Dapatkan Satu Taqwim Hijrah PICOMS MAIWP Untuk Rumah Anda

9:31 AM


Assalamulaikum semua..

Belum terlambat lagi rasanya BBL nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1442 kepada anda semua. Hari ni baru masuk 8 Muharram, 1442 tahun selepas peristiwa Hijrah baginda Rassullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Sekejap je masa berlalu kan..pejam celik dah masuk tahun baru kalendar Islam. 

Hari ni Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS mencatat satu lagi pencapaian cukup membanggakan dengan buah tangan khusus buat rakyat Malaysia beragama Islam iaitu Taqwim Hijrah PICOMS MAIWP. Lebih manis apabila YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sendiri melancarkan taqwim ini. Yelah dah jadi rutin harian kita guna kalendar masihi untuk apa-apa tujuan seperti tarikh lahir, tarikh harian & sebagainya. Ha korang tahu tak bila birthday ikut kalendar Hijrah? BBL lahir 18 Muharram 1411H tau. 


Saya sendiri sokong kempen '1 Rumah, 1 Taqwim' ni, satu usaha murni oleh PICOMS bersama MAIWP demi memakmurkan kembali kalendar hijrah supaya hampir ke jiwa setiap muslim. Taqwim ni hasil kerjasama antara PICOMS & I Quest Training Consultancy. Nak tahu ciri-ciri istimewa taqwim hijrah PICOMS MAIWPS ni?


1. Bulan-bulan HARAM diwarnakan / ditandakan dengan warna MERAH
2. Jumlah Minggu (M) & Hari (H) dalam setahun turut ada
3. Hari-Hari Perayaan dalam Malaysia, Cuti Umum & Cuti Sekolah
4. Tarikh untuk Tahun Hijrah DIBESARKAN manakala Tahun Masihi dikecilkan
5. Juga turut ditandakan Malam Purnama Penuh
6. Hari Istimewa seperti Hari Asyura, Ghusi Kaabah & Istiwa Al-Azam turut dipapar
7. Kompas Hijrah. Maklumat tentang hari sesuai untuk puasa sunat, baca Al-Quran & lain-lain
8. Jumaat PENGHULU HARI ditandakan warna HIJAU

Dengan harga RM25 setiap satu anda boleh dapatkan di Biz Shoppe PICOMS di Kampus Batu Muda. 

Dalam mengenang pengorbanan Nabi Muhamad SAW bersama sahabat Saidina Abu Bakar, satu persembahan showcase Hijrah Merdeka berkonsep hibur didik oleh Dr Mir Hazil (I Quest Training Consultancy) bersama Daqmie. Sungguh tersentuh hati BBL mengenangkan peristiwa menjadi saksi permulaan taqwim hijrah dalam sejarah tamadun Islam. Malah berita baik jalinan kerjasama I Quest Training Consultancy bersama PICOMS melaksanakan Terapi Muzik sebagai satu bidang kursus jangka pendek di PICOMS. 


Saya sendiri tak hairan sebab terapi muzik ni memang satu bidang perubatan tradisional serta salah satu rawatan di kebanyakan hospital negara barat. Harap-harap terapi muzik ni bakal diadaptasi sepenuhnya kat mana-mana klinik atau hospital dalam negara kita. 

Selain tu YB Datuk Menteri menyerahkan Sumbangan Tabung Dana Wakalah Zakat PICOMS sebanyak RM1000 kepada seorang pelajar asnaf terpilih - Ahmad Zaidan Bin Abdul Mohsin yang baru je mendaftar sebagai pelajar jurusan Diploma Farmasi. Walaupun datang dari keluarga kurang berkemampuan, beliau juga sorang tahfiz berminat menyambung pelajaran di PICOMS dalam mencapai cita-cita. Bantuan MAIWP wang saku RM300 sebulan turut diberikan kepada pelajar asnaf yang layak. Ini semua hasil kutipan bayaran zakat PICOMS demi mengalakkan lebih ramai tahfiz kalangan asnaf menyambung pelajaran di PICOMS tak kisah la jurusan apa pun. 


Tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 63 tahun, sebelum majlis berakhir YBS Datuk Menteri bersama pelajar-pelajar PICOMS lengkap pakaian tradisional pelbagai kaum mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik meraikan semangat patriotik cinta tanah air. Baru betul-betul semangat nak sambut Hari Kebangsaan walaupun masih dalam keadaan pandemik covid-19. 


Jangan lupa dapatkan Taqwim Hijrah PICOMS MAIWP 1422H istimewa ini & Selamat Menyambut Hari Kebangsaan khas dari seluruh warga PICOMS!

Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS
(milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)
Website : www.picoms.edu.my

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici