Lapar? Meh Singgah Makan Kat The 3rd Place Cafe Kota Damansara
8:18 AM
Assalamualaikum semua,
Lapar ke tu? Ha BBL baru je balik makan kat The 3rd Place Cafe di Kota Damansara. Kenyang dan puas hati dapat isi perut dengan makanan sedap. Harga pun berbaloi sebab portion besar untuk sorang makan. Hehehe orang Damansara, Bandar Utama pernah datang sini tak?
Sebenarnya saya pun first time datang sini, Saja nak explore tempat makan baru. Alah tempat makan best, sedap & murah apa salah kita share kan. The 3rd Place ni sangat famous dengan menu breakfast, western & coffee tau. Ada banyak pilihan sajian boleh makan dari pagi hingga malam. Mostly penduduk atau orang yang bekerja sekitar cafe ni datang untuk makan & enjoy coffee. Lagi pun sini agak nice untuk lepak, mingle dengan kawan lepas waktu kerja.
Menu Western & Tempatan Popular
Dari sajian sarapan pagi, lunch & dinner semua ada & disediakan fresh oleh chef. Kicthen pun jenis open view so boleh nampak chef tengah prepare order tu.
Breakfast
Scrambled Egg Croissant RM 14
The Big English Breakfast RM 20
Rosti Potato Pancake RM 14
Pasta
Seafood Aglio Olio RM 24
Pasta Alla Carbonara RM 22
Salted Egg Yolk Soft Shell Crab Pasta RM 35
Western
French Confit Chicken RM 22
Pan Seared Norwegian Salmon with Mango Salsa RM 28
Pan Seared Seabass with Sweet Potato Puree RM 25
Asian Delight
Signature Nasi Lemak with Rendang Chicken RM 16
Nasi Goreng Kampung RM 17
Char Kuey Teow RM 14
Burgers & Sandwiches
Grilled Beef Burger RM 22
Signature Club Deckers RM 14
Grilled Chicken Burger RM 22
Salad & Soups
Asian Pomelo Salad RM 14
Sweet Corn Salad RM 14
Mushroom Cappuccino RM 9
Seafood Showder RM 12
Desert
Banana Fritters with Vanilla Ice Cream RM 12 & Creme Brulee RM 12
Minuman
Off course coffee dari Espresso, Macchiato, Piccolo Latte, Long Black, Americano & banyak lagi menggunakan biji kopi dari Brazil. Semestinya barista sini sangat hebat dalam art coffe. So cute!
Lemonade RM 9
Oh ya, The 3rd Place cafe pun lokasi ideal kalu nak buat majlis hari jadi, part anniversary, mini workshop atau sebarang keraian sebab boleh muat hingga 100 lebih pax dalam satu masa. Malah parking pun free & banyak dalam kawasan bangunan Signature Kitchen.
Tu kalu terasa lapar boleh la singgah isi perut kat sini. Memang puas hati sangat. Okay next time BBL kena repeat lagi datang sini try menu lain sebab setiap 2 bulan ada je menu baru untuk customer try. Mestilah sedap kan!
The 3rd Place Cafe
(Signature Kitchen Building) Lot 24, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara, PJU 5 Petaling Jaya, Selangor
No telefon : 03-6286 7033
Facebook : Facebook.com/the3rdplace.my | Instagram : Instagram.com/the3rdplace.my
20 Budak Suka Minum Bandung Laici
Would love to dine in this place. Everything looks so presentable and yummy. 😁👍 the ambiance looks really cosy and inviting as well.
ReplyDeletemenu nampak unik la BBL.. nasi lemak piramid dan mushroom cappuccino? wow.. pelik tu.. hehe.. ok jugak kalau sekali sekala tukar selera makan kat tempat macam ni..
ReplyDeleteBoleh cuba ni, office suami dekat je dekat sini, so boleh bodek dia bawak I sekali. Bosan tunggu dia dekat office I boleh makan-makan. Nampak sedap sangat especially breakfast set dia, enviroment dia pun nampak santai je.
ReplyDeletetengok daripada gambar je dah terliur! mmg nampak sedap. in shaa Allah kalau berkelapangan nak ke kawasan tu bolehlah saya singgah kt sini :) terima kasih share ya :)
ReplyDeleteFirsy time dengar nama cafe ni. Cantik gila cara dia hias makanan terus nampak makanannya menyelerakan. Nanti nak try makan sini la
ReplyDeletepicture wise memang rasa nak datang je, tapi jauh. hehe. nowadays makin banyak restoren western yang serve good and kualiti food with affordable price.
ReplyDeletememang tak dinafikan 3rd place cafe nie menyajikan makanan yg super sedap dan lazat. cuma lokasinya agak sedikit tersorok. nasib baik dh tahu lokasi makan nie, next time boleh singgah lagi.
ReplyDeletealamak...meltingnya tengok menu2 ni semua...dah lah tengah lpar ni hihi..gambar2 tu cantik sangat..
ReplyDeleteSemua nampak sedap tau. First time dengar nama cafe ni. Nanti bolehlah singgah datang makan kat sini. Memang terliur tengok makanan tu semua
ReplyDeleteAlahai BBL ni.. Saja tau nak goda goda dengan makanan yang sedap dan menarik tu. Pelbagai menu dorang sediakan ye. Banyak pilihan. Harga pun okay la. Sesekali tukar selera kan..
ReplyDeleteOk. Confirm gambar nie semua buat I lapar.
ReplyDeleteNasib jap lagi nak pergi a few 'open offices' maka boleh la tutup sedikit rasa teringin nak makan your dishes yang mengugat jiwa tu.
Tak pernah makan sini lagi.. tapi alahai.. tengok pada menu2 kat dalam gambar sedap sedap belaka tu.. adeh.. terliur TB tengok tauu..
ReplyDeletekereen kak artikelnya, mampir2 ke blog saya juga yaa
ReplyDeleteSis rambang mata scroll sampai bawah menu dia ya amat menyelerakan. Kalau pegi sekali ni tak sempat nak rasa semua. Kena repeat banyak kali.hehe.
ReplyDeleteOooo.. Got new place to try out with boyfie.. Thank you for this suggestion.. Seriously all the food looks good. Hopefully the taste will be even better when we dine in.
ReplyDeleteTengok gambar pon dah lapar..berkeroncong perut..memang menarik dan semestinya sedap2 belaka..
ReplyDeleteWow! The food looks so great and delicious! Will drop by to try out ya! Thanks for informing! :)
ReplyDeleteDekat jer kat umah nti klu rajin blhlah jenguk2 tgk mana menu yg berkenan
ReplyDeleteHaa tengah tak lapar terus rasa lapar bila baca entri ni 😌😌😌
ReplyDeleteMijablur - Malaysian Lifestyle Blogger
Saya suka artikelnya, thanks for sharing & sukses terus..
ReplyDeleteKunjungi juga http://bit.ly/2Zrh5Gi