Fiesta NBOS Berjaya Semai Rasa #SayangMalaysia Di Perak

11:29 PM

Kenapa anda sayang Malaysia?

Sebab banyak tempat menarik dari utara ke selatan dan timur ke barat lah!

Atas kejayaan Fiesta NBOS yang buat julung kali di Pekan, Pahang tempoh hari, pihak kerajaan telah memilih Bagan Datok Perak sebagai destinasi ke dua Fiesta NBOS #SayangMalaysia bertempat di padang SMK Hutan Melintang, Bagan Datok untuk memberi peluang masyarakat tempatan berjumpa lebih dekat pemimpin tertinggi kerajaan selain Fiesta NBOS #SayangMalaysia ini merupakan salah satu lagi inisiatif yang dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kemudahan untuk masyarakat serta menampilkan perkhidmatan bergerak kerajaan seperti pasar tani, klinik kesihatan, instutite jantung Negara, jabatan pendaftaran Negara dan beberapa lagi perkhidmatan pihak swasta yang bersifat mobile.


Fiesta NBOS #SayangMalaysia 2017 dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia , YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi. Turut hadir bersama YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Sepanjang satu hari fiesta berlangsung, banyak program dan aktiviti berlangsung. Memang cukup padat dan meriah, tak percaya boleh tanya orang Teluk Intan, Bagan Datok, Lumut, Setiawan, Ipoh bahkan ada pengunjung dari Sabak Bernam turun sekali. Selain itu, program ni bertujuan untuk menyemaikan semangat cintakan dan #SayangMalaysia dengan inisiatif kempen #SayangMalaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Pavilion #SayangMalaysia paling menonjol sekali. Cukup padu dan meriah dengan aktiviti dari pagi sampai sebelah petang. Meh BBL highlight apa aktiviti hapening di pavilion #SayangMalaysia

1. Freeflow makanan tradisi Citrarasa Negeri Perak

Menu tradisi seperti kuih limas, bihun madu klah, kuih peneram, soto Bagan Datok, kedebe, bubur anak lebah, telur dada ikan loma, rendang itik, dan tetupat bersama rendang tok.


2. Persembahan kebudayaan 

Menariknya performance dari Jabatan Kebudayaan Negeri Perak serta tarian adik-adik sekolah. Memang power anak-anak Perak ni.


3. Ada selebriti Jay Jay, Dafi AF, Arja Lee dan Adeline Tsen

Tak sah kalu artis terkenal tidak diundang sekali. Di pintu masuk pavilion #SayangMalaysia Arja Lee dan Adeline Tsen menjadi tarikan peminat bergambar dengan signboard #SayangMalaysia. Memang tak putus-putus orang Perak serbu. Malah pihak Gaya Travel menyediakan hadiah cabutan bertuah untuk para pengunjung. 

cabutan bertuah untuk orang Perak dari team Pavillion #SayangMalaysia

Di pentas mini pavilion #SayangMalaysia ada persembahan selebriti Jay Jay sebelah pagi dan Dafi AF pada petangnya. Tak sangka orang Perak sporting semuanya siap menyanyi beramai-ramai waktu Dafi dendangkan lagu hit 'Bila Terasa Rindu'.


4. Promosi #SayangMalaysia inap desa dan tempat menarik negeri Perak

Pihak Motac juga membawa pameran inap desa, urutan Malaysia, kraftangan Sabah dan promosi tempat best di Perak dan Pulau Pinang. Tak lama lagi nak cuti sekolah so elok mak ayah standby tempat bercuti dengan family. 


Well terus terang BBL cakap selepas event NBOS tersebut makin bertambah Sayang pada Malaysia. Inilah tempat tumpah darah dan negara kelahiran kita semua. Kalu anda sebagai warganegara tak #SayangMalaysia, siapa lagi nak sayang Malaysia kan.



Jangan lupa tanda pagar (hastag) #SayangMalaysia tiap kali anda update gambar kat laman Facebook, Twitter atau Instagram & ikuti 
@sayangmalaysia.offcial
@sayangmalaysia.motac

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici