop tugas KPDNKK
4. Isu semasa berkaitan KPDNKK seperti GST (2015), kempen penurun harga barang, isu skim piramid MLM, isu penipuan online.

Nasib baik boleh jawab semua. Yang penting jujur & cakap jangan tergagap-gagap walaupun korang tak boleh nak jawab. Cuba bagi jawapan dulu & beritahu jika korang tak boleh jawab sangat, cakap saya kurang infomasi mengenai soalan itu Tuan / Puan tapi saya akan cuba mencari jawapan sebenar.

Soalan-Soalan Biasa Temuduga Tanya

BBL ~ Ada rezeki insyallah dapat. Amin
ヘ(◕。◕ヘ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

20 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Goodluck BBL! Kalau jawab dengan penuh confident, confirm boleh dapat punya!

    ReplyDelete
  2. dulu masa temuduga tak cuak sangat sebab sekali interview 5 org sekali masuk. sbb diorg nk cepat.. hehe...

    ReplyDelete
  3. bila keputusan temuduga keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena check dalam portal SPA.. Tak harap sangat boleh dapat jawatan ni

      Delete
    2. ouh..kalau dah dapat result share2 la. :D

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam..sy nk tnya..baru2 ni sy ade cek dkt spa8 sy.sy ngk dkt jwtan pembantu penguat kuasa w17 dkt sy punya semakan dia tulis "melepasi syarat semasa yg ditetapkan suruhanjaya".boleh tahu x apa maksud dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu je la email dr spa...maknenye awak layak pi ujian fizikal

      Delete
  7. Valid lg ke blog ni?? Hahaha.. Nk tanya. Yg jawatan ni sama ke dgn pembantu penguatkuasa kp19 yg skarg ni?? Heee.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete