Bermalam Di Aloha Hotel Pontian Johor

3:04 AM


Ini kali pertama BBL ke daerah Pontian Johor. Sebelum ini hanya menjejak kaki di Johor Bharu saja. Sampai tempat orang perkara pertama dicari mestilah hotel, habis tak kan nak tidur dalam kereta je kan. Pusing kawasan bandar baru Pontian jumpa Aloha Hotel - sebuah hotel baru beroperasi.

hey hey!
Lokasi strategik

Terletak di tengah bandar Pontian Kecil, Aloha Hotel menawarkan bilik penginapan dengan kemudahan asas termasuk air condition dah semestinya sambungan internet wifi percuma. Dari sini ke lapangan terbang Senai cuma 36km dan 35 dari Taman Negara Pulau Kukup. Malah stesen bas, bank, pasaraya dan kedai makan juga berdekatan. Jalan kaki 5 minit je.



Tambak laut berhadapan Aloha Hotel merupakan tarikan penduduk sekitar berkumpul pada sebelah petang sambil menikmati panorama indah matahari terbenam. Anda juga boleh berjalan sekitar laluan pejalan kaki melihat kapal dagang atau berehat mengambil angin petang dibawah pohon rhu rimbun.

Tonton BBL bawa korang roomtour bilik di Aloha Hotel. Pengunaan warna bilik yang terang menaikkan seri setiap bilik. Tambah lagi dapat baring atas katil tu.


Jenis bilik & harga Aloha Hotel

Standard Room - RM 94 (weekday) / RM 103 (weekend)

Deluxe Twin RoomRM 125 (weekday) / RM 135 (weekend)

Deluxe Queen RoomRM 125 (weekday) / RM 135 (weekend)

Family JuniorRM 188 (weekday) / RM 199 (weekend)

Superior DeluxeRM 199 (weekday) / RM 199 (weekend)

Deluxe with ViewRM 146 (weekday) / RM 156 (weekend)

Family SuiteRM 294 (weekday) / RM 315 (weekend)

Superior King SuiteRM 252 (weekday) / RM 252 (weekend)

Setiap bilik lengkap LCD TV, air conditioning, hot & cold shower, hair dryer, wifi internet serta sarapan untuk dua orang. Staff hotel pun ramah dan tak lokek berkongsi tempat menarik area sini. Sempat juga BBL pekena jus nenas segar. Well trademark datang negeri Johor tak rasai manisnya buah nenas. Jika anda berada sekitar Pontian Kecil jangan lupa jadikan Aloha Hotel sebagai tempat anda bermalam. 


Hotel Aloha selalu buat promo, follow je

Aloha Hotel Pontian Johor
11, Jalan Delima 13,
Pusat Perdagangan Pontian
82000 Pontian, Johor

No Telefon
07-6868866 / 07-6861818
email : alohahotel.info@gmail.com

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL