Henry Balik Kampung!

6:23 AM


Assalamualaikum.
Teruja benor BBL nak taip entri ni.
Buat para gadis yang sedang baca entri ini,
korang kenal tak Henry Golding?
Atau korang kenal siapa dalam gambar dibawah?


HENRY GOLDING

Apa yang BBL tahu tentang Henry ialah beliau lahir di Sawarak
& kemudian berpindah ke Surrey, England
tapi satu berita menarik iaitu sebelum Henry berpindah ke England.
Henry pernah tinggal di Tanjong Jara Dungun , Terengganu.
I love Tanjong Jara sebab ia tempat paling menarik di Dungun 
& dekat rumah nenek BBL.

Kalu korang nak tengok wajah tampan pan asia ni,
jangan lupa tonton Without Boundaries 
setiap hari Rabu, 9.30 malam di 8tv.

Apa yang best tentang Without Boundaries ni,
korang akan dibawa ke destinasi terbaik di Malaysia
iaitu Pulau Tioman & Pantai Cherating (Pahang), Pulau perhentian,
Pulau Lang Tengah, Pulau Redang, Pulau Tenggol (Terengganu), 
Pulau Langkawi (Kedah), Pulau Pangkor (Perak )
 & Pulau Rawa ( Johor).
Wow..seronoknya!

Tak sabar nak tengok episode pertama pada
20 Julai 2011 jam 9.30 malam.














BBL ~ dah jumpa kembar Henry kat UiTM...
[U.U]







seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL