4 Sebab Kenapa Dewan Magica @ Star Avenue Subang Lokasi Idaman Bakal Pengantin

6:53 AM


Hai bakal raja sehari,

Sebut nama Magica Event & Functions Hall kat Star Avenue Subang mesti orang kata itu tempat impian nak buat majlis perkahwinan. No wonder la ramai bakal pasangan pengantin baru sangat terpesona dengan tawaran & dekorasai gah dewan di Magica Event & Functions Hall. Hari ni BBL first time masuk sini untuk silau-silau pakej kahwin sempena Rumah Terbuka MAGICA. 

1. Tiga dewan magis penuh persona
MAGICA mempunyai 3 tiga utama - Magical Hall, Classic Hall & Garden Hall. Kalu gabung semua dewan ni boleh muat 7,000 tetamu tau. Boleh la ajak satu kampung datang majlis kahwin nanti. Gituh..

First : Magical Hall
Wah ini paling ekstravanganza dengan dekorasi penuh lampu candelier kelompak-kelompak bunga. Dari pentas utama pelamin boleh rasa terpukau suasana magical. Siap ada jambatan laluan kaca sepanjang 22 meter kat tengah-tengah dewan menuju ke jinjang pelamin. Pastinya sistem lighting paling canggih yang meliuk-liuk mengikut alunan muzik. Serius romantik habis la orang kata. Boleh memuatkan 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja. 

 - pentas pelamin pengantin -


Second : Classic Hall
Dewan ni cukup besar (12,000 kaki persegi) memang cukup lengkap bersama pentas ready made, pintu masuk berkaca & sistem cahaya yang confirm membawa suasana majlis ke tahap lebih berprestij. Kapasiti tetamu sama macam Magical Hall

Third : Garden Hall
Ni istimewa untuk mereka yang mahu majlis keraian lebih kecil. Off course tarikan utama dewan ini semestinya juntaian daun-daun dari sebatang pokok persis dalam taman sebenar. Siap ada bunyi kicauan burung lagi tau. Sesuai bagi pengantin impikan tema simple garden. 


2. Lengkap satu bumbung
Dewan majlis dah ada, kenapa perlu susah payah cari katering, wedding planner, busana pengantin, kek pengantin, photographer, videographer, kad jemputan, door gift tetamu & lain-lain kalu MAGICA ada rakan niaga rasmi untuk memudahkan check list anda. 


Official Caterers:
🌟 Felda D'Saji
🌟 Teaffani Catering
🌟 Segi Seri Group
🌟 ZAI Sri Gemilang
🌟 Kencara Catering
🌟 Rose Catering


Official Wedding Planner
🌟 Sanggul Event
🌟 SASES (Saiful & Syukri Event Stylist)
🌟 NR Wedding and Event
🌟 Great Creation


Official Wedding Services 
🌟 Kad Kahwin Mu
🌟 Atelier Porto
🌟 Miezipro
🌟 KLWGF (KL Wedding Gift & Favour)
🌟 Pretty Dolls


Tak cukup itu, tersedia vendor bagi memeriahkan suasan majlis termasuk photobooth, aiskrim, candy & bermacam lagi. Lagi meriah lagi banyak kenangan manis boleh tercipta. 

Masa Rumah Terbuka MAGICA semua vendor buat promosi kaw-kaw siap ada potongan hingga RM 1,000 tau. Untung tetamy yang datang dapat diskaun murah untuk hari berbahagia nanti. Bukan senang nak dapat peluang ni. Boleh jimat 50-60% dari harga sebenar. 

3. Lokasi ideal di U5 Subang
MAGICA ni terletak di level 4, pusat beli belah Star Avenue. Dewan acara terbaharu & terbesar dalam kawasan kejiranan Subang. Kalu dari jalan besar arah Subang Airport memang boleh nampak dari jauh. Lepas habis majlis boleh shopping kat kedai dalam mall tu. Malah parking kereta untuk tetamu pun banyak. Senang, selamat & mudah orang nak datang majlis kahwin


Mudah diakses dengan jalan utama merentasi dari Sg Buloh ke pusat bandar Subang Jaya, berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta berdekatan stesen MRT Kwasa Sentral. Malah dekat je Guthrie Corridor Express highway (GCE) & Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

4. Harga cukup berbaloi buat sang raja sehari
Kalu ada bajet lebih apa salahnya buat majlis perkahwinan di dewan ekslusif MAGICA kan. Pakej pihak Magica at Subang tawarkan bermula dari RM 7,000 (HARGA BIASA RM 10, 000) khas untuk pengantin yang bakal mengadakan majlis hari bahagia mereka di sini. 


MAGICA at Subang bukan setakat boleh buat wedding je malah apa jua acara macam fashion show, rumah terbuka aidil fitri, majlis makan malam koprat, majlis pelancaran produk/services, seminar, pameran mahupun ada jua program yang memerlukan dewan untuk kapasiti hadirin yang ramai. 


