CDM Maybank Kini Terima Duit RM1 & RM5 Tau

7:38 PM

Assalamualaikum & hello there,

BBL ada berita baik untuk korang semua terutama awak..awak..awak..anda yang suka shopping online tapi tak ada akaun Maybank2u atau nak bayar hutang member zaman universiti dulu kerana

CDM Maybank kini terima duit RM1 dan RM5 untuk cash deposit!


Sebelum ini mesti pernah alami masalah beli barang online harga beg RM76 la, bedak RM28 la, tudung bawal 3 helai RM19 la - jenis jumlah total tak pernah genap. Lepas tu mesti bank in lebih dari nilai sepatutnya & minta penjual masukkan baki dalam kotak shipping kan.

Kini tidak lagi dengan Cash Deposit Machine (CDM) Maybank terbaru kerana CDM Maybank bersedia menerima RM1 dan RM5 anda untuk sebarang tranksaksi deposit atau bayaran bil. Itu pun baru perasan petang semalam waktu nak deposit duit nak bayar payment beli barang Lazada sempena Online Revolution - KLIK SINI kalu nak shopping murah dalam Lazada Malaysia.

BBL tak pasti sama ada CDM terbaru ini boleh terima duit kertas RM1 dan RM5 atau pun duit jenis polimer (plastik). Itu anda sendiri kena cuba deposit duit dalam akaun. 


Oh jangan lupa pastikan duit untuk deposit ke CDM tidak berkedut bagai macam duit berlipat-lipat. Tak pasal kena reject nanti. Tahun depan boleh terus deposit duit raya anak-anak yang seringit tu, tak payah susah kena tukar ke amount RM10 atau RM50 lagi lepas ini. Senang kan.

So, selamat mendepositkan duit seringit ya!

BBL ~ lagi senang nak deposit duit
(╯°□°)╯

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

21 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah..tq sharing..kat mane jer ade..kena usha nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa sekarang certain CDM dulu..tak silap semua Maybank Bank dah ada

      Delete
  2. yes betul..hari tue ada perasan jugak.. bagus kan macam nie.. harap2 semua cdm dari bank lain pun ada mcmni jugak..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu.. senang nak deposit duit kecik kan

      Delete
  3. tak pernah nampak lagi mesin nih.. mungkin baru lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pergi bank Maybank cari mesin CDM ni ye

      Delete
  4. wah mesin arnab ini bukan sahaja comel tapi faham orang suka masukkan duit kecik sebab senang tak perlu pecahkan duit :-)

    ReplyDelete
  5. saya rasa macam nak bawak balik je mesin yang comel tu :-)

    ReplyDelete
  6. Berita gembira untuk pembeli dan penjual..
    Kalau pembeli boleh beli brg tnpa byr lebih.
    Kalau penjual xpyh susah2 letak duit lebih dlm tracking.ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tapi buat masa ini hanya di Maybank je. Harap2 bank lain pun ada jugak CDM baru ni

      Delete
  7. wah dh terima like it used to before yay

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kan.. lega sikit nak deposit duit RM1

      Delete
  8. waaaaa...
    ni bagus
    tapayah seller bg balance dlm parcel dh lepas ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay nasib baik Maybank memang faham kehendak kita

      Delete
  9. mudah sikit nak bank in genap duit igshop tu nak hehe & thankyou for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ini tak payah pening kepala fikir pasal baki

      Delete
  10. Mudah sikit la lepas nie.. nice sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangat mudah nak bayar apa2 bil atau transfer duit lepas ni

      Delete
  11. Bagus sangat... mudah kerja bila nak transfer duit kecil. TQ for sharing :D

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL