Format iPhone Di Machines Services Centre

6:55 AM


Assalamualaikum semua...

Semalam hari sedih buat BBL. Mana tak nya, tetiba iPhone 7 Plus ni meragam lepas update iOS 13 hari Sabtu lepas. Boleh pula masa tengah event explorace telefon tetiba jadi app crash. Buka instagram tetiba tertutup sendiri. Memory internal penuh padal rasanya ada lagi space. Bila check memory rupanya penuh dengan 'Others File'. BBL cuba clear semua benda tak perlu tu tapi masih tak berubah dan sama.

Paling teruk bila nak ambil gambar, keluar notification 'no more space'. Rasa nak menagis je time tu. Dekat 8 kali duk restart telefon. Ingatkan okay la lepas tu, makin teruk ada la. Last sekali iPhone hang sangkut kat page 'Welcome'.. keluar la tulisan 'Hello' pelbagai bahasa dari Melayu, Cina, Itali, English & macam-macam la.. Balik rumah terus connect dengan iTunes kat laptop.. erm hasilnya terus keluar notification 'unauthorized person'. So si housemate ni cadang suruh pergi Machines Store kotnya staff boleh betulkan balik..


BBL dah cuak amat sebab banyak gambar, video & benda penting dalam tu. Btw internal memory iPhone saya 128GB pun boleh penuh. Yelah malas nak transfer ke laptop semua gambar tu.. erm menyesalnya tak transfer semua gambar. Tak silap iCloud pun dah penuh.. habis la hilang semua dokumen dalam telefon tu.

Esoknya.. 

Pukul 10 pagi terus pergi Machines iCity Central. Staff cuba connect dengan wifi tapi tak boleh. Dia tanya ada reset ke factory mode ke... terus la saya cakap tak. telefon jadi problem lepas update iOS 13 memang ke laut function. 


Staff suggest pergi Services Centre berdekatan. Ada 3 Machines Services Centre kat Lembah 
Klang ni 

1. NORTHPOINT OFFICE
B-G-2, Nortpoint Office, Mid Valley City,
No 1 Medan, Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur
Hari operasi : Isnin - Sabtu
Masa : 9 pagi - 6 petang

2. SURIA KLCC
Lot 316B & 316C, 
Tingkat 3, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Hari operasi : Isnin - Ahad
Masa : 10 pagi - 10 petang

3. THE CURVE
Lot G17 - G18, 
Ground Floor, The Curve
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya
Hari operasi : Isnin - Ahad
Masa : 10 pagi - 10 petang

No telefon Machines Services Center > 016-2992138
No telefon Apple Malaysia > 1800 803 638
Online registertaion > getsupport.apple.com

Untuk Services Centre NORTHPOINT OFFICE & SURIA KLCC kena buat appointment dulu tau tapi lebih mudah terus pergi walk in THE CURVE sebab tak perlu appointment pun

Apa tunggu lagi terus la BBL pergi The Curve dari Shah Alam. Nasib baik dekat je. Sampai sana terus cari Machines dalam mall. Lokasinya betul-betul dekat pintu masuk North (dari Ikea, dekat pintu masuk McDonalds & depan aiskrim Baskin Robin). 

Dah sampai terus pergi sebelah kanan kaunter, nampak Machines Autorized Services. 

1. Pergi kat kaunter no (ada iPad - key in nama dan pilih option 1)
2. Nanti akan keluar nama & no giliran anda. Ingat tau
3. Tunggu no giliran & nama anda di panggil pada skrin tv depan kaunter.
4. Serah iPhone, Macbook, iPad, iPod kat staff & cerita masalah gadjet tu.

So BBL repeat lagi cerita kat staff untuk diagnose. Dari apa saya cerita, jalan terakhir adalah format balik sebab telefon tak boleh log in walaupun dah masuk Apple ID & password yang betul. Boleh jadi sebab masalah software atau mother board. Ada risiko 50:50 telefon akan berfungsi dengan baik ATAU terus tak boleh guna.

Erm..masa dah cuak giler sebab telefon tu baru je pakai setahun 4 bulan.. dengan hati tawakal saya proceed untuk format. Lepas tu staff akan scan telefon depan, belakang, kiri, kanan, atas & bawah untuk detect kalu ada kecacatan sebelum & selepas buat services. Nanti dapat satu resit, kena sign dan tulis detail.

Untuk format iPhone ni ambil masa 1 jam. Paling best tak payah bayar apa-apa pun, kira FREE OF CHARGE la. Kira okay la kejap je. Pukul 12.57 saya sign resit & staff suruh datang pick up balik pukul 2 petang. Sementara tu, pergi makan jap kat McD dengan hati berdebar-debar macam tunggu bini bersalin

Pukul 2 petang

Macam tadi guna, pergi kaunter no. Key in nama & pilih option 2 untuk pickup. Tunggu la no giliran di panggil. Fuh nasib baik iPhone okay lepas format  memang total lost betul semua memori tinggal 17.7 GB dari 128 GB penuh.. aduh kosong je telefon macam iPhone baru keluar kotak. Terpaksa la setting balik fingger, download apps & redownload balik file dari iCloud tu. Perasaan lega campur sedih sikit.. Lega iPhone dah boleh berfungsi balik. Staff bagitau cuma masalah software sahaja.. 

hilang semua memori daun pishang..

Erm lega.. lepas ni kena rajin diri trasnfer semua gambar dalam laptop atau beli icloud size besar. Sadis jugak hilang semua gambar kenangan kat Osaka. Tak sempat nak update entri pengalaman kat sana.. Waa...sedihnya. Apa boleh buat benda dah jadi kan..

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. alhamdulillah settle. mmg merisaukan kalau bab iphone ni kan

    ReplyDelete