Nikmati Spotify Premium Cuma RM2 Je

5:43 AM

Assalamualaikum & hello there,

Rasanya ramai antara korang ada apps Spotify dalam telefon atau lappy kan. Tak payah dah search lagu dalam telefon, buka Music & baru boleh dengar lagu. Dengan Spotify terus buka applikasi boleh sambung dengar lagu. Bila di rumah atau dalam bilik biasanya akan buka Spotify sambil update blog atau buat kerja.


Belum ada Spotify? Usah risau kerana belum terlambat lagi untuk anda download.


Salah satu sebab kenapa BBL suka dengar lagu di Spotify kerana pilihan lagu sangat banyak. Tak kisahlah sama ada lagu tu tengah hit dalam radio atau mungkin lag utu era kita masih zaman sekolah. Kekadang bila search lagu dalam Youtube, tak kuasa nak dengar lagu baru kan.

Selain tu Spotify ada keistimewaan paling luar biasa. Tau sebab apa? Mestilah Mood Playlist. Tak kisahlah mood rindu ke, mood relax ke, mood workout ke, semua tersedia dengan lagunya. Paling favourite semestinya mood sleep. Sebelum tidur atau tengah terbaring atas katil lebih seronok dapat melayan perasaan atau nak dengan bunyi-bunyi yang tenang seperti bunyi ditepi laut hingga anda terlelap.


Itu semua tak jadi masalah jika anda berada dalam kawasan liputan wifi. Tau sendiri buffering lagu Spotify pun ‘makan’ banyak kuota data. Silap hari bulan cepat je kuota  habis.
Jika anda pengemar setia Spotify atau ingin dengar Spotify di mana jua tanpa internet, jom upgrade ke Spotify Premium Cuma RM2 je. Betul ni, bukan RM20 tau tapi hanya RM2 selama tiga bulan. download lagu kesukaan anda & dengar secara offline tanpa menggunakan internet pun.


Kelebihan lain dengan Spotify Premium ialah
  • Play apa jua lagu kesukaan anda tanpa batasan
  • Download lagu & dengar secara offline tanpa internet
  • Tiada iklan lagi menganggu mood anda
  • Kualiti bunyi sedap & mengegarkan
  • Cara bayaran Spotify Premium

Anda boleh bayar melalui kad kredit, MOL point, atau jika anda pengguna pascabayar Digi bayaran RM2 akan dikreditkan ke bil bulanan anda. Promo ini sah untuk pengguna yang upgrade Spotify Premium buat pertama kali je & anda boleh cancel bila-bila masa je.

upgrade Spotify Premium di SINI - https://www.spotify.com/my-en/premium


Bila dah upgrade, login melalui username anda untuk app atau desktop. Nikmatilah kepuasan Spotify di mana jua.

*Promo ini sah hingga 30 April 2016

BBL ~ Spotify kan je
 ¯\_(ツ)_/¯

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici