Tahniah Dato' Sri Mahadi BZ Rangkul Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

8:00 AM


Assalamulaikum semua,

Sekalung tahniah BBL ucapkan kepada Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman atau lebih popular - Dato' Sri Mahadi BZ atas Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 sempena Pameran & Persidangan Muslim World Biz. Bukan calang-calang individu yang boleh rangkul anugerah berprestij ni. Tabik spring buat Dato' Sri..

Anugerah oleh OIC Today | Business & Investment Magazine

Tadi sempat la saya bergambar dengan beliau. Boleh tahan fashionable & ranggi. Memang menonjol & lain dari kebiasaan pakar kewangan. Mungkin signature Dato' Sri begini mudah & cepat untuk masyarakat kenal. Smart kan style Dato..


Muslim World Biz edisi ke 9 anjuran Organisation of Islam Cooperation (OIC) sedang hangat berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre. Pameran dari 4 - 6 September ni membawa deligasi lebih 100 peserta dari 57 buah negara anggota OIC. Tadi BBL sempat pusing exhibition hall, ada banyak booth pameran bermacam industri seperti makanan, pelancongan, perkhidmatan, pakaian, kecantikan dan beberapa lagi. 


Dato' Sri Mahadi BZ ni founder Financial Genius Group (FGG). Cukup famous sebagai role model dalam memberi motavasi terutama dalam kalangan mereka yang mahu berubah hidup ke arah keusahawan. Selain turut arif & antara peneraju industri kewangan. Hebat bukan..

Oh ya, cakap pasal Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 ni, BBL di fahamkan cuma ada 6 individu sahaja dipilih oleh anggota jemaah OIC untuk mendapat pengiktifan sebagai penerima trofi Anugera The Jewels of Muslim World 2019. Ha bukan calang-calang orang tau. Kiranya Dato' Sri Mahadi BZ satu-satunya wakil Malaysia yang dapat award ni. Fuh bangga kejap dengan pencapaian beliau. Bukan senang tau nak dapat.

sijil perakuan atas anugerah diterima oleh Dato' Sri

Petang tadi Dato' Sri Mahadi BZ  telah dijemput memberi sedikit perkongsian tentang tajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" kepada pengunjung & para peserta pameran. Dalam sesi satu jam ni, Dato' Sri turut berkongsi beberapa tips penting & rahsia untuk membentuk bakal pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing & mampu mengharungi cabaran globalisasi sekarang. Maklumlah industri dunia sangat cepat berubah & seorang tu mesti peka dengan strategi bijak. Even BBL dengar sekejap pun rasa cukup bermotivasi untuk explorace perkara baru. 

Sempena pameran Muslim World Biz 2019, Financial Genius Group kelolaan Dato' Sri Mahadi BZ pun turut bersama membuka booth untuk exposer syarikat miliknya. Off course acara world class ni boleh membantu FGG melebarkan sayap serta menambah pengaruh dalam kalangan negara-negara Islam yang terlibat sebagai organisasi perancang kewangan. 

buku motavasi hasil nukilan sendiri Dato' Sri Mahadi BZ

Kalu anda berminat nak tahu lebih detail tentang Financial Genius Group boleh je buka website FGG atau follow Facebook Dato' Sri Mahadi BZ & official Financial Genius Group

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici