Fuh Praktise Skill Memasak Guna Produk Organik Alce Nero - Cooking Right, Looking Good
6:14 AM
Assalamualaikum korang..
Apa jadi bila mee diganti spaghetti dalam laksa? Ha itulah menu resepi BBL kena siapkan dalam contest Cooking Right, Looking Good menggunakan bahan-bahan Alce Nero di Berjaya University Collage. Habis tunggang terbalik dapur universiti bersunguh siapkan tiga jenis hidangan appetizers, main course dan desert.
Hujung minggu lepas BBL ada join pertandingan memasak anjuran 100comments dengan kerjasama produk organik, Alce Nero. Lebih kurang nak berkongsi gaya hidup secara sihat dengan pemakanan dan cara masakan yang betul. Macam tahu je kita ni suka main makan tak kisah fast food atau raw food. Janji kenyang..
Pada hari kejadian peserta blogger kena bahagi 3 orang ahli satu kumpulan, so ada lapan team semuanya. BBL, Zulhilmi dan Along Murni satu kumpulan - team no 6. Agak nervous sebenarnya nak memasak, biasa goreng telur je kat rumah. Well bersemangat dapat respi tapi masing-masing garu kepala bila tengok menu kena masak. Bukan pandai masak sangat, tahu makan je lebih. Hahaha
Sebelum start pertandingan tu, lecture Berjaya University Collage - Chef Nur Khairunnisak Athira beri tunjuk tutorial dan ajar cara nak siapkan setiap menu makanan tersebut. Fuh nasib baik chef bagi guideline dulu, kalu tak mesti tak ada rupa hasilnya. Tiga menu perlu dimasak iaitu Tri-color Asian Pasta Salad, Italian Seafood Laksa, Chinese Strawberry Jam Cakes dan air minuman Ginger Spiced Apple Cider Cooler. Dah macam Masterchef versi blogger kena complete masak dalam masa 3 jam. Serius stress amat nak kejar masa, dalam masa sama nak kena makesure sedap bila makan nanti.
Semua bahan masakan menggunakan produk alce nero yang organik seperti Organic Wildflower Honey, Organic Strawberry Jam, Apple Cider Vinegar, Organic Fusilli Tricolore dan Organic Spaghetti. Okay jom kita start masak.
Resepi pertama kami buat ialah Chinese Strawberry Jam Cake. Simple je bahannya guna tepung kek, tepung kastard, tepung susu, gula icing, telur kuning dan mentega. Kemudian kena mix untuk dapatkan doh sebelum kena "rehatkan" dalam peti sejuk selama 20-25 minit macam tu. Bila dah cukup masa boleh tekap untuk buat "sarang" tart dan bakar dalam oven. Part paling BBL suka mestilah isi tart dengan Alce Nero Organic Strawberry Jam. Masa ni lah idea nak decorate start biar macam biskut raya. Wallah setel satu task.
Actually sementara tunggu doh tart lembut, Chef Athira proceed dengan menu masakan ke dua iaitu Italian Seafood Laksa. Wah kemain semua confident boleh masak kuah laksa perfect macam chef tunjuk. Siap ingat step one by one risau miss out nanti. Bila pulang ke dapur masing, terus lupa step nak kena buat. Hahahaha mula la tanya 'jiran' team depan dan belakang. Untuk buat kuah laksa sebenarnya kami kena blend bahan-bahan paste - cili merah, udang kering, bawang merah, halia, serai dan kunyit terlebih dahulu. Ni job BBL kena potong halus untuk senang blend nanti. Dah siap terus masak dalam periuk sampai pecah minyak..nasib baik ada si ibu Along Murni yang tahu masak. Sambil tu si Zulhilmi bersihkan udang harimau dan tiram. Bila dah pecah minyak terus campur santan, gula, garam secukup rasa.
Paling win guna Alce Nero Organic Spaghetti sebagai mee laksa. Barulah kelas meletop campuran masakan authentic Melayu bergabung western. Siapa kata spaghetti hanya boleh jadi meatball spaghetti sahaja.
Dalam masa sama, resepi no tiga kena siapkan juga iaitu Tri-color Asian Pasta Salad untuk pembuka selera. Cukup simple cara penyediaan - campur potongan lobak merah, lada benggala merah & hijau, kacang peas bersama Alce Nero Organic Fusilli Tricolore. Nak lagi sedap gaulkan dengan tuna Ayam Brands, mayonnaise, sour cream, sesudu Apple Cider Vinegar, hirisan halia, sedikit kicap dan tabur secubit lada hitam. Gaul dan siap untuk hidang atas pinggan.
Weh cepat betul 3 jam habis macam tu je. Time nak siapkan hiasan memang kelam kabut tengok team lain hias cantik macam hotel 5 star. Lepas tu kena hantar untuk juri buat penilaian dan bagi markah setiap hidangan kami masak. Pergh sebiji macam Masterchef..'pedas berapi' komen setiap team dapat. Nasib baik chef Athira sukakan Italian Seafood Laksa hasil air tangan kami bertiga. Bangga kejap kena puji..tapi memang sedap pun.
Alhamdulilah ketiga-tiga menu masakan kami mendapat komen positif dari Chef Athira dan Nathan Deverre (marketing advisor Alce Nero Malaysia). Apa kan daya bukan rezeki team 6 menang apa-apa ketegori appetizers, main course dan dessert tetapi tetap juara di hati kami. Fuh hati tengok semua masakan habis licin makan. Nampak tak sedap kat situ?
Ilmu masakan dapat sehari jadi student Berjaya University Collage memang ohsome. Next time boleh la praktise memasak kat rumah dengan menggunakan produk organic Alce Nero sesuai untuk anda yang mahu menikmati masakan secara sihat tanpa bahan pengawet tambahan, penambah perasa berlebihan dan menggunakan sumber asli organik.
Sementara tunggu result siapa juara memasak, kami sempat cuba produk kesihatan yang bagus untuk tubuh seperti Nutriva Morihealplus dan Nutriva Nutritional Yeast - sebagai makanan tambahan keperluan nutrisi harian kita.
Kemudian sempat sapu losen Eubos rangkain produk penjagaan muka dari Jerman. Paling saya suka semestinya losen tangan yang berkesan merawat kulit tangan kering serta memberi kelembapan berpanjangan. Sesuai la untuk lelaki macam saya jenis terdedah kepada cuaca panas matahari dan kurang minum air kosong. Well commanded untuk korang cuba sendiri.
Last but not least produk minyak zaitun & kolagen Oilum yang mendapat maklumbalas positif dari pengguna setia. Malah losen Oilum pun sesuai untuk kulit kering seperti bahagian tangan, lengan atau badan. Elok sapu lepas terlalu lama dalam bilik aircond pejabat atau kelas. Kebaikan kandungan kolegen dan minyak zaitun cukup bagus memberi awet muda kepada si pemakai. Cubalah mesti anda suka tengok hasilnya nanti.
Opss actually korang boleh dapatkan pelbagai tips aneka topik gaya hidup, sukan, kecantikan, keluarga, gadjet dan bermacam lagi di www.100comments.com. Alah benda bermanfaat kan elok share together-gather. Sebelum balik mestilah ambil gambar group photo untuk kenangan bersama. Yeah till see you again when i want see you. Hehehehe
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
Wah! bestnya aktiviti memasak ni. Cantik gambar-gambar awak. Sedap tak Laksa spaghetti awak tu?
ReplyDelete