Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang

7:14 AM


Assalamualaikum & hi kawan-kawan..

Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli - Restoran Sisik Ikan Bakar, betul-betul depan Plaza GM Klang Bandar Botanic. Apa special kedai ni ialah menu seafood tradisional yang jarang-jarang kita boleh jumpa area Klang ni. 

Setiap hari hasil seafood segar akan dihantar ke kedai so setiap customer boleh pilih untuk sajian kegemaran mereka. Pelbagai jenis ikan laut seperti Cencaru, Siakap, Kerapu, Pari & termasuk ikan sungai, sotong, ketam, udang, kerang, kupang, pepahat & lala. 


Malah ulam-ulaman kampung pun ada. Off course mana complete kalu makan nasi tanpa ulam kan. Pilih saja Ulam Raja, Petai, Daun Salom, Kacang Botol, Timun. Boleh cicah dengan cencalok atau sambal belacan. Baru ngam


Antara menu BBL cuba sendiri ialah Nasi Lemak Buluh Perindu. Yang bestnya nasi lemak dorang kukus dalam buluh & balut dengan daun lirik / daun katalia. Kata staff Restoran Sisik, nasi lemak ni afdal makan dengan ikan bakar berempah. Baru umph katanya.. benda sedap kena la try kan


Satu lauk je mana cukup kan.. so saya tambah a few menu lagi seperti Sotong Bakar Sambal Madu, Kupang Masak Berlada, Singgang Seafood, Siakap Masak Tempoyak, Ikan Siakap Singgang, Ikan Siakap Bakar Berempah & Udang Masak Berempah. Apa tunggu lagi kita makan dulu ye


Bagi saya Sotong Bakar Sambal Madu ni memang wajib anda try. Rasa sambal madu memang kick terutama bagi seafood lover. Selain tu Singgang Seafood dan Ikan Siakap Singgang agak menarik perhatian. Biasa kita jumpa singgang kuning je, tapi tak di Restoran Ikan Sisik Klang. Walaupun baru je pemilik introduce menu baru, rata-rata customer bagi feedback positive. 


Tonton video penuh pengalaman BBL makan kat sini. Eh jangan lupa subscribe sekali channel YouTube saya tau 



Restoran Sisik Ikan Bakar Bandar Botanic Klang 
(landmark betul-betul depan Plaza GM Klang)

Waktu operasi : 10.30 pagi hingga 11 malam
Booking meja -  WHATSAPP JER
No telefon : 03 3318 4135
Facebook : restoransisik  | Instagram : @restoransisik 

You Might Also Like

21 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. freshnyaaa seafood diaaa... Sedap nmpk

    ReplyDelete
  2. Xyah susah dh g melaka nak makan ikan bakar.. Hehe

    Sotong sumbat ke apa tu, menggiurkan. Mesti puas makan sebab gedabak besar tu..

    Kalau cmni, ratah lauk je la.. Nasi x pandang dah. Haha

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
  3. Nampak enak semuanya.. Boleh la nak enjoy masakan melayu kat sini. Thanks share :)

    ReplyDelete
  4. Fresh nya nampak seafood seafood dia. Yg dah jd lauk pun nampak sedap nya. Tapi duk perhati nasi lemah buluh tu jugak. Menarik!

    ReplyDelete
  5. Wow...the food surely looks good. Look at all the fresh seafood. Definitely a spot for those who love seafood.

    ReplyDelete
  6. the seafood is so fresh... so many types and methods to prepare the foodie.... looks like it's a yummy and delicious meal there...

    ReplyDelete
  7. seriusly tengok gambar semua ni buatkan akak terliur dik. cantik semua gambar ni. memang kami satu family ni kaki makan, nanti bolehla cuba kat sini pula. menyelerakan nampaknya

    ReplyDelete
  8. banyaknya pilihan kat sisik ni BBL. insyaAllah kalau ada kelapangan, boleh cuba bila #jalanjalankl disember 2019 ni.

    ReplyDelete
  9. Nyummeh!!!!!!!!! Masakan melayu traditional! Nice! Insya’Allah nanti saya akan dine here with family. Thanx for your recommendation. Have a good day.

    ReplyDelete
  10. Kita memang akan datang lagi restoran ini yer tunggu jer lah hehehe geram makan semua sedap-sedap dan banyak saiz besar lak tu kali ni nak bawa family lak pergi makan kat sini hehehehe ok..

    ReplyDelete
  11. Wow....amat memanggil-manggil untuk singgah dan makan. Bolehlah sarankan kepada kawan2 yang tinggal berdekatan. Menu dia pun pelbagai dan bahan fresh!

    ReplyDelete
  12. Baca nama kedai je dah keluar love kat mata. Apa tah lagi tengok menu dia yg sgt2 menggiurkan tuuu. Ok bulan 10 Nur ada nak dtg KL. Boleh lah singgah sini. Tak tahan laaaa tengok gambar je. Nak makan jugakkkkk

    ReplyDelete
  13. Tengok gambar rasa macam tak mengecewakan je menu2 yang disajikan di sini.

    Dekat dengan GM Klang? Boleh la mai nanti

    ReplyDelete
  14. Alaaa, mencik la baca post ni. G tayang makanan sesedap pulak time kita tengah lapar ni. Menggoda tau tak BBL. 😄😄
    Terbayang sedapnya ulam daun selom, kacang botol. Sambal belacan. Ya ampun❗

    ReplyDelete
  15. Alahaiii..tgok gambar2 ni buatkan sis teringin nak ke sana semula. Makanan dia memang sedap2. Teringat sambal sotong tu..fuhhh sedappp

    ReplyDelete
  16. Memang sedap makan kat sini. Tambah2 pepahat masak cili padii tu. Suukaa dengan semua menu yg ada, in shaa Allah akan repeat lagi ke sini.

    ReplyDelete
  17. Wow... Berdekatan dgn gm klang la.. Senang la lps shopping mai sini kan.. Hehehe.. Tengok menu2 dia pun segar2 je..mesti makan serius je kan... Tak pandang kiri kanan dah.. Hahaha

    ReplyDelete
  18. tgk gambar pn dh xleh tahan nafsu makan ni....sedap nyaaa nampak menu tu....mesti kena pegi jgk mencuba masakan ni...

    ReplyDelete
  19. Nampak sedap je menu2 kat sini.. Nnti AM nak ke Klang terjah rasa masakan di sini juga la.. Terutamanya sotong bakar tue.. Mmg tergoda abis..

    ReplyDelete
  20. Jauh sangat la nak pergi sampai klang, hehe. Eh tapi sometimes emi pergi jugak GM Klang untuk beli barang. Rasanya restoran ni tak jauh dari GM Klang kan? Next time ke GM Klang, boleh singgah makan sini.

    ReplyDelete