10 Aktiviti Mesti Buat Di Karnival Upin Ipin 2017

9:09 AM

“Hai kawan-kawan!
Nama saya BBL dan ini kisah saya ke Karnival Upin Ipin 2017!”

baca seperti intro animasi Upin Ipin 


Yeay Karnival Upin Ipin 2017 kembali lagi tahun ini. Bagi anda yang pernah merasai pengalaman Karnival Upin Ipin tahun sudah semestinya rindu dan teruja nak datang ke sesi 2017 ini. Oh ya Lescopaque dengan bangga membawa anda sekali lagi ke dunia kegembiraan bersama watak animasi Lescopaque kegemaraan ramai iaitu Upin Ipin, Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu dan penampilan istimewa Ultraman Ribut. Wah bestnya!


Demi menghargai peminat, Karnival Upin Ipin 2017 berlangsung selama tiga hari bermula 24-26 November 2017 dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di MAEPS Serdang.

Harga tiket masuk karnival upin ipin

Tiket masuk boleh beli secara online di UpinIpinstore.com ataupun kat pintu masuk Dewan C nanti ketika hari karnival. Eloknya beli siap-siap tiket masuk untuk elakkan korang terpaksa beratur panjang. Nanti buang masa beratur lama dan tak puas terokai semua aktiviti.


Jangan risau harga tiket cukup murah untuk anda bawa anak-anak datang merasai dunia Upin Ipin. Malah kanak-kanak berumur bawah 6 tahun, warga emas dan orang kelainan upaya dapat masuk Dewan A & C secara percuma je. Mesti budak-budak suka amat sangat. Nak privilege boleh beli pas VIP untuk short cut ke Rumah Opah, Green Boom (sesi potografi), tabung Upin Ipin dan peluang sesi temu mesra bersama maskot Upin Ipin / Ultraman Ribut / Puteri. 

10 aktiviti mesti anda dan anak-anak buat di karnival upin ipin

1.      Melawat studio behind the scene Upin Ipin
Selama ini kita hanya menonton hasil akhir animasi Lescopaque di kaca tv namum istimewa kali ini anda dan anak berpeluang melihat ruang kerja staff seperti department modelling VFX simulasi, animasi, audio & muzik serta render & kompositor. Malah adik-adik boleh merasai pengalaman dalam Studio Rakaman Suara. Seronoknya! Ala macam lawatan sambil belajar.

jangan malu cuba ye

2.      Melawat rumah Opah
Ha ini tarikan utama dewan Magik. Selalu tengok scene Upin Ipin kena marah dengan kak Ros sebab tak kemas bilik je, sekarang boleh melawat satu rumah Opah dari depan rumah, ruang tamu, bilik tidur Upin Ipin hinggalah dapur. Jangan terkejut ada reban ayam dan sawah pagi belakang umah Opah ye.


3.      Bergambar di Tadika Mesra
Tak lengkap tour kalu tak pergi Tadika Mesra tempat Upin Ipin dan rakan-rakan belajar ye. Boleh selfie kat depan pintu gerbang Tabika Mesra atau backgroup poster kawan-kawan Upin Ipin. Rasa rindu nak kembali zaman sekolah tadika.


4.      Mengembara Alam Dino
Nak lagi adventure, bawa anak anda bergambar bersama haiwan dino di seksyen Alam Dino. Jangan terkejut tengok kepala Dino bergerak tak kala sedang bergambar dengannya. Yang penting siap sound dinosaur lagi.  


5.      Bergambar bersama Ultraman Ribut
Ha adik-adik lelaki jangan lepaskan peluang bersalam dan hi 5 dengan Ultaraman Ribut yang dibawa khas dari Jepun ini.


6.      Berjalan dalam Magik Pin Pin Pom
Ini sekyen favourite BBL sebab memang scary ala rumah hantu fun fair. Untuk sampai ke ruang dalam, anda akan melalui maze mirror. Aduh keliru sampai terlanggar cermin sebab ingat jalan keluar. Oh siap ada kerusi malas gerak sendiri dan nenek kebayan di cermin. Mesti masuk lah!


7.      Menonton persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
Di dewan A ada pentas utama dan skrin LED gergasi untuk peminat setia Upin Ipin menonton persembahan musical Upin Ipin serta preview ekslusif episode Upin Ipin akan datang. Bagi anda yang mempunyai pas VIP boleh la baring atas bean bag sambil tengok gelagak kawan-kawan Upin Ipin membuat persembahan atas pentas.


8.      Bermain games Upin Ipin
Jangan lepaskan peluang bermain permainan yang disedikan oleh pihak Lescopaque. Boleh menang hadiah menarik. Antara games ada seperti Jungle Maze, games Upin Ipin dan Da Du Di Do.


9.      Bergambar bersama prop Upin Ipin, Puteri Limau dan Pada Zaman Dahulu
Ada banyak prop dan dinding dengan animasi Upin Ipin, Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu untuk anak anda bergambar. Please bawak powerbank sebab risau batteri cepat habis dek syok ambil gambar. Boleh juga bergambar dengan maskot Upin Ipin dan gambar akan diprint untuk kenangan bersama.


10.      Beli barangan eklusif Upin Ipin dan Ultaraman Ribut
Dah pusing dewan A & C tak kan nak balik tangan kosong, singgah ke kedai Upin Ipin Store untuk membeli cenderahati seperti baju, jam tangan, key chain, set alat tulis, bantal, patung Upin Ipin, tabung dan banyak lagi. Shopping je


Cara nak datang ke Karnival Upin Ipin 2017 di MAEPS Serdang

Nasihat BBL, masuk MAEPS melalui Pintu 2 untuk parking dan ada perkhidmatan tram dari kawasan parking ke dewan A dan C. Malas nak drive boleh naik je Grab/Uber dan ada drop point betul-betul di dewan A. Tak payah berpanas naik tram. Yeay terima kasih Upin Ipin.

Soal makan minum anda sekeluarga jangan bimbang kerana ada food truck dan gerai makanan kat perkarangan dewan A & C atau boleh cuba menu kedai makan Geng’s Corner bersebelahan kedai cenderahati Upin Ipin dalam dewan A. 

Wah penat tapi seronok berbaloi dapat menerokai dunia animasi bersama Upin Ipin. Pastinya si cilik tak senang duduk sepanjang Karnival Upin Ipin berlangsung sebab ada banyak aktivti boleh dilakukan bersama hujung minggu ini. Cayalah team Lescopaque merialiasikan impian BBL nak tour fantasi karya Lescopaque.


Siapa yang dah datang hari pertama karnival boleh repeat lagi hari kedua dan ketiga ye. Yang belum pernah datang ai tunggu apa lagi, cepat bersiap datang ke Karnival Upin Ipin 2017 di MAEPS Serdang!

 Jangan lupa follow Upin Ipin

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici