Rahsia Tips Jimat Duit Makan Sedap Di The Mines, Serdang
9:10 AM
Berita baik untuk korang yang belajar atau bekerja sekitar Serdang, Sungai Besi, Balakong, UPM dan bercadang nak datang The Mines untuk makan, ini sesuatu promosi tidak seharusnya dilepaskan. Bermula 6 November hingga 1 Disember depan anda boleh berjimat duit poket untuk dengan promosi The Mines Foodtopia! Yeay tiada lagi alasan makan meggi terutama tengah bulan nanti.
Register, Tunjuk Bar Kod & Enjoy!
Caranya mudah sahaja. Follow je step berikut
1) Log Into http://www.foodtopiathemines.com
2) Isikan maklumat diperlukan
3) Screenshots QR Code
4) Tunjukan kod tersebut kat kaunter mana-mana restoren anda mahu
5) Enjoy The Meal & bayar Rm9.90 sahaja
Pelanggan juga boleh mendapatkan “Foodtopia Rewards*” dengan pembelian minimum RM30* dalam satu resit ATAU RM80* dalam 2 resit untuk tarikh sama. Promosi “Foodbulous Weekday Treats*” hanya boleh dinikmati pada hari biasa Isnin hingga Jumaat pada 6/11 – 10/11, 13/11 – 17/11, 20/11 – 24/11 dan 27/11 – 1/12. Sila bookmark tarikh tersebut okay. Boleh ajak housemate atau classmate makan kat The Mines dari jam 10 pagi sampai 10 malam.
Paling penting bar code ni untuk korang dapat privilege harga RM9.90
Tempoh hari BBL sempat makan dibeberapa restoren dalam The Mines. Actually ada lebih 40 jenis hidangan korang boleh pilih dari 13 buah restoren yang menyertai promo ini. Antaranya Dubuyo , Equire Kitchen, Nyonya Mama, Sepiring, the Chicken Rice Shop, Teppanyaki, Almendis, Himosasa, Fish & Co, Makan Culture dan banyak lagi. Rasanya boleh rambang mata nak makan kat mana.
#CadangMakan
Hari Isnin makan lunch kat Restoren Dubuyo
Dengan hanya RM9.90 korang boleh pilih set 1 atau 2 lengkap bersama nasi serta air. Kalu datang berdua dengan couple boleh pilih dua set tersebut. Then share jelah Chicken Soonubu Jigae dan Chicken Honey Garlic Bulgog. Tempoh hari pun kenyang dapat makan walupun nampak portion macam kecik. Harga asal belum tentu lebih dari RM9.90 kan. Setuju?
Set 1 - Chicken Soonubu Jigae bersama nasi dan air barli suam
Set 2 - Chicken Honey Garlic Bulgogi bersama nasi dan air barli suam
Hari Selasa makan malam di Restoren Teppanyaki
Teppanyaki menawarkan tiga pilihan sajian untuk pelanggan iaitu Salmon Head Miso Soup, Niko Soup dan Mini Chicken Teppanyaki. Yang penting percuma air green tea (panas/sejuk).
Set Niko Soup
Oh ya Niko Soup sangat sedap dimakan tika panas terutama noodle Niko kerinting dan kenyal. Boleh tambah lada jika anda mahu lebih pedas. Memang full satisfied la.
Set Mini Chicken Teppanyaki
Set Salmon Head Miso Soup
Hari Rabu makan petang di Restoren Nyonya Mama
Lepas habis kelas atau sementara tunggu jem reda, elok juga high tea di Nyonya Mama dengan tiga variasi menu sama ada Nasi Lemak Sambal Sotong, Asam Laksa atau Curry Noodle memang terbaik. Setidaknya anda pulang ke rumah dengan hati riang. Yang bestnya set RM9.90 hadir 4 pilihan minuman, Iced Lemon Tea, Limau, Cincau atau Sirap Ice. Memang kombinasi cukup mengeyangkan.
Set Nasi Lemak Sambal Sotong
Set Asam Laksa
Set Curry Noodle
Hari Khamis makan petang di Restoren Sepiring
Istimewa buat anda, Sepiring menawarkan set Penang Assam Laksa dan Nasi Kunyit dengan Kari Ayam buat korang mengidam citarasa klasik. Air iced peach tea turut disertakan bersama. Fuh memang khas untuk sesiapa mengidam makan nasi pulut kuning. Mengancam habis. Jangan kuathir harga tetap RM9.90 satu.
set 1 - Penang Assam Laksa
Set 2 - Nasi Kunyit dengan Kari Ayam
Hari Jumaat makan tengahari di the Chicken Rice Shop
Waktu tengahari Jumaat boleh singgah makan nasi ayam kat the Chicken Rice Shop The Mines. Bawak duit sepuluh ringgit dah cukup untuk anda nikmati menu lunch nasi mahupun noodle. Paling penting tunjukkan kod QR terlebih dahulu sebelum order.
Set Sai Too Fish with Shredded Chicken Noodle
Set Single Portion of Crispy Roast Chicken with Rice and Soup of the Day
Apa tunggu lagi dah boleh bagitau kawan-kawan tips jimat duit ni. Benda baik elok dikongsi bersama kan. Next week plan lagi datang The Mines.
Untuk maklumat lanjut boleh tengok
Laman web : www.the-mines.com.my
Facebook : www.facebook.com/theminesshoppingmallpage
2 Budak Suka Minum Bandung Laici
untung la dpt makanan murah dan sedap mcm ni
ReplyDeleteBetul tuh... LeYa pun baru je gi makan hari sabtu hari tuh... berbaloi dan mengenyangkan...
ReplyDelete