Kod QR

9:03 AM


Tentu korang biasa tengok barcode di atas pada produk di pasar raya.
Tapi kenal KOD QR (QR Code)? 

Sebenarnya QR Kod merupakan generasi kedua ini telah popular
di Jepun & Korea Selatan di ikuti Amerika & Eropah
termasuklah kini mula dikenali oleh rakyat Malaysia.


Sejarah Awal

Pada asalnya, Kod QR banyak diguna di kilang kereta. 
Kod ini telah di cipta oleh anak syarikat Toyota iaitu Denso Wave
pada tahun 1994. Wow hampir 12 tahun lalu ia dicipta.

Apa Itu Kod QR?

QR bermaksud 'Quick Response' yang merupakan
kod imbasan generasi ke dua selepas Kod Bar. 
Tampil dengan penyimbulan dua demensi, 
Kod QR boleh menyimpan lebih banyak maklumat secara menegak
& mendatar berbanding Kod Bar yang menyoking maklumat
secara mendatar sahaja.


Kod QR


Bar Kod

Maklumat Yang Di Sokong

Berbeza dengan Kod Bar hanya menyokong 
sedikit maklumat, Kod QR mampu menyokong lebih banyak maklumat
seperti website url, YouTube Video, peta lokasi & banyak lagi.


Hak Cipta

Walaupun hakcipta Kod QR milik Denso Wave, syarikat berasal
dari Jepun ini tidak bercadang untuk mengenakan sebarang bayaran
untuk penggunaan paten Kod QR ini. Sesiapa boleh digunakan
tanpa sebarang sekatan.

Kapasiti Data

Versi simbol Kod QR terdiri dari Versi 1 hingga Versi 40. 
Setiap versi menpunyai konfigurasi berlainan. Konfigurasi modul
merujuk kepada bilangan modul terkandung dalam simbol,
bermula Versi 1 (21x21 modul) hingga Versi 40 (177x177 modul).
Jumlah data disimpan bergantung kepada set aksara, versi 
& tahap pembetulan kesilapan.


Nak Imbas Kod QR?

Untuk mengimbas Kod QR, korang mestilah ada aplikasi pengimbas 
Kod QR di dalam smartfon atau PC. 

Untuk smartphone 

1. Google Goggles 
2. Barcode Scanner



Untuk PC

1. QuickMark

2. QReader

Contoh Penggunaan Kod QR

Jual beli hartanah


Konsert


Contest


Sale


FanPage BBL 
- scan & like!


thanks : ering magazine

BBL ~ scan Kod QR dengan Miss X8
[-__-]







seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat.....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Hi

    Macamne saya boleh hubungi awak mengenai kod qr ni ?

    tq.

    ReplyDelete