Pengalaman Lebih 50 Tahun Dalam Industri Wedding Planning
Oh ya sikit perihal Magica Event Sdn Bhd. Syarikat ni based di utara tanah air merupakan pusat sehenti perkahwinan Melayu & Cina sejak tahun 1965. Wow kiranya memang senior la bab wedding planner. Bayangkan betapa banyak pengalaman Magica ada dalam handle majlis keraian untuk rakyat Malaysia lebih 54 tahun dan terus gah dikenali oleh pelanggan. Salute betul BBL dengan team Magica ni. 
Apa tunggu lagi, segera hubungi team MAGICA untuk lock tarikh majlis anda sebelum terlambat. 

MAGICA @ Star Avenue Lifestyle Mall
Level 4, No 3, Jalan Zuhal U5/179, Pusat Komersial Arena Bintang, 
Seksyen U5, 40150 Shah Alam Selangor
No telefon : 012-678 7795
Email : wedding.magica@gmail.com
Facebook - Magica at Subang | Instagram - Magicaatsubang

You Might Also Like

19 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. woww seriously mmg magical betul nampak bila tgk semua gambar2 yg ada dlm dewan tu! seronok tgk susun atur, colour dan suasana dlm tu, mmg cantik dan da bomb lah org kata kan hehe. untungla bakal pengantin skrg ni kan mcm2 pilihan yg mudah lg cantik dh ada, tinggal nk sediakan duit dan pilih je. confirm rambang mata nii hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya dewan tu.. rasa macam nak bersanding lagi sekali la pulak.. haha.. memang macam dalam alam fantasi je ni..

    ReplyDelete
  3. Ni macam celebriti nak kahwin. Memang cantik deco diapa. Bajet pun murah jgk. Berbaloi!

    ReplyDelete
  4. cantik dewan2nya. kalau cantik mcm tu, mmg tak kisah dah hrga berapa haha. bolehlah untuk sesiapa berangan nak kahwin mcm artis, harga pun berpatutan sbb semuanya cantik. teringin pulak nak kahwin walaupun tkda calon lagi. haha :)

    ReplyDelete
  5. Memang cantik dewan ni, deco pun betul-betul cantik. Senang buat majlis di dewan macam ni. sebab wedding planner pun dah biasa di area tu.

    ReplyDelete
  6. Semua dewan kahwin tu cantik. Paling suka Magical Hall la. Memang berangan la kalau sis dapat pelamin cam tu. Nampak sangat eksklusif dan kompeni pun dah establish lama. Alah membayar, kena lah dgn persiapan nya sumua.

    ReplyDelete
  7. Nasib baik fasa perkahwinan tu akak dah lepas lama. Kalau masih single memang dewan ni jadi pilihan. Tengok hiasan dan dewan jadi kagum. Boleh jadi sagu majkis perkahwinan yang meriah dan mewah tau. Ala ala anak raha gitu.

    ReplyDelete
  8. Wow baguslah BBL ni lengkap info beliau untung kalau dapa dapat suami mcam ni boleh plan untuk buat majlis kat sini kan ehhh hehehee.. Tapi memang best dewan ni besar giler dan sangat luas yer...

    ReplyDelete
  9. Wow cantik sangat decoration magica ni! Siapa yang suka floral dreamy theme macam ni boleh la berjimat banyak sebab harga offer memang murah lepas diskaun 70%! Berbaloi sangat

    ReplyDelete
  10. Cantiknya dekorasi diaaa. Dah macam taman dah dia buat dewan tu. Sesuailah untuk yang nak buat majlis mewah tapi harga berbaloi. Kat Terengganu takde cawangan ke?

    ReplyDelete
  11. This is a great venue for those who are looking for weddings, I'll recommend this to my friends who are getting hitch.

    ReplyDelete
  12. Kalau dewan ni.mmg sedia ada mcm ni mmg cantik sgt.. mmg macam fairy tales. Pengantin mesti gembira dan aura pengantin terserlah.. klau mcm ni kak liez mcm nak buat kenduri kahwin lagi sekali.. serius cantik

    ReplyDelete
  13. The hall decor is so magneficent!! Super dreamy and princess feel everywhere, I would love to have my dream wedding here.

    ReplyDelete
  14. Damn all those deco are simply magical! It looks like it would be insanely pricey but I saw a price that you mentioned rm7000.. That's an amazing deal!

    ReplyDelete
  15. Wow just wow this is definitely the de facto place for those who wanna have an unforgettable wedding that they will remember for several lifetimes to come. :D

    ReplyDelete
  16. Marou nanti kena la cari gadis sini2 kalau nak buat majlis kat dewan ni, hihi. Senang sikit kitorang nak attend wedding marou nanti.

    ReplyDelete
  17. ya Allah.. cantiknya.. bagai di syurga hiasannya.. kagum sy.. amat menarik

    ReplyDelete
  18. 10k sahaja for 100pax diskaun 30%
    Limited time 7k for 100pax

    ReplyDelete
  19. Cantik..tapi serabut. Byk sgt hiasan. vase yang ada bulu2 ayam tu lindung pandangan nak tgk pengantin pun susah.

    ReplyDelete