Terbang Ke Osaka Jepun Dengan AirAsia X
6:36 AM
Dah lama update story pasal personal. Kali ni BBL nak share pengalaman pertama kali terbang dengan AirAsia X ke Osaka Jepun. Sebelum ni kerap jugak naik flight tapi setakat 1 - 2 jam penerbangan je. Paling lama pun flight dari Kuala Lumpur ke Kuching yang ambil masa 2 jam.
Bulan Mei lepas BBL & 2 orang kawan pergi holiday ke negara Jepun. Direct 6 jam 45 minit flight AirAsia X ke Osaka sekali sehari pukul 2 petang (waktu Malaysia). Satu lagi flight transit kat Taiwan tapi ambil masa lama sikit. Actually excited sangat nak travel jauh ni sebab kiranya 1st time terbang jauh dari Malaysia. Wah gitu..
Pukul 8 pagi kami dah gerak dari rumah ke KLIA. Biar sampai awal jangan lambat nanti kelam kabut susah. So ini process korang kena buat bila travel flight international
1. Check in flight kat apps atau self services kiosk
2. Print boarding pass atau print je siap-siap dari rumah. Standy 2 copies incase hilang ada backup pass
3. Print bag tag - 1 bag, 1 print tag
4. Check in luggage
5. Bawa pen
Lega dah setel step atas. Nasib baik orang tak ramai sangat que. Oh ya, make sure kaunter check in betul antara negara ASEAN, Jepun, Korea, Australian & so on. Just tanya je ground staff korang kena que kaunter mana.
Lepas tu pergi collect Roaming Man pocket wifi. Biasa la nak jimat better guna portable wifi je sebab boleh share 3 4 orang compare beli sim kad. Tong-tong jimat duit sikit kan. BBL command anda amik Roaming Man. Lokasi kedai ni level 3, departure hall - belakang check in luggage baris Y. Boleh sewa kat website ni.
Sementara nak tunggu boarding time pukul 2 petang tu, kami double confirm balik hotel di Osaka. Ada problem sikit bila pihak hotel tetiba nak caj harga bilik double sedangkan dah book guna Booking.com. Nasib baik dapat contact customer services Booking.com & dorang mintak bayar mengikut harga tertera dalam email Booking.com tu. Lega setel..
spot wajib bergambar sebelum masuk ke border international departure
3 jam sebelum waktu boarding pass, kami terus masuk. Setel check passport imigresen & periksaan keselamatan polis airport. Kemudian tunggu la waktu boarding. Lebih kurang pukul 1 lebih, pintu gate dah buka. Tunggu apa lagi masuk dalam aircraft la.
Nice betul seating kami 3 orang satu row betul-betul tepi tingkap. Oh kalu ada biasa naik flight domestik seating 3 kiri & kanan kan. Untuk international seating 9 kerusi satu row. Kiri, kanan & tengah. Pishang sikit kalu dapat seating tengah kapal sebab tak boleh tengok view luar kapal. Gituh.
Lebih kurang pukul 2 macam kami terus berlepas menuju Osaka. Btw flight ni transit ke Osaka sebelum bonding ke Honolulu, Hawaii. Mula-mula perasan full house betul orang nak pergi Osaka ni. Rupanya flight ni pergi 2 destinasi. Hehehe
Penumpang yang turun di Osaka, stewardess akan pass 2 borang - disembarkation card & custom declaration. Better isi siap-siap sebelum touch down. Make sure simpan elok-elok 2 borang ni untuk memudahkan urusan imigresen nanti.
borang disembarkation - detail pelancong
borang pengisytiharan kastam
Off course tiap kali naik AirAsia memang BBL akan pre-order Santan meal siap-siap. Dah la flight 6 jam non-stop memang kebulur kalu tak makan. Favorite saya mestilah Nasi Lemak Pak Nasser tapi kali ni nak try rasa Nasi Ayam Uncle Chin. Dah siap makan tu boleh la dengar lagu atau tengok movie. Kalu tak, belek la buku magazine Travel360 sampai lebam.
Bayangkan 6 jam duduk dalam flight rasa bosan amat.. 2 jam pertama rasa fuh bestnya. Bila masuk 3 jam seterusnya rasa ya Allah lambat lagi ke nak sampai. Tak sanggup dah duduk lama-lama ni.
Tips terbang dengan AsiaAsia
1. Pre-book meals
2. Pilih seat tepi tingkap
3. Subcribe Spotify premium, Apple Music atau Joox
4. Download movie dalam tab/telefon
Alhamdulilah lepas dekat 7 jam dalam kapal terbang akhirnya mendarat kat Kansai Interternational Airport (KIX). Waktu Jepun awal sejam dari Malaysia. So kami sampai around 11 malam.
hello Osaka!
unik kat Jepun, chop imigresen guna sticker tau
Bukan typical chop mohor biasa seperti negara lain
Tunggu luggage keluar dari aircraft pun ambil masa jugak. Kitaorang sebenarnya terkejar jugak nak pergi collect subway pass..malangnya kaunter tu dah tutup. Sob sob
Terpaksa la tidur kat airport. Since dalam kapal terbang tadi dah banyak kali tertidur, susah sikit nak lelap mata. Apa lagi, pakat pusing KIX tu. Dalam ni ada McDonalds, Family Mart & kedai serbaneka 24 jam. Jangan risau kalu lapar, boleh pergi FM je. Haven giler masuk FM Japan, banyak betul barang dorang jual. Bab makanan BBL pilih vegetarian je sebab tak sure halal atau tak.
Terpaksa la tidur kat airport. Since dalam kapal terbang tadi dah banyak kali tertidur, susah sikit nak lelap mata. Apa lagi, pakat pusing KIX tu. Dalam ni ada McDonalds, Family Mart & kedai serbaneka 24 jam. Jangan risau kalu lapar, boleh pergi FM je. Haven giler masuk FM Japan, banyak betul barang dorang jual. Bab makanan BBL pilih vegetarian je sebab tak sure halal atau tak.
Kat sini korang boleh je baring tidur atas kerusi sebab sebelah lewat malam tak ramai pun orang. BBL tengok ramai je orang tidur macam tu. Mostly tourist yang stuck sebab touch down awal pagi. Sambil tu boleh tengok abang cleaners bersihkan airport. Kalu boleh cari kerusi dekat dengan charging port. Boleh la charge telefon & bateri dulu.
Okay BBL citer sampai sini dulu. Tunggu next entri Hari Ke 2 saya kat bumi Osaka..
0 Budak Suka Minum Bandung Laici