#MovieReview Disney Pixar : Inside Out

3:10 AM

Assalamualaikum & hello there,

Well, rasanya BBL orang paling terlambat baru nak tonton Disney Pixar Inside Out selepas seminggu ditayangkan. Dari last week nak tonton citer ni tapi tak sempat sampai ke sudah. Hari ini baru free. Fuh lega boleh tengok Inside Out akhirnya.
Trailer Disney Pixar : Inside Out


Sinopsis Disney Pixar : Inside Out

Movie ini tentang kehidupan seorang anak gadis berusia 11 bernama Riley yang memiliki berbagai emosi yang ada dalam tubuhnya. Dalam minda Riley, terdapat 5 wujud emosi iaitu Joy (gembira), Fear  takut), Anger (marah), Disgust (jijik) & Sadness (sedih).



5 wujud emosi tersebut tinggal di sebuah tempat yang disebut dengan Headquartes (otak) iaitu pada pusat utama fikiran Riley yang membimbingnya dalam kehidupan & kegiatan seharian. Keadaan pun menjadi berubah ketika Riley terpaksa berpindah ke kota San Fransisco bersama ibu & ayahnya. Kemudian terjadi satu kejadian bila Sadness menyentuh core utama memori Riley menyebabkan 4 core utama disebut ke bahagian memory jangka panjang. Nak atau tidak Joy & Sadness terpaksa mencari kembali core tersebut atau bakal kehilangan memori kegembiraan Riley buat selamanya. Misi pencarian sangat hapening & menarik kerana Joy & Sadness belajar erti saling memerlukan selain its fun dapat meneroka tempat menarik dalam otak Riley seperti Dreams Studio & semua memori lampau Riley.



Headquartes pun menjadi kacau saat Riley berusaha beradaptasi dengan kehidupan di kota tersebut. Sementar Joy berusaha & tetap untuk optimis, kelima emosi ini bersatu tentang cara terbaik untuk Riley dalam menghadapi kehidupan kota, rumah, sekolah & persekitaran baru. Akhinya Joy & Sadness berjaya kembali ke Headquaters dengan bantuan Bing Bong. Lega semua dah berakhir dengan happy ending.


Komen BBL

Hampir nak menagis terutama scene Bing Bong membantu Joy melepasi ruang pelupusan memory tapi sebab ada budak kacau kat sebelah, tetiba hilang feel air mata keluar. Movie sangat best walaupun untuk kanak-kanak, orang dewasa terutama ibu ayah pun patut belajar sesuatu dari Inside Out terutama perkembangan memori anak. Dari segi jalan cerita pun sangat simple & smooth. Serius BBL termasuk dalam movie. Oh, agaknya bagaimana karekter Inside Out kepala BBL ni ye. Terasa nak tengok sekali lagi Inside Out Rabu ni. 




Jangan lupa tonton The Transporter Refueled 3 September ini di IMAX 
& semua panggung wayang utama lain. 
[ Movie review The Transporter - SINI ]

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. x tengok lagi, tapi ada kawan cakap best, sampai dengar dalam panggung wayang budak perempuan bunyi nangis teresak2.. hehehe

    ReplyDelete