Seronok Bercuti Di Sand & Sandals Resort & Spa Desaru Johor
1:01 AM
Tak sangka pantai negeri Johor
cantik sekali, tambah lagi kawasan Desaru. Kali ini BBL bercuti di Sand &
Sandal Resort & Spa Desaru yang masih baru beroperasi tidak sampai dua tahun.
Resort menawarkan suasana damai berpaksi panorama pantai Laut China Selatan serta
dikelilingi hutan tropika. Terasa menjejak kaki ke syurga dunia saat melangkah
masuk ke kawasan resort dengan persekitaran cukup indah. Terutama saat matahari
terbit di ufuk langit.
Lokasi Sand & Sandals
Resort & Spa Desaru terletak di tengah daerah Desaru dan uniknya ia
mempunyai pantai pasir putih sepanjang 22km. Tambah lagi seluas mata memandang
dari bakoloni bilik. Boleh nampak kapal dagang berlayar ditengah laut. Wallah
memang sesuai untuk korang nak berbulan madu atau berehat bersama family.
Bilik Berkonsep Urban Tropika
Bercakap pasal bilik hotel,
Sand & Sandals Resort & Spa Desaru menawarkan 208 bilik dan suite yang
baru diubahsuai Malah setiap suite serta bilik mendapat sentuhan moden untuk
memberi ketenangan sepanjang anda berada di sini. Even BBL sendiri tak boleh
move on dekorasi suite. Rasa nak stay dalam bilik je.
Ada sembilan jenis bilik
penginapan yang cukup sesuai bagi setiap tetamu seperti
-
Superior Room
-
Superior Room with Private Garden
-
Deluxe Room
-
Deluxe Room with Private Garden
-
Couple Deluxe Room
-
Couple Deluxe Room with Private Garden
-
Couple Deluxe Room with Private Pool
-
Couple Suite (Dua tingkat)
-
Family Suite (Dua tingkat)
Untuk anda datang dengan anak kecil, sesuai sangat pilih Family Suite sebabnya dua tingkat untuk ibu ayah bahagian atas dan anak-anak di tingkat bawah. Malah bilik mandi juga berasingan demi keselesaan anda. Wallaper ceria tingkat bawah memberi mood pirate of sea.
- Family Suite -
BBL stay di Premium Deluxe Room with Private Garden lengkap bathtub luar dan ada buaian lagi. Dari bilik boleh terus ke swimming pool melalui garden tu. Well kalu korang nak tahu, Sand and Sandals Resort & Beach ni telah menerima anugerah World Luxuy Resort 2017 pada Disember lepas. Ha bukan calang-calang resort berjaya dapat pencapaian ni.
Berhibur Sambil Berehat
Berhibur Sambil Berehat
Pihak hotel juga menyediakan
kemudahan aktivti untuk korang cuba. Antaranya
-
Berenang dalam Tropical Pool
-
Kolam kanak-kanak dengan peluncur
-
Gym ditengah-tengah Tropical Pool
-
Jacuzzi (sebumbung dengan The Sunken Bar)
-
Game Room – ini memang best giler
-
Kids playroom
-
Sea sport centre menawarkan kanu, jet ski,
banana boat dan viper
-
Outdoor adventures seperti merentas denai dengan
ATV, paintball (target shooting)
- Manjakan diri di Sense Spa (indoor atau outdoor
spa) – BBL sempat try massage kaki sambil dengar bunyi ombak untuk outdoor spa.
High recomanded!
Tropical pool & tengah tu ada gym
Nah BBL kongsi sikit bestnya
dapat massage kaki di Senses Spa. Tambah lagi urut kaki kat outdoor spa mengadap
laut. Sambil baring tu dengar alunan ombak laut, tahu-tahu dah cukup 60 minit.
Hilang lenguh badan jelajah selatan Johor bersama Borakkkita.com. Actually spa
ni berkonsep urutan tradisional Bali, Indonesia. Pintu masuk utama spa pun
dibawa khas dari sana dan usia pintu ni lebih 150 tahun. Cantik ukiran tangan
masyarakat Bali ni, jangan lupa snap gambar sebelum pergi massage ye.
Sebelah petang tu, BBL cuba aktivti target shooting pintball & ATV. Baru plan nak bersuka ria naik banana boat tapi keadaan laut bergelora. So tak berapa elok nanti terpelanting time riding. Hahaha
Jamu Selera Tujuh Jenis Restoren
Dah puas seronok main game,
massage badan atau berenang dalam kolam. Apa kata isi perut anda dengan tujuh
pilihan sajian makanan termasuk chines, japanes, western, tempatan atau Thai.
Nak senang BBL list menu signature mungkin boleh korang cuba setiap restoren.
Restoren /Café
|
Cuisine
|
Signatures
|
Fortune Kitchen
|
Chinese
|
Dim Sum & Herbal Soup dihidang dalam Teapot
|
Shiokaze Teppan
|
Japanese
|
Bento
|
Spices & Herbs
|
Pelbagai
(Western, Malay, Indian)
|
Crispy Chicken Chop & Thali
|
The Café
|
Café
|
Cake & Coffee
|
Beach Hut Bistro
|
Western Delight
|
Gaint Pizza
|
Snuk Thai Street BBQ
|
Sajian Thai
|
Thai Combo Set
|
BBL nak #cadangmakan di Snuk Thai Street BBQ. Thai food lovers confirm suka restoren ni yang terletak sebelah bangunan utama resort.
Jadi hujung minggu ni boleh
dah planning weekend gateway ke Sand & Sandals Resort & Spa Desaru
Johor bersama anak-anak atau rakan anda.
Alamat : Sand & Sandals
Resort & Spa Desaru Johor
Lot 2263, jalan
desaru, 81930 bandar
penawar, johor
No telefon :
07-822 2222 / 07-822 2223
Website : www.sandandsandals.com
Facebook : sandandsandals
Instagram : @sandandsandals
4 Budak Suka Minum Bandung Laici
seronoknyaaa dapat stay sana. ni x cukup sehari ni kalo betul2 nak enjoy resort ni.. kena pecahkan tabung ayam hehe..
ReplyDeleteSelesanya bilik. Nak cuba duduk la kat sini.
ReplyDeleteaik dekat dah dgn rumah ni tapi pernah plak taw pasal hotel ni.. hahahhaha
ReplyDeletePcutiam mewah ni
ReplyDelete