Jamu Selera Sajian Tradisi Melayu Di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan Johor
5:49 AM
Waktu tengahari ni kadang-kadang boleh binggung nak makan apa dan di mana kan. Tambah lagi bila sampai ibu negeri Johor yang kaya dengan pelbagai jenis masakan. #TravelogueMalaysia memang tak boleh berpisah dengan menu sajian tradisi. Kali ini BBL nak perkenakan satu lagi lokasi menarik untuk anda menikmati menu asli masakan melayu.
Dapor Warisan kat Laman Seni Warisan Johor
Landmark depan stadium latihan JDT memang senang orang ramai nak jumpa lokasi restoren ni. Bagi penduduk Johor Bharu nama Dapor Warisan sinonim dengan menu tradisi melayu. Malah chef disini berusaha mempelajari dan mencari sajian yang sudah hilang ditelan arus pemodenan masyarakat.
Tengahari tu kami berpeluang merasai sendiri air tangan chef Dapor Warisan seperti masakan laut belangkas, siut sedut, udang masak merah, asam pedas, singgang, daging salai masak lemak cili padi. Ini cuma suku sahaja menu ditawarkan, untuk list penuh anda boleh rujuk Facebook Dapor Warisan atau datang makan di sini.

belangkas masak asam pedas
kari kepala ikan
ikan singgang halia
udang masak merah
Siakap daun kaduk
Daging Salai lemak cili padi
Asam Pedas ikan merah
pari bakar
wah ulaman bersama telur masin memang mengiurkan
Jika kena masanya, sambil makan anda akan dihiburkan dengan persembahan tarian, angklung, busking dan pelbagai lagi hasil kerjasama dengan #TourismJohor, #YayasanWarisanJohor dan #MITA di Laman Seni Warisan Johor ini.
LAMAN WARISAN ini diwujudkan dengan tujuan untuk memelihara warisan sejarah, seni dan budaya negeri Johor dengan adanya kesedaran kerajaan, penggerak seni dan orang ramai yang mahu melihat khazanah Melayu tidak pupus dan terhakis dalam arus pembangunan.
Penerbitan LAMAN WARISAN ini dapat memberi pendedahan kepada umum tentang apa jua bentuk warisan seperti sejarah, kebudayaan, seni visual dan budaya Melayu di negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya agar semua golongan masyarakat mampu memahami dan menilai erti WARISAN BUDAYA BANGSA.
Bersesuaian dengan motto "Memelihara Warisan Budaya", Yayasan Warisan Johor telah diberi tanggungjawab bukan sahaja untuk memelihara, bahkan menentukan kelangsungan warisan budaya bangsa dapat diangkat hingga keperingkat global.
Dapor Warisan, selain dari menerima pelanggan walk in, kami juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti pertunangan, perkahwinan, ulang tahun, persaraan, perjumpaan alumni dan pelbagai lagi.
Sebarang tempahan boleh hubungi
Restoran Dapor Warisan
Alamat : Kompleks Yayasan Warisan Johor
Lot 888, Lorong Sungai Chat, 80100 Johor BharuNo Telefon : 016 772 6146 / 013 705 7301 Email : dapoerwarisan@gmail.com Waktu Operasi : 12 tengahari - 11 malam Facebook : Facebook.com/daporwarisan/

0 Budak Suka Minum Bandung Laici