Peminat Seni Tempatan Mesti Datang Ke Pameran Seni Antarabangsa KL Biennale 2017
8:21 PMPanggilan kepada peminat seni tempatan, buat julung kali Kuala Lumpur Biennale 2017 bakal dipamerkan bermula 1 November 2017 hingga 30 Mac 2018. Untuk pertama kali, Balai Seni Negara akan menjadi tuan rumah bagi pameran berprestij ini. Di ketuai oleh Proffesor Zulkifli Yussof bersama kumpulan kuratorial dari Balai Seni Negara termasuk Faizal Sidik, Tan Hui Koon dan Baktiar Naim.
Oh ya, kalu anda nak tahu Biennale bermaksud sesuatu
yang diadakan selang 2 tahun dalam bahasa Latin. Actually sejarah Biennale bermula
di Eropah pada tahun 1895 di Venice, Itali. Beberapa Biennale popular di rantau
Asia adalah Bangladesh, China, Korea, Indonesia, India dan Singapura. Kini rakyat
Malaysia berpeluang merasai pengalaman pameran Biennale di bumi sendiri.
Membawa tema BELAS atau Be Loved dalam KL Biennale
2017 ini meraikan 114 individu dari sepanjang zaman dari Malaysia dan luar
Negara. Inilah masa untuk anda melihat lebih dekat hasil tangan pengkarya
tempatan seperti Awang Damit Ahmad, Sharmiza Abu Hassan, Bibi Chew Chon Bee,
Ahmad Zakii Anwar, Jeganathan Ramachandran, Hayati Mukhtar, Bayu Utomo
Radjikin, Jalaini Abu Hassan dan ramai lagi. Malah karya luar Negara dari
Filipina, China, Combodia, Swedan, Palestine, Indonesia, Thailand, Bangladesh
dan jiran kita, Singapura akan turut dipertontonkan.
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah merasmikan Kuala Lumpur Biennale 2017
pada 23 November lalu di pintu masuk Balai Seni Negara. Jangan risau tentang
tiket kerana anda boleh masuk secara percuma hingga Mac 2018 nanti.
Ada lima seksyen pameran karya boleh anda lihat dan
fahami mesej yang cuba disampaikan iaitu Belas Insan, Belas Alam, Belas Haiwan,
Belas Warisan dan Belas Kerohanian. Memang BBL sendiri teruja tengok semua
hasil seni dari tingkat satu hingga tiga. Seni bukan setakat atas kanvas sahaja
malah pameran lebih variasi dengan kepelbagaian persembahan dari pengunaan cahaya
lampu, ukiran kayu, reka bentuk, montaj dan banyak lagi. Boleh terpesona duduk
dalam balai geleri ni.
Ini sebagai dari karya bakal anda saksikan di
pameran Biennale kat Balai Seni Negara. Memang terpaku habis.
Dinding Potret Kanta oleh Jeffrey Lim
Solid Peel Spring Breathe oleh Tetriana Ahmed Fauzi
Dirgahayu Negaraku oleh Mohamad Ismadi Sallehudin
Taman Biodiversiti oleh Ajis Mohamad
Rumah Kebun Di Tambunan Sabah oleh Ilse Noor
Dengan LRT
Turun di LRT Titiwangsa atau Monorel Titiwangsa dan
jalan kaki 15 minit atau naik bad Rapid KL no 402
Dengan Bas Rapid
Naik bas Rapid KL no 402 dari KLCC dan LRT
Titiwangsa atau bas Hop on Hop off
Parking
Parking disediakan secara percuma diperkarangan
Balai Seni Negara untuk pengunjung
Jangan lupa hastag #KLBiennale2017 #AlamiBelas
#BeLoved #SayangMalaysia
Maklumat lanjut boleh ikuti update program melalui
0 Budak Suka Minum Bandung Laici