Assalamualaikum semua..
17 Disember 2023 menjadi tarikh bersejarah kepada United Man Family Global Venture Sdn Bhd (UMF) selepas mengumumkan pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig yang inovatif. Turut hadir sama pelbagai pihak termasuk Pusat Pengurusan dan PGDM serta disertai pemegang kepentingan lain.
Rakan Strategik Antara PGDM dan UMF
Majlis mendatangi Memorandum Persefaham (MOU) antara kedua pihak bagi memperkukuh kerjasama startegik dalam pembangunan ekonomi gig. MOU ini dilaksanakan bagi meningkatkan sinergi antara kedua entiti dalam menwujudkan peluang dan memberi faedah kepada masyarakat.
Antara rakan startegik adalah Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM), Yayasan Kartika Sri Tun Ghafar Baba, Komuniti Program Subsidi Pembangunan Malaysia (KPSPM), McCaine Sdn Bhd dan Mstore.
Pelancaran Kad Gig PGDM
Kad ini sangat mendapat perhatian BBL yang bertujuan memudahkan peserta ekonomi gig dalam mengekses pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kewangan. Kad ini memcerminkan inovasi dalam menyokong pertumbuhan sektor ekonomi gig. Buat masa ini, kad ini bakal digunapakai bagi tujuan subsidi pembelian minyak petrol. Kemudian bakal diperluaskan bagi subsidi pembayaran tol, barang keperluan asas seperti minyak, beras, gula & banyak lagi.
Geran Pendidikan RM60 Juta Dari KPSM
PGDM bersama usahama UMP menerima mock-up check berjumlah RM60 juta dari KPSPM sebagai pengiktifan terhadap usaha mereka dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan memberikan peluang pendidikan yang lebih luas. Pastinya geran pendidikan bakal memberi manfaat kepada ramai lapisan masyarat negara kita.
Pelancaran Studio TikTok UMF/MACCAINE/PGDM
Kolaborasi antara UMF, McCaine dan PGDM serta rakan strategik Mstore dalam melancarkan Studio TikTok bertujuan memanfaatkan platform ini sebagai pemasaran digital yang inovatif dan kreatif. BBL sendiri sempat melihat studio ini, lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk jualan live streaming. Gempak habis!
Pelancaran eCommerce Platfrom Cendol & Mstore
PGDM bersama UMF turut memperkenalkan platform e-commerce, Cendol dan Mstore sebagai langkah untuk menambah pasaran digital dan memberi lebih banyak peluang kepada peniaga tempatan menembusi pasaran digital dalam negara Malaysia.
Sosial Aktivti PGDM Berbentuk Loyalty Dan Reward Program
Program loyalty dan reward UMF berbentuk sebagai Me Point untuk memberi ganjaran kepada masyarakat yang aktif serta berkesan dalam aktiviti penggunaan harian dan sosial yang positif.
Program Melahirkan Usahawan Sosial
PGDM bersama UMF turut memberi tumpuan kepada melahirkan usahawan sosial melalui program yang memberi peluang pernigaan dengan keuntungan lumayan dan selamat
Latihan Untuk Menjadi Usahawan Berjaya
PGDM bersama UMF bakal memberikan latihan yang kos efektif untuk membantu individu menjadi usahawan berjaya di dalam dunia ekonomi gig yang sedang berkembang ini.
Pendidikan Dan Latihan Pemasaran Produk Melalui AI
Trend kecerdasan buatan (AI) menjadi salah satu cabang dalam program pendidikan dan latihan PGDM - UMF dalam pemasaran produk.
Projek-Projek PGDM Dan UMF
UMF dan PGDM berkolaborasi dalam merancang serta melaksanakan projek kompleks e-Sport bernilai RM50 juta dan permainan Virtual Reality di tapak seluas 3.7 ekar. Terdapat juga Akademi Latihan dan Kemahiran dengan sijil profesional dalam pemasaran produk melalui AI dengan bantuan geran RM60 juta dari KPSPM, Aplikasi Khidmat E Dobi pertama di Malaysia dan program sukan bertaraf antarabangsa.
PGDM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada tajaan, sokongan dan dokongan padu dari Mstore, KPSPM, McCaine Sdn Bhd dan Cendol. Semoga program ini memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi dan pembangunan masyrakat melalui inovasi dan kolaborasi antara UMF, PGDM dan pelbagai pihak pemegang kepentingan. Pelbagai inisiatif yang dilancarkan menandakan komitment mereka untuk membentuk masa depan yang lenih baik dalam era digital kini